Rabu, 3 Oktober 2012

Sembang Si Badan & Nyawa : Innocence of Muslims

Salam kepada semua pembaca. malam ini aku akan coretkan satu cerita
(Rekaan semata-mata, tidak ada kaitan samasa yang hidup mahupun yang telah mati).
Dalam sebuah kampung tinggal lah dua orang pemuda, bernama Nyawa dan Badan. Mereka merupakan individu yang tidak katinggalan mengikuti berita semasa berkaitan pergolakan dan permaslah yang berlaku kini. Berikut merupakan perbualan mereka berkaitan filem sensasi murahan menghina junjungan mulia kita, Muhamaad s.a.w arahan Sam Bacile..

Pada suatu petang...Di warung kopi, di pinggir sebuah kampung...

Nyawa : Dan, ko baca tak paper?alah yang diorang cakap pasal filem hina nabi kita tu.'Innocence of Muslims"?

Badan : Baca, Aku pun marah jugak. meluap-luap marah aku nie. nak je aku penggal kepala Mat Salleh banggang tu.

Nyawa : Sabar-sabar. Nak buat macam mana, puak yahudi ini memanjang nak buat kita marah. Meluat betul aku dengan cerita merepek dia tu. Ko fikir apa yang patut kita buat dekat Mat Salleh tu?bom?bunuh dia?atau penggal kepala dia hidup-hidup?Aku marah betul kalau orang hina atau perlekehkan nabi kita Dan. Kita tak boleh duduk diam membisu macam ini. Kita perlu bersuara!!

Badan : Kita kan kat Malaysia Nyawa, macam mana kita nak bunuh Mat Salleh jahanam tu? Ko pun, kalau marah sekali pun. Haa..aku ada idea Nyawa..

Nyawa : Apa dia?Cakaplah. Entah-entah idea ko lagi merepek daripada aku.

Badan : Apa kata kita merusuh. Kumpulkan orang kampung protes filem ini. kita ajaklah diorang pergi KL, sampai je depan Keduataan AS kita merusuh. Rosakkan apa yang patut. baharu orang pandang kita Nyawa. Dengar ketidakpuasan hati kita. Amacam?

Tiba-tiba Pak Usop, tauke warung tempat mereka minum menyampuk..

Sudah-sudahlah Badan..Nyawa..kamu berdua kalau bab protes,merusuh sana sini memang kamu berdualah juaranya. Cuba kamu bertenang,fikir dahalu setiap tindakan yang kamu perlu ambil. Jangan semborono bertindak macam ini. Nampak cetek benar akal pemikiran kamu berdua. Kamu berdua ini umat islam, sama bangsa dan seagama dengan aku, biar aku perjelaskan perkara ini kepada kamu berdua.

Filem menhina nabi kita "Innosence of Muslims" arahan Sam Bacile tu tak lain tak bukan tujuan penerbitanya adalah untuk tarik perhatian orang ramai. sebelum ini pun tajuk cerita tu Dessert Warrior". Tak ada siapa nak heran atau peduli. Bila tajuk dia ditukar,kandungan dia pula menyentuh sensitiviti umat Islam, mulalah masyarakat dunia bangkit memprotes dan membantah tayanganya. Secara tak langsung mempromosilkan filem bodoh ini. Betul tindakan kamu yang meluat atau membenci pengarah orang puti tu, tapi bukan macam ini caranya. Merusuh dan menyerbu kedutaan mereka bukan jalan penyelesaian. Silap-silap kamu berdua boleh ditangkap dan disumbat dalm penjara.

Lihat, seluruh umat islam bangkit. Keadaan begini yang sepatutnya kita lakukan, bangkit, merapatkan jurang dan menghapuskan perbalahan. Bersatu membantah atau menyatakan ketidakpuashatian terhadap puak Yahudi yang semakin berani menindas kita. Lihat sahaja saudara seagama kita, puak Rohingya yang dihalau dan tidak diberi hak kewarganegaraan, tiada yang berani bersuara. Nasib saudara kita di Libya, Palestine, mana kekuatan suara kita terhadap penindasan mereka. OIC hanya pada nama, katanya persatuan menyatu padukan umat islam, hakikat sebenar? Negara arab yang kaya raya tidak ambil peduli nasib saudara kita yang miskin lagi tertindas. Sibuk bergaya dengan harta hasil bumi yang kaya-raya, membeli kelab bola sepak Inggeris lebih mendatangkan nama dan kepuasan kepada mereka.

Kita di Malaysia ini pula, lihat shaja berpuak-puak. Memburukkan sesama bangsa. Kekuatan kita tidak dipadukan bersama. Lihat sahaja saf ketika solat subuh berjemaah di Masjid kampung kita ini. Kosong! Muka korang berdua memang aku tak pernah nampak. Solat Jumaat pun kadang-kadang aku nampak. Macam mana kita nak kuat sedangkan kita sendiri tidak bersatu. Korang fikir-fikirkanlah apa yang aku cakap ini.

Tersengih-sengih si Badan dan Nyawa mendengan hujah panjang berjela Pak Usop.

p/s : Ambil iktibar atas apa yang berlaku. Kaji semula bagaimana permasalahan tersebut berlakau dan cuba rungkaian setiap halangan yang datang. Insyaallah penyelesaian akan kita temui. Sekian...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan