Jumaat, 13 Julai 2012

Family Day KWPD Di Wetland,Putrajaya

Assalamualaikum..syukur kepada sang pencipta dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..Coretan untuk malam ini sekadar membuat laporan ringkas berkaitan program 'Family Day' yang berjaya direaliti dan dijayakan pada 7 Julai 2012 (Sabtu) yang lepas.~jangan usulkan dalam meeting pengurusan k~

Menyokong 101%program yang diketuai oleh pengarah program, Pn. Norlida (bos aku), akhirnya berjaya juga program Family Day yang dicanang hebat sebelum nie dijalankan. Penukaran baton selaku pengarah program beberapa kali terjadi, banyak juga tempat yang telah dijelajah, tujuannya tak lain dan tak bukan, survey untuk port family day, akhirnya Tapak BBQ, Taman Wetland , Putrajaya juga jadi pilihan. Kerjasama AJK juga banyak membantu untuk menjayakan program mega KWPD kali nie. Tanpa penglibatan keseluruhan mereka, program family day mungkin akan jadi projek 'gajah putih' Kelab Warga Pejabat Dekan.

Dalam kesibukkan menjayakan program-program yang giat berlangsung di dalam dan luar fakulti yang melibatkan hampir keseluruhan staf Pejabat Dekan, peratus kehadiran ahli amat membanggakan. Ini membuktikan mereka masih memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada program KWPD.(minta2 naik SKT).Hahahaha..

Berikut merupakan gambar2 yang berjaya di snap semasa berlangsungnya program tersebut.







p/s : InsyaAllah kalau ada bajet lebih, bolehlah buat program yang lagi gempak daripada nie.=)


1 ulasan:

  1. salam..boleh sy tahu brp kos sewa tapak n peralatan2 lain?sy tgh cari tempat jgk utk family day ofis sy.Tq

    BalasPadam