Isnin, 12 Disember 2011

Hidupkan Kalbu Hawa Dalam Dirinya ~Siri 1~



Jauh diriku merenung ke dalam cermin di hadapanku. Kutatap seolah-olah boleh menembusi ke dasarnya.Haaahhh,nafas ku helakan tanda mewakili fikiranku yang berkecamuk dek permasalahan yang menjengah ke ruang legar kepalaku.Sofia Maisarah a.k.a Peah,rakan baikku ketika dibangku sekolah. Pertemuan aku dengannya petang ini memberi gambaran yang tidak sama sekali aku jangkakan. Pertemuan kami setelah hampir 10 tahun berpisah disebabkan keluarga sofia berpindah ke tempat lain membuatkan sofia turut serta mengikutinya keluarganya. Perpindahan tersebut menjadikan hubungan persahabatan kami terputus dan Sofia menyepi tanpa khabar berita. Sehinggalah pada suatu petang..



******************************************************



Ketika aku leka mengisi minyak di salah satu stesen minyak yang selalu aku kunjungi,nama aku disapa oleh suara lelaki yang agak kasar bunyinya."ana"!!yang mana singkatan bagi nama aku yang tak berapa nak panjang, 'Raihana'. Sapaan tadi membuat aku menoleh dengan pantasnya. Ku lihat seseorang yang perwatakan lelaki memakai kemeja dan jeans ditambah pula dengan aksesori cermin mata hitam yang agak famous kini, 'frog skin' tersenyum sengeh menanti respon daripada aku. Tindakan pertama aku,tersenyum tawar,bukan disebabkan aku demand membalas sapaannya tetapi demi Allah aku tidak pernah sama sekali mengenali dia. Belum pun sempat aku berkata-kata,lelaki tadi sempat memberi isyarat menyuruh aku menunggu dia di tepi. Jari teunjuk dia menunjukkan dia memberi isyarat supaya aku menunggu di kawasan mengisi angin di tepi stesen minyak tersebut.

Pada mulanya aku keberatan,tetapi memandangkan kereta di belakang aku sudah mengaum-ngaum bunyi enjinnya.tak akan aku buat-buat pekak pulak. Sebelum kereta belakang merempuh kereta kancil kesayangan aku,lebih baik cepat-cepat aku beredar. Namun bagaikan dipukau aku menurut sahaja arahan orang asing tadi, memberhentikan keretaku di tepi sementara menunggu kedatangan dia.

Tok..tok..tok..cermin kereta kancil aku yang bertinted diketuk dari luar. Arrrghhhh..orang tadi lagi. Dalam hati aku masih tertanya-tanya atas urusan apa orang ini mengejar aku. Aku tak kenal dia, mungkinkah dia ahli kongsi gelap, orang suruhan along atau peragut?tidakkk!!!negatif sungguh fikiran aku masa tu. Sebelum aku terus merepek,lekas-lekas aku mematikan firasat negatif aku. Jariku menekan punat control untuk menurunkan cermin tingkap,lantas lelaki itu bercakap dalam nada separa menjerit. Wei,keluarlah..ko tak kenal aku lagi ke?bertuah punya kawan.ko nak berlagak pulak dengan aku. Aku pasti lelaki ni bukan salah orang. Tetapi kenapa lelaki ini suara dia macam perempuan?soalan tu masih belum terjawab. Sebaik sahaja aku membuka pintu, tubuh aku dirangkul kemas, dipeluk erat-erat. Jantung aku berdegup, selama mana aku hidup 23 tahun ini, belum pernah aku berkelakuan kurang sopan macam tu lagi-lagi dengan seorang lelaki. Tidak,mungkinkah aku dicabul?di stesen minyak?tidakkk..Aku masih lagi terpinga-pinga,namun seolah lelaki tadi memahami keadaan aku yang agak blur. Tangan dihulurkan,menandakan mahu bersalaman dengan aku.

Lelaki tersebut memperkenalkan diri. "Ana,aku Sofia,Peah..kawan lama kau!"kau tak ingat ke?kita kan kawan baik masa sekolah rendah dulu. Aku rewind balik otak aku, ligat aku memikirkan tentang kawanku yang bernama Sofia?Peah?. Ibarat baru menjumpai dokumen yang baru aku search di komputer, aku lantas menyambut salam lelaki tadi. Ya Allah!!Peah,aku fikir siapa tadi. Hampir tak kenal aku di buatnya. Apa ko buat dekat sini?mana ko pergi selama ni?rindunya aku dekat ko!!.situasi tadi jadi terbalik disebabkan aku pulak yang menjadi terlalu excited. Yang pasti soalan utama aku dah terjawab, orang asing yang merangkul tubuh aku tadi bukan lelaki,, selamat aku..fuhhh..

"Tu la..aku cuba juga cari ko,alang-alang aku dah sampai sinikan. Kadang-kadang dekat fb aku search juga nama ko,tapi tak jumpalah, al maklumlah nama ko kan komersil,ramai sangat yang guna.''seloroh Peah. Dalam mana aku bebual mesra dengan Peah, ku perasan juga mata pemandu-pemandu yang singgah mengisi minyak di stesen tersebut. Kelakuan wanita bertudung yang berbual agak mesra dengan 'lelaki' di tempat terbuka mungkin mengundang pelbagai persepsi. Disebabkan itu, aku mengajak Peah ke restoran makanan segera yang mana letaknya tidak jauh dari tempat kami berbual tadi. Niat pulang awal ke rumah setelah seharian bekerja di pejabat aku batalkan. Pertemuan kawan lama aku lebih berharga daripada memikirkan waktu rehat yang menanti aku di rumah. Restoran KFC menjadi pilihan, pilihan aku sebenarnya, kerana aku yang memandu dihadapan dan Peah hanya mengekori aku dari belakang.

Sampai sahaja aku di hadapan restoran makanan segera tersebut, pergerakan aku aku cepatkan dengan segera menutup pintu kereta dan menunggu Peah yang pada kiraan aku masih terkial-kial mencari parkir yang kosong. Sementara menunggu pelbagai persoalan menerjah ke benak fikiran aku. Betul ke dia Peah? kawan baik aku yang sememangnya cukup akrab ketika kami sama-sama di bangku persekolahan. Sesampainya Peah di hadapan pintu restoran, kami melangkah seiringan memasuki restoran tersebut. Kebetulan pada waktu tersebut agak lengang dan kami boleh memilih mana-mana tempat untuk duduk. Meja berkerusi empat yang terletak di sudut tepi restoran menghadap jalan menjadi pilihan.

Punggung dilabuhkan melepaskan lelah yang tak berapa lelah aku rasakan. Belum pun sempat aku menanyakan apa yang nak di pesan. Peah memotong percakapanku. ''ko tunggu je dekat sini, aku pergi order,ko suka bahagian kepak, of course spicy,air tak ais" betul kan. Belum sempat aku mengiyakan, Peah berlalu pergi ke kaunter pesanan beratur menanti giliran untuk memesan hidangan. Senyum simpul aku menunggu, ternyata dia memang Peah yang aku kenal 10 tahun dulu. Tepat telahan dia berkaitan pesanan ayam goreng yang ingin di pesan, mana tidaknya dulu kami selalu berkongsi makan KFC bersama-sama. Berbekalkan duit yang tidak seberapa, mana mungkin kami dapat hidangan secara individu melainkan berkongsilah yang selayaknya untuk kanak-kanak seperti kami yang berselera seperti orang dewasa pada waktu itu.

Pertemuan kami pada petang tersebut amat mengembirakan aku. Pelbagai persoalan aku terjawab. Kami berbual-bual seolah-olah kami sahaja yang berada di restoran tersebut. Ada juga mata yang mengerling tajam ke arah kami menandakan menyuruh kami memperlkahankan volume suara kami, tetapi sia-sia. Keriuhan kami tetap tidak boleh di cover walaupun hanya berdua. Selesai sudah makan, aku meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang sempat juga kami bertukar-tukar no. telefon. Salam aku hulurkan. Langkah aku aturkan. Aku berjalan agak pantas menuju ke keretaku. Ku lihat jarum jam tangan ku menunjukkan angka 7.30 malam. Hampir 2 jam aku menghabiskan masa bersama-sama Peah. Aku mengundurkan kereta, lantas tangan ku memasuki gear 1, kereta aku memecut melangkaui kereta Sofia. Dalam hati aku, mewah juga dia, honda swift berwarna silver dipandunya, sedangkan aku hanya mampu memandu kancil pemberian kedua orang tuaku. Gaji sebagai penjawat awam bergred 17 mana mungkin aku boleh bernafsu mewah, alamat bangkrapla aku nanti. Tetapi bukan kereta yang aku kisahkan, asap putih yang muncul dari tingkap kereta Peah yang menarik perhatian aku. Sofia merokok?!!Hmmmmm..aku memandu pulang dengan sidikit kesal.

Sesampainya aku di rumah, segera aku mencapai tuala dan membersihkan badan. Waktu maghrib hampir berlalu pergi menyebabkan aku agak terkocoh-kocoh bersiap. Sejadah aku bentangkan, telekung aku kenakan di tubuhku. Lantas takbir ucapakn..Allahuakbar...Selesai memberi salam, kedua tangan aku rapatkan memohon doa dan keampunan dari yang Esa.
Selesai solat dan berdoa aku merenung jauh ke hamparan sejadah tempat aku bersujud. Persoalan kenapa sahabat aku Peah telah berubah sejauh itu meruntun hati kau dengan pelbagai persoalan. Untuk melegakan kekusutan dalam kepala, aku mencapai Al Quran hijau yang sudah luntur warnanya, lantas aku buka dan menyambung kembali bacaan aku yang aku tangguhkan pada malam sebelumnya. Aku bukan baik mana, tetapi membaca kalam Allah menjadikan hidup aku tenang walaupun tidak aku fahami sepenuhnya akan terjemahan yang wajib diketahui.


******************************************************

Hari berganti hari, masa berjalan dengan ligatnya. Kehidupan aku masih berjalan seperti biasa. Masih berusaha memenuhi tuntutan kerja dan mengisi masa terluang yang sedikit berbaki dengan aktiviti luar yang boleh mengenjoykan diri aku sendiri. Walaupun kesibukkan kerja yang melampau lampau, sibuk pun bak kata mak aku disebabkan kita ni kuli. Tapi bagi aku, kalau aku jadi bos sekalipun, makan pasir lah pekerja -pekerja aku nanti. Terpaksalah aku terima hakikat,aku dilahirkan ke dunia ni untuk 'makan gaji'. Apa sekalipun syukur. Berbalik pada kawan aku tu, Peah. Pertemuan kami di restoran makanan segera tempoh hari tidak terhenti di situ sahaja. Pertemuan itu kami lanjutkan dengan pertemuan ditempat lain. Pantang dengar tempat makan yang sedap, Peah akan segera mengajak aku untuk mencuba kesahihan berita yang dicanangkan,betul ke sedap. Shopping Complex juga menjadi destinasi wajib kami bila tibanya hujung bulan,gaji. Tetapi Peah yang aku kenal masih Peah yang dulu, keluar bersama-sama dia sama sekali tak akan menyengkekkan duit aku sebab seyakin dan pastinya Peah akan belanja dan sponser aku. Bukan aku minta ok,dia ikhlas nak belanja, aku terimalah. Rezeki jangan ditolak. Peah memang best!!


Dalam menyulam kembali persahabatan kami, aku cuba mendekati 'hati' Peah. Bukan aku tertarik sebab penampilan dia ye tetapi sebagai kawan rapat, sahabat, kadangkala terlintas juga pertanyaan dalam benak kepala aku, kenapa Peah boleh jadi sebegitu rupa. Apa yang menjadikan dia seperti plastik, berlagak sebagai golongan adam padahal sememangnya dia adalah hawa. Insan yang dijadikan dari rusuk adam dan pastinya datang dari golongan yang sama dengan aku. Abaikanlah,Apa sekalipun aku lebih berbangga dengan kerjaya Peah sekarang. Dari segi kerjaya Peah lebih berjaya jika hendak dibandingkan dengan aku, bekerja di syarikat swasta berbekalkan ijazah dalam bidang kejuruteraan. Telahan aku sedikit terjawab, skop kerja mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang terhadap penampilan dia,tapi...mungkin kurang tepat dan kuat andaian aku. Sebabkan kerjaya ke Peah bertukar citarasa penampilan??



Setelah usia persahabatan kami menjangkau berbulan aku rasa, aku semakin kurang janggal dengan penampilan Peah. Walaupun ada ketikanya persahabatan kami sering kali menjadi jelingan bermakna pada mereka mereka yang memandang. Mana tidaknya, Peah yang sememangnya berkulit mulus, manis tapi sayangnya berpakaian pula seperti lelaki. Rambut disisir kemas dan bertaji macam balung ayam. Dari segi pakaian pula, kemeja dan jeans sering menjadi pilihan Peah, dilengkapkan lagi dengan pemakaian kasut yang bertutup kemas dan sentiasa berpadanan dengan warna pakaian yang digayakan. "Smart beb"..tulah antara perkataan yang aku selalu dengar dari mulut gadis-gadis yang lalu berhampiran dengan Peah. Sekilas pandang memang tak perasan Peah nie sebenarnya perempuan.Hahaha..tertipulah korang semua.



Aku bersyukur kepada tuhan kerana dipertemukan kembali dengan teman rapatku, Peah. Bagaimana rupa sekalipun Peah, aku masih menerima dirinya seadanya dan sama sekali tidak pernah mempersoalkan berkaitan 'keganjilan' penampilannya sekarang. bagi aku, aku ikhlas berkawan dengannya kerana Peah juga manusia biasa dan yang paling penting dia juga makhluk Allah seperti yang lainnya. Tetapi apa yang menjadikan pertemuan hujung minggu tersebut lain daripada yang lain adalah, suatu ungkapan telah terpacul dari mulut Peah yang mana aku sendiri sama sekali tidak jangkakan. "Ana,kau boleh tolong aku tak?aku nak berubah. Aku nak jadi macam kau", pinta Peah dengan suara yang sedikit tenggelam.



bersambung..........



Ahad, 4 Disember 2011

Lagu Negaraku vs Azan

Salam malam minggu..


Berdiri sekaliannya!bangun!berdiri tegak hormat lagu Negaraku tatkala ia berkumandang..Sungguh bersemangat kita menyanyikan bait-bait lagu negara kita. Megah dirasa,kekar rasa dada tanda bangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia negara berdaulat. Semangat patriotik semakin meluap-luap terasa. Masih panas cerita kejayaan skuad 'harimau muda' kita menjinakkan sang garuda! Lagu Negaraku pelengkap kejayaan negara setiap kali berjaya menakluki sesuatu acara.


Sebaliknya.....


Tatkala laungan azan dilagukan dengan merdunya oleh bilal masjid,segelintir cuma yang 'menghormatinya'. Selebihnya wat derk malah yang lebih teruk,langsung tidak menyedari panggilan agung tu berkumandang. Kenapa ia terjadi??


  1. Lagu Negaraku lebih difahami maksudnya!cuba kita tanya secara rambang,boleh dikira dengan jari siapa diantara kita cube memahami makna dan pengertian Azan.


  2. Lagu Negaraku dinyanyikan oleh kita mungkin masa bersekolah dulu,tak pun masa korang pergi tengok bola kat stadium. Tapi azan kita dengar 5kali sehari,tiap-tiap hari.


  3. Lahirnya manusia yang bergelar muslim akan disambut dengan laungan azan/iqamah,bukan bunyi-bunyian lain. Azan yang pertama sekali kita dengar sewaktu kita celik di muka bumi tuhan. Maih belum cukup untuk kita menghormatinya.


  4. Kalau sesuatu bencana sebagai contoh rumah terbakar, kita digalakkan melaungkan azan untuk meredakan api yang marak. Cuba korang nyanyi lagu.silap-silap korang sekali rentung,api pulak makin marak.

p/s : Patriotikkah kita terhadap laungan azan?atau lagu Negaraku lebih dihormati dan diagung-agungkan?