Selasa, 1 Januari 2013

'Terbaru & Terindah Dari Mekah' RM12.90 (Berbaloi)

Assalamualaikum..Selawat keatas junjungan kita, Muhammad S.A.W

  1. Ketika keluar membeli keperluan persekolahan adik bongsu aku minggu lepas, aku melalui satu kiosk buku, kebiasaanya aku tidak akan melepaskan peluang membeli majalah Al-Islam dan majalah Mastika untuk tatapan aku saban bulan.
  2. Sedang aku menunggu turn untuk membuat bayaran, mata aku terpaut pada satu tajuk buku yang berjudul 'Terbaru & Terindah dari Mekah'. Tanpa berfikir panjang, aku mencapai buku tersebut lalu membayar bersama majalah yang dipilih sebelumnya.
  3. Sampai sahaja di rumah, selesai usai menunaikan solat isyak, aku terus mencapai buku tersebut, khusyuk benar aku mentelaah buku tersebut sehingga terlupa niat asal aku untuk makan malam sebelum membaca buku tersebut.
  4. Setelah selesai membaca kesemua isi kandungan buku tersebut, aku boleh katakan sangat berpuas hati dengan perjalanan cerita yang dimuatkan ke dalam buku tersebut.
  5. Beberapa individu telah ditemuramah untuk memuatkan penceritaan berkaitan pengalaman mereka di tanah suci tanpa sebarang olahan cerita yang ditokok tambah. Ternyata gaya penceritaan yang dipersembahakan dalam buku ini membuatkan aku 'hanyut' selama hampir 2 jam. Sebenarnya ia banyak mengembalikan nostalgia pengalaman aku sewaktu menunaikan umrah pada bulan Mac 2012 yang lepas.
  6. Setiap cerita yang aku baca dapat aku imbas kembali dimana lokasi dan keadaan sekelilingnya. Mungkin kisah pengalaman tersebut tidak berlaku pada diri aku sendiri, tetapi sekurang-kurangnya dengan membaca buku berunsur sedemikian, secara tidak langsung dapat mentarbiahkan kita semua untuk kembali istiqamah melakukan kebaikan ke jalannya.
p/s : Rukun umrah dan haji pertama wajib pada mereka yang berkemampuan, lebih-lebih lagi yang sihat fizikal. Kumpul lah wang untuk kesana, berlumba-lumbalah kita untuk menjadi tetamunya.

Selamat Datang 2013

Assalamualaikum...

  1. 2012 berlalu meninggalkan kita dengan mencatat kenangan pahit dan manis. 2013 menjelma membawa seribu cabaran dan dugaan untuk kita tempuhi.
  2. Sambutan tahun baru meriah diraikan di merata-rata tempat di seluruh dunia. Pertunjukkan bunga api, gegak gempita suara sekalian manusia ber'countdown mengira waktu memasuki tahun baru,bergema di segenap tempat.
  3. Sambutan bagi sesetengah tempat mungkin sedikit berbeza, tetapi tujuannnya adalah sama, meraikan kedatangan tahun baru dengan meriah.
  4. Tahun baru dikaitkan dengan azam baru. Aku turut tidak terkecuali, menanam azam baru segaligus mencabar diri merealisasikan impian tersebut. Tetapi apa sahaja yang kita rencanakan, Allah sahaja yang berhak menentukan samada ianya terjadi seperti yang dirancang atau sebaliknya.
  5. Hakikatnya, sebanyak mana post yang kita tulis di wall-wall facebook, ucapan kata-kata semangat di laman twitter,berkarang-karang ayat di pesanan sms ianya adalah AZAM semata-mata, ubahlah ia menjadi satu realiti yang 'berisi' dan bukannya omongan kosong.
p/s : Semoga kehadiran tahun 2013 membawa sinar baru dalam hidup aku, mungkin 'sesuatu' bakal terjadi pada tahun ini, harapan yang baik-baik sahaja aku sandarkan, harapan kepada pencipta, agar aku tidak terlalu diuji dengan dugaan dan ujian yang terlalu berat kerana aku sendiri tidak mampu untuk mengharunginya.