Rabu, 26 September 2012

Madrasah Batu 14, Hulu Langat Bertunjangkan Ajaran Sesat??

Salam pembuka bicara kepada semua pembaca blog Lidah Bercabang. Alhamdulillah..aku melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang hidup di muka bumi tuhan yang luas ini.

Cerita yang aku ingin kongsikan bersama-sama pembaca semua adalah berkaitan cerita yang di ceritakan secara tak sengaja oleh adik lelaki aku sekembalinya dia dari solat Jumaat beberapa minggu yang lepas. Baru sekarang aku berkesempatan untuk coretkan. Aku ingin menduga memori ingatan pembaca semua, seluruh negara kita digemparkan ekoran peristiwa tanah runtuh yang meranapkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei 2011. Peristiwa tersebut telah mengorbankan 16 orang, majoritinya kanak-kanak. Mesti ramai dapat mengingati peristiwa tersebut bukan? Sedih sungguh hati kita tatkala melihat mangsa runtuhan rata-rata terdiri daripada kanak-kanak yang berstatus anak yatim piatu. Sejurus berlakunya peritiwa tersebut, pelbagai pihak mula menuding jari sesama mereka. Mereka tertanya-tanya apakah punca sebenar kejadian tanah runtuh tersebut boleh berlaku sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak berdosa ini ditimbus tanah hidup-hidup.

Abaikan permasalah berkaitan struktur tanah, lesen rumah tersebut didirikan atau sebagainya. Apa yang aku ingin sentuh di sini adalah berkaitan cerita adik lelaki aku yang mengatakan madrasah ini diasaskan oleh seorang yang bernama Juruzon yang mengembangkan ajaran Juruzon(ajaran sesat) untuk dipatuhi oleh penganutnya. Tiada sumber sahih yang boleh aku dapati sebab aku sendiri tidak mendengar khutbah jumaat.(Solat Jumaat wajib untuk lelaki sahaja). Akhir sekali sumber sahih yang boleh aku perolehi adalah melalui Lawan Web JAIS dimana mereka menjadikan setiap khutbah jumaat dipaparkan saban minggu. Pembaca boleh melihat dan mencetaknya semula untuk di jadikan panduan atau rujukan. Syabas JAIS atas inisiatif yang dilakukan. Berikut merupakan isi kandungan Khutbah Jumaat  bertarikh 21 September 2012 untuk bacaan kita bersama :


Sidang Jumaat yang di rahmati Allah

Terbongkarnya ajaran ini di Selangor ialah apabila berlakunya suatu peristiwa tanah runtuh yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei  2011 tahun lalu. Setelah disiasat, pihak berkuasa mendapati bahawa pengasas ajaran adalah orang yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan. Beliau telah membina Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2002 sebagai tapak baru.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah

Setelah berlakunya tragedi hitam ke atas madrasah tersebut, didapati madrasah ini menjadi pusat kegiatan ajaran Juruzon dan terdapat banyak penemuan serta bukti penyelewengan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah;
1.   Penerimaan ilmu yang bertentangan dengan hukum syarak, di mana mereka meyakini akan kehadiran "Guru Ghaib" yang turun melalui badan Juruzon. Ia memberi pengajaran dan arahan kepada ahli kumpulan agar patuh dan setia melalui majlis yang dinamakan "Majlis Rabitah".
2.   Juruzon mendakwa mempunyai bacaan al-Qurannya sendiri yang turun daripada Arasy. Bahasa Arasy ini bukanlah bahasa arab seperti bahasa al-Quran, tetapi bahasa Arasy itu sendiri. Beliau juga mendakwa bahasa ini digunakan selepas mati.
3.   Amalan atau pegangan yang bersifat kepada salah laku seks yang melampau, iaitu perbuatan terkutuk ini dilakukan adalah semata-mata untuk melepaskan nafsu syahwatnya.
4.   Ajaran ini juga mengkelaskan "mahram" yang bertentangan dengan syarak, yang mana amalan ini adalah bertujuan menjadikan hubungan di antara ahli-ahli kumpulan seperti adik-beradik yang menghalalkan bersalaman dan bersentuhan tanpa lapik atau bercium pipi di antara lelaki dan perempuan.
5.   Penyalahgunaan konsep zakat iaitu Juruzon mengenakan kutipan zakat kepada ahli-ahli kumpulan di antara 10-25% daripada pendapatan bulanan yang wajib diberikan setiap awal bulan dan akan berganda jika lewat dibayar, wang ini merupakan salah satu cara mengembangkan ajaran ini dengan lebih pesat.
6.   Juruzon mendakwa mendapat perintah daripada "Guru Ghaib" bahawa setiap ahli kumpulan hendaklah membuat pinjaman dan menjadi penjamin kepadanya semata-mata untuk memenuhi kehendak beliau termasuklah bayaran kereta mewah, rumah banglo dan sebagainya.
7.   Juruzon mendakwa beliau mampu untuk berinteraksi dengan roh-roh si mati lebih-lebih lagi ibubapa kepada ahli-ahli kumpulan yang telah meninggal dunia, beliau juga menyatakan bahawa roh-roh mereka ini mewasiatkan supaya anak mereka tetap bersama di dalam jemaah ini kerana jemaah ini adalah jemaah yang benar.
8.   Ajaran ini memutuskan hubungan kekeluargaan untuk melahirkan pengikut taksub, yang mana juruzon menggalakkan ibubapa di kalangan kumpulan ini menyerahkan anak-anak mereka untuk mengikuti kumpulan ini sejak berumur 12 tahun dan ada juga yang menyerahkan sejak berada dalam kandungan ibunya.
9.   Juruzon juga mengugut ibubapa yang keluar daripada kumpulan ini dengan menghasut anak-anak mereka supaya membenci ibubapa. Beliau menghalang dan memisahkan anak-anak daripada berjumpa dengan ibubapa mereka sendiri. Mereka yang keluar daripada kumpulan dianggap pembelot dan pengkhianat agama. Juruzon juga mengancam kepada ahli kumpulan yang hendak keluar denga nacaman yang menakutkan.

p/s : Wallahualam. Marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon kehadratnya agar roh-roh mereka yang telah meninggal dunia dicucuri olehNya. Dan kita yang masih hidup memohon agar sentiasa diberi petunjuk dan hidayah daripadanya. Mintak dijauhkan daripada gangguan syaitan dan anasir luar yang boleh memesongkan akidah. Aminnn Ya Rabb...

Jumaat, 21 September 2012

Kenapa Gantung Patung Bawah Kereta??

Salam kepada semua. Otak ligat berputar ketika mana 2 hari lepas ketika perjalanan pulang ke rumah selepas seharian bekerja di pejabat, mataku meliar memandang kelibat deretan kereta di hadapanku. Bosan sungguh berhenti menunggu lampu merah kembali hijau. Iringan lagu berdendang masuk ke gegendang telinga tidak menghalang penglihatan aku terhadap kereta proton perdana yang berhenti di hadapanku. kereta Perdana yang aku maksudkan bukanlah kereta biasa yang mana aku kirakan pemiliknya adalah seorang yang ranggi dan 'pelik'. Pelik sebab dia menggantungkan patung yang berjuntai-juntai yang hanya beberapa inci sahaja mencecah ke permukaan jalan raya.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku lihat patung yang di gantung sebegitu rupa, tetapi kali ini perasaan aku membuak-buak ingin tahu, Tak kan nak tanya tuan punya kereta kot. Ansuran bulanan diorang yang bayar, so suka hati dioranglah nak letak apa dekat kereta diorang. Tapi apakah motif sebenar disebaliknya??Jommmm baca....

  1. Trend macam ini bermula di Thailand. Tujuan diorang gantung patung yang terdiri daripada pelbagai bentuk ini bertujuan untuk menghalau hantu. Dekat jalan raya kebiasaanya selalu berlaku kemalangan jalan raya. Ramai yang menjadi korban jalan raya dan dipercayai roh-roh mereka tidak aman dan akan mengganggu pengguna jalan raya yang lainnya. Sebagai 'pendinding' mereka menggantungkan tangkal patung tersebut.
  2. Di Malaysia, trend menggantung patung lebih di lihat sebagai suka-suka je. Tetapi ada juga yang melihat, pemilik kenderaan yang berbuat demikian adalah anti perempuan gedik!!Betul ke?apa kata korang pergi siasat sendiri.
  3. Apa sekali pun, terserah pada kehendak masing-masing. Asalkan perbuatan yang kita lakukan tidak bertentangan dengan ajaranNya.
(Gambar hiasan semata-mata, hp aku canggih sangat..tak boleh tangkap gambar)

p/s : Baik gantung Ayat-ayat Al-Quran pada cermin pandang belakang kereta. Letak tempat yang tertinggi, dapat pahala..Insyaallah, jadi senjata paling ampuh untuk melindungi perjalanan kita.

Innocent of Muslims: Filem Hina Nabi!!

Salam Jumaat, penghulu segala hari kepada pembaca blog sekalian. Selepas menyambut Syawal dengan meriah, aku rasakan aliran adrelin aku mengalir laju 'disantakkan' dengan kerja hakiki yang datang tidak putus-putus. Hari-hari yang berlalu aku rasakan terlalu pantas, jam berpusing mengikut putaran waktu, kalender pula berubah berganti bulan. Umur??cepat juga bertambah. Lari pada topik asal. Kesibukkan dunia yang aku lalui setiap hari menjadikan aku agak ketinggalan dalam sesetengah perkara. Tapi dalam sesibuk mana juga aku, aku tetap ikuti perkembangan semasa. Risalah akhbar menjadi bahan kudapan bacaan aku sebelum tidur, maklumlah waktu pagi tak sempat nak baca

Baru-baru ini adalah terlihat di mata dan terngiang-ngiang di telinga aku berkaitan bantahan atau protes besar-besaran berikutan filan yang bertajuk "Innocent of Muslims". Tertarik sungguh aku dengan bantahan agresif yang dilakukan. . Bukan setakat di negara luar. di Malaysia sendiri banatahan/protes dilakukan dengan agresif oleh badan NGO yang peka tentang sensitiviti umat islam yang terang-terangan sudah "dicabul".

Dari kaca mata aku sendiri, dapat aku simpulkan :

  1. Sekali lagi kesabaran umat Islam dicabar dan sekali lagi peribadi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di fitnah, di hina dan di perkotak-katikkan. Filem bodoh hasil karya sutradara dan produksi oleh Israel-Amerika sebuah kelompok pengembang real-estate Sam Bacile, 52.
  2. Walaupun aku sendiri tidak melihat dengan mata,kepala sendiri berikutan (video tersebut telah dilarang tayangannya), dalam sesawang YouTube, gambaran video tersebut menggambarkan Rasul junjungan kita sebagai penipu, mempertontonkan baginda berhubungan seks dan menyerukan pembantaian...nauzubillah!!
  3. Bantahan yang dilakukan melihatkan angka korban semakin bertambah. kedutaan AS di negara-negara islam menjadi sasaran dan tempat melampiaskan amarah terhadapa filem tersebut.
  4. Bukan Islam lah kita jika kita tidak melatah dengan pencabulan sensitiviti junjungan besar kita. Sebagai umat islam yakni umat nabi akhir zaman, Muhammad s.a.w kita sentiasa disunatkan dan memperbayakkan selawat ke atas baginda bagi memperoleh safaat di akhirat kelak. Masakan kita perlu berdiam diri jika Muhammad yang kita sayangi digambarkan sebegitu rupa.
  5. Barikut merupakan gambaran protes di atas pencabulan tersebut :



    Bangga aku menjadi umat Islam. Dikala mana junjungan besar kita diperkotak-katikkan, mereka bangkit menuntut agar provokasi murahan yang dilakukan dihentikan segera. Tetapi jika difikirkan kembali mengapa kafir laknat ini sangat berani, mungkin ini adalah jawapanya!!
    
     
     
    p/s : Rapatkan saf, sepakatkan permuafakatan kita, baru orang-orang kafir gerun dan tidak berani menyelar kita sesuka hati mereka.

Ahad, 2 September 2012

Jentera 'Bela Negara' Terus Mara ke Hadapan

Assalamualaikum..Tanggal 15 Syawal 1433H bersamaan 2hb September 2012(Ahad) bertempat di Empress Hotel, Bandar Baru Salak Tinggi, ,esyuarat Agung Tahun 2012 berjaya menghimpunkan jentera Pumuda dan Puteri UMNO bahagian Sepang. Ini mesyuarat perwakilan yang pertama aku hadiri, bermacam-macam telahan yang bermain dalam benak kepala, berkaitan apakah inti pati sebenar yang akan diperjelaskan dalam perhimpunan tersebut dan apakah tujuan utama ianya diadakan. Kesimpulan yang dapat aku terangkan adalah seperti berikut :
(sebelum baca artikel ini,anda hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas dan waras dalam membuat penilaian)

  1. Disebalik keselesaan barisan pembangkang yang kita sedia maklum menakluki kerusi pemerintahan di Selangor, dapat aku rasakan semangat meluap-luap ingin merampas kembali kerusi yang telah lebur pada PRU-12 yang lepas.(dewan gamat dibanjiri barisan jentera muda mudi yang bersemangat menjunjung pemerintahan induk).
  2. Nyanyian lagu Negaraku bergema disambung dengan nyanyian lagu patriotik parti dan Malaysia!!Sangat bersemangat pemuda pemudi mendendangkan lagu tersebut, yang mana aku kirakan bukan semangat yang di buat-buat, tetapi hakikat sebenar yang jelas tertananam dalam diri mereka.
  3. Semangat Melayu jelas menebal dimana tatkala amanat dibacakan, bulu roma aku mungkin yang lain-lain juga akan meremang. Perjuagan selepas kemerdekaan adalah lebih mencabar, lagi mencabar untuk memepertahankannya daripada memperolehinya.
  4. Pemerhati pakatan harus datang untuk melihat kembali kemaraan barisan anak muda yang berganding bahu mendokong perjungan yang YB Dato' Seri Najib. Fitnah dan tuduhan liar bukan mainan kami.
  5. Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan mungkin dapat menangkis tuduhan liar yang dibuat oleh pakatan pembangkang. Datang dan lihatlah barisan 'Bela Negara' bersatu. bukan ritorik politik tetapi perjuangan sebenar Melayu!!
  6. Mereka yang datang tidak dibayar jauh sekali disogok menggunakan wang atau seumpamanya. Tanyalah kepada perwakilan yang hadir. Tak lain dan tak bukan hanyalah untuk memberi SOKONGAN!!!
p/s : Ayuh!rapatkan saf dan berfikir sejenak pemerintahan manakah yang mampu menerajui kempimpinan negara. Sudah-sudahlah menyokong permainan politik pembangkang yang tak sudah-sudah membuat propaganda dan mencanag keburukan. Kerjasama 'bangsat' yang dibuat dengan DAP terang-terangan merugikan kita sebagai orang Melayu. Tahun 2020 mungkin kita sudah menjadi rakyat negara maju, jika mana pemerintahan kerajaan sedia ada ini berterusan, jika tidak...????Jangan memperjudiakan masa depan anak cucu kita yang belum tentu terbela dengan pemerintahan Pakatan Pembangkang yang jelas keislamanya tetapi merapu melalui tindakannya dan perjuangannya.