Salam..kucing makhluk ciptaan Allah s.w.t, haiwan yang cukup istimewa. Sifat semulajadinya yang jinak dan manja menjadi pilihan kita untuk menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan. Tahukah kita apa keistimewaan kucing? Kenapa kucing cukup istimewa sehingga diangkat sebagai haiwan kesayangan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w..
- Kucing haiwan yang jinak. Kucing 'gelandangan' biasanya akan lebih kejam berbanding kucing yang kita bela sejak kecil. kalau tak percaya, cuba bela. Bagi makan dan tempat tinggal yang selesa, confirm kucing tu akan jadi bff korang.
- Kucing sememangnya dilahirkan sangat comel walaupun muka d'org nie persis harimau version junior.
- Kucing sensitif terhadap perasaan tuan yang membelanya. Kucing akan duduk merenung kita disaat kita berkata-kata dengannya. Tatkala kita bersedih dia akan mendekati kita dan cuba memujuk dengan 'kemanjaan' dia. Tapi kalau tengah marah, letak kucing korang jauh-jauh.
- Kucing haiwan yang mudah untuk dipelihara. Kucing akan tidur sekurang-kurangnya 12 jam sehari. So,korang jangan sekali-kali kacau tidur dia. Makan pun beli je whiskers kalau nak nampak western, kalau tak cukup rebuskan ikan dan gaul dengan nasi. Senangkan?susah kalau korang memang seorang yang pemalas!
- Kucing adalah punca 'rezeki' kita. peliharalah kucing seolah-olah ia akan membersihkan harta kita, disamping tu jugak dpat bersihkan hati kita yang agak keras dan kejam terhadap binatang.
- Pernah tengok cerita cartoon tom and jerry? Apa tugas si kucing, Tom?tak lain dan tak bukan mengejar si tikus Jerry.Kalau kat rumah korang ada banyak tikus, belalah sepupu sepapat Tom nie. Memang tak cukup tanahlah tikus korang bertempiaran lari menyelamatkan diri.
p/s : Jagalah kucing kalau mana korang mampu menjaganya dengan baik. Kalau tak mampu, cukuplah untuk tak menzalimi kucing-kuing yang korang jumpa.btw i luv cat!
perkongsian menarik. Kat sini juga ada nama kucing popular untuk malaysia
BalasPadamjalan cerita mudah faham,terbaik
BalasPadam