Selamat berpuasa untuk hari yang ke-7. Hari nie genap seminggu kita menjalani rukun islam yang ke-3. Semoga semua amal ibadah yang kita lakukan diterima olehNya. Kita sememangnya bertuah dilahirkan sebagai muslim di bumi Malaysia. Bulan Ramadhan di sini menjanjikan keistimewaannya yang tersendiri.
Juadah yang pelbagai menjadikan 1001 aneka pilihan untuk kita jadikan sebagai juadah berbuka. Sepanjang seminggu puasa nie,semestinya korang ada membeli sekurang-kurangnya 1 juadah kuih muih untuk berbuka. Betul kan? Kuih muih ini juga amat mudah didapati terutamanya di bazar ramadhan. Jenis kuih apa yang sering menjadi pilihan pembeli? Jom kita survey.
2. Kuih Karipap
3. Kuih Cara Berlauk
4. Kuih Cucur Udang
5. Kuih Akok
6. Kuih Pulut Panggang
7. Kuih Seri Muka
8. Kuih Seri Ayu
9. Kuih Popiah
10. Kuih Bakar Kemboja
p/s : Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jauh mana sekalipun korang merantau, korang confirm rindukan kuih tradisional melayu kita yang tak luput dek masa zaman berzaman lamanya.
Jadikan kuih muih kita salah satu kemestian juadah kita ketika berbuka nanti, kalau bukan kita berbangga dengan kuih muih tradisional melayu, siapa lagi?n_n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan