Khamis, 11 Ogos 2011

Tepuk Amai-amai Dikala Terawih..

Errkk..Alhamdulillah..sendawa tanda kekenyangan yang teramat sangat akibat 'melantak' semua makanan ketika berbuka. Kebiasaanya selepas kita berbuka, kita akan mengambil masa untuk menunaikan solat dan merehatkan perut yang sarat diisi tadi dengan menghadap televisyen menanti rancangan berita pukul 8 malam.

Seterusnya,bagi yang berkemampuan, aktiviti yang dilakukan adalah melangkah kaki anda ke masjid atau surau berdekatan untuk menunaikan solat isyak dan terawih berjemaah. Alhamdulillah, setakat seminggu menjalani ibadah puasa nie, penuh rumah2 Allah dengan mereka2 yang tidak mahu ketinggalan meraih pahala di bulan puasa.

Daripada pandangan aku, kehadiran pelbagai golongan samada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas merupakan satu peningkatan positif sekaligus memberi impak yang baik, bahawa komuniti ummah kita masih lagi kuat dalam mana bersepahnya timbul masalah gejala negatif dalam bulan2 puasa nie.

Dalam mana yang kita selalu dengar, balik masjid atau surau je, kalau pakai selipar atau kasut yang agak cantik, memang berkaki ayamlah korang balik nanti, tetapi dalam pada tu,ada satu lagi permasalahan. Penjaga yang membawa anak2 mereka yang masih kecik ke masjid atau surau. Memang baik niat mereka memberikan teladan yang baik kepada anak2 yang masih kecil. Bak kata pepatah "lenturlah buluh biarlahlah dari rebungnya".

Ketika solat sunat terawih dilakukan, kawan aku mengadu kedengaran suara riuh rendah pekikan dan lolongan kanak-kanak kecil di suatu sudut masjid. Si kecil menangis semahu-mahunya yang mana kawan aku sendiri tidak tahu sebabnya,manakala suara si kakak yang masih kecil tetapi sudah berakal memujuk dengan menyanyikan lagu 'tepuk amai2 belalang kupu-kupu,adik jangan nangis ummi sedang solat'. Begitula 'nyanyian' si kakak.

Selesai solat 8 rakaat, kawan aku mematikan niat untuk menyambung solat ke rakaat seterusnya disebabkan terganggu dengan 'irama' tanpa diundang tersebut.Kawan aku mula mencuri2 pandang, kelihatan si kakak yang berumur lebih kurang anggaran aku 4 tahun sedang sakan memujuk si adik pula 1 tahun lebih yang tidak berhenti-henti menangis.

Cuba kita renungkan, bukan kawan aku seorang je yang ada telinga,mungkin seluruh jemaah dalam masjid tersebut mendengar dan semestinya terganggu kekusyukkan solat mereka disebabkan tangisan kanak2 berdua tadi. Jadi, dalam hal nie sama sekali bukan salah si kecil. Kepada ibu bapa kanak2 tersebut, kat mana letaknya kesedaran sivik korang?pahala solat perlu diraih tetapi jangan sampai terlepas pandang perkara sekeliling yang kita anggap remeh sebenarnya terlalu besar kesanya kepada orang di sekeliling kita. Macam-macam..n_n..

p/s : Sekurang2nya Kak Limah nyanyi lagu 'enjit2 semut' bukan dekat masjid atau surau..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan