Khamis, 27 Disember 2012

Penunggu 'WANITA' di Blok K8T

Assalamualaikum..

  1. Sekadar berkongsi cerita berkaitan pengalaman kerja yang baru sahaja aku lalui. Petang semalam lebih kurang pukul 4.15 petang, aku menerima aduan daripada ketua pekerja kontrak pencucian bangunan mengatakan ada beberapa pekerja pencucian telah 'diganggu' semasa melakukan tugas pembersihan. Sebelum ini memang ada gangguan tetapi sejak kebelakangan ini makin menjadi-jadi sehinggakan mereka tidak berani menjejakkan kaki ke blok tersebut.
  2. Turun ke kolej(memenuhi tuntutan kerja). Kalau nak ikutkan, aku memang tak berani nak ambil tindakan apa-apa. Tambahan pula, kebanyakkan staf pentadbiran kolej tak ada, diorang pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Selepas melilit tali keselamatan merah belang putih sekeliling blok yang terlibat,aku terus pulang ke rumah.
  3. Keesokan paginya, aku pergi ke kolej, memanggil segala mak cik,pak cik,penyelia kolej yang ada(dah balik bercuti) untuk pergi menemani aku ke lokasi 'kejadian' tersebut.
  4. Sebelum kesana, beberapa keterangan daripada pekerja-pekerja pencucian diambil kira, Kebanyakkan daripada mereka mengakui telah beberapa kali 'diganggu' ketika bekerja. Rupa 'benda' yang dimaksudkan adalah sama, wanita cantik, pinggang ramping macam kerangga, berambut panjang paras pinggang, sering memunculkan diri di blok tersebut.
  5. Berdasarkan cerita yang aku dengar daripada mulut pekerja pencucian terbabit, 'wanita' tersebut sering menggangu mereka menjalankan tugas, bukan sekadar memunculkan diri malahan mengekori mereka sewaktu kerja-kerja pembersihan. Air di tandas juga sering terpasang dengan sendirinya tanpa kelibat sesiapa. (Blok yang dimaksudkan merupakan blok kosong, yang mana sedang menunggu masa untuk dinaiktaraf).
  6. Tindakan yang terbaik, ustaz daripada Darussifaa' telah dipanggil untuk mengusir anasir-anasir jahat yang menggangu pekerja-pekerja pencucian di blok tersebut.
  7. Ustaz memberi tahu, kami tidak perlu takut, makhluk sebegini sememangnya wujud, tetapi agak terbatas kita sebagai manusia untuk melihat kelibat mereka. Kewujudan mereka ada dimana-mana, cuma dalam beberapa kes mereka perlu diusir, lebih-lebih lagi jika mereka telah mengganggu kehidupan manusia.
p/s : Semoga selepas ini, tak ada lagi gangguan yang berlaku, sebenarnya aku bersyukur kepada tuhan kerana tidak dibukakan hijab untuk melihat 'makhluk' tersebut, walhal aku sering kali meronda berseorangan di sekeliling blok setiap hari tanpa ditemani sesiapa.(Lepas ini tak kot).Hehehe...

Ahad, 23 Disember 2012

Menjaga LISAN

Bismillahirrahmanirrahim...segal puji bagi Allah,tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat diatas junjungan besar kita Muhammad S.A.W. Terdetik hati menulis sesuatu pada malam ini. Sekadar pengkongsian semata-mata. Ketahuilah....

  1. Setiap bait kata-kata yang kita ungkapkan adalah mencerminkan diri kita segala zahirnya.
  2. Elakkan terlalu banyak berkata-kata, dikhuatiri setiap sebutan yang keluar adalah fitnah atau mengundang dosa..(laga' semata-mata).
  3. Banyakkan berzikir kepadaNya. Jika tidak mampu cukuplah sekadar menginganti kebesaranNya.
  4. Cakap pada perkara yang perlu sahaja. Terlalu banyak bercakap akan menjadikan hati kita 'keras'.
  5. Jangan menyebarkan perkara yang tidak diketahui hujung pangkal,benar atau salahnya. Cukuplah sekadar mendengar dan berkata didalam hati.
  6. Pancaindera mulut,yakni lidah pada asasnya adalah paling sukar untuk menjaganya,tetapi paling mudah untuk kita peroleh pahala melaluiNya (jika digunakan sebaiknya).
"Sebutir peluru yang keluar dari picu senjata api akan menembusi tubuh seorang mangsanya..Tetapi satu perkataan boleh menembusi berjuta-juta otak pemikiran manusia dalam menyebarkan sesuatu pekara"

Adakah kata-kata yang kita lafazkan,luahkan,kongsikan adalah 'BENAR' atau sekadar mengundang dosa semata-mata. Renungan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar manusia.