Salam untuk semua pembaca. Hampir sebulan rasanya tak mencoret di sini. Ketika leka dengan kesibukkan ciptaan dunia menyedarkan aku seketika dengan 'panggilan' agung dariNya yang menjemput aku menjadi tetamu istimewa ke 'rumahnya'. Selama nie tidak terlintas dihati untuk kesana walaupun telah termaktub ianya merupakan salah satu fardu yang wajib dilakukan sekiranya mampu.
Alhamdulillah..tapi kelu lidah tatkala ditanya persediaan untuk kesana. Hanya senyum tawar yang dapat menyembunyikan seribu kegelisahan yang bersarang dalam hati aku. Tapi apa yang aku risaukan. Satu perkataan yang selama ini aku pandang enteng iaitu 'DOSA'. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan selama nadi aku berdenyut hampir 24 tahun ini. Aku hanya insan kamil yang sama sekali tidak bersifat maksum seperti Rasullah swt. Sering melakukan kesalahan tetapi masih tidak mengangap ia suatu dosa. Sebagai manusia biasa apa yang aku harapkan :-
- Biarlah pemergianku ke sana membawa seribu satu pengertian/makna, bukan sekadar perjalanan yang memakan masa hampir 2 minggu semata-mata.
- Persediaan?sampai bila pun manusia seperti aku dan korang semua tak akan pernah rasa cukup bersedia untuk mengahadapNya dalam keadaan masih 'hidup' melainkan tatkala ajal datang menjemput.
- Perubahan yang didambakan pada setiap insan yang pulang daripada sana mesti 'baik' daripada sebelum2nya. Boleh tak kalau aku katakan, ianya mitos semata-mata. Pokok pangkal hati. Sekali mana pun aku berubah, Aku berharap biarlah ianya bersifat istiqamah bukan 'plastik' atau sementara.
- Diberi keupayaan dan kesihatan yang sempurna untuk melengkapkan segala rukun yang diwajibkan.
- Semua makhluk yang pernah 'berurusan' dengan aku sebelum ini mengikhlaskan hati dan memaafkan semua kesalahan dan kekhilafan yang pernah aku lakukan terhadap mereka.
- Dan yang paling utama, segunung harapan aku panjatkan untuk mengharap keredhaanNya. Moga2 jasad aku yang dilahirkan sempurna tetapi kadangkala tidak mampu menggunakan akal sewarasnya ini mampu menjejakkan kaki ke 'tanah suciMu'..
p/s : Semoga ibadah umrah 1433H yang bakal aku lakukan diterima olehMu..Aminn Ya Rabbal Alamin..