Isnin, 12 November 2012

Percutian Kami di Pulau Langkawi (1~4 Nov 2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat keatas junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan dengan mengingati baginda, syafaat akan diberikan kepada kita di akhirat kelak.Aminnn...

Fuhhhhhh!!!!huk..huk..(sound effect tersedut habuk), membayangkan begitu lama aku tak menulis sebarang entri kat blog kesayangan aku nie. Kenapa tiba-tiba aku bersemangat nak menulis balik?? salah satu penyebabnya, aku ingin kongsikan dengan korang tentang percutian bersama-sama kawan-kawan opis yg aku kirakan cukup hebat dan amat bermakna buat aku!

Dalam kesibukkan kerja di pejabat yang tak pernah surut, ditambah pula dengan perpindahan aku ke tempat kerja baharu, sedikit pun tak memberi effect terhadap perancangan rapi(sangatla rapinya, heboh je lebih) percutian yang kami rancangkan berbulan-bulan yang lalu. Tujuan utama percutian kami adalah adalah untuk releasekan kepala otak daripada berfikir tentang 'KERJA'. Memandangkan budget kami yang agak ciput, rata-rata antara kami berpendapatan RM2,000.00 ke bawah, tu tidak menjadikan alasan golongan seperti kami tak boleh pergi bercuti(makan angin). Jadi, selepas ditimbang tara berbekalkan budget RM150++, ini merupakan percutian ke Puau Langkawi yang berjaya direalisasikan bermula pada 1hb~4hb November 2012. Terima kasih juga kepada pegawai yang meluluskan cuti!

1hb November 2012 (Khamis)

Keretapi Tanah Melayu Senandung Langkawi merupakan pengangkutan yang akan membawa kami ke Arau,salah satu tempat di Perlis sebelum membawa haluan ke jeti Kuala Perlis. Tiket yang agak suntuk dibeli kurang daripada seminggu sebelum pergi bercuti menjadikan kami hanya mampu mendapatkan tiket kelas ke-2 pada harga RM42.00 sehala. Setiap daripada kami akan menaiki keratapi tersebut di Stesen KL Sentral. Macam mana diorang sampai ke KL Sentral, sememangnya ada cerita disebaliknya yang tak secara keseluruahan aku boleh coretkan disini. Yang penting mereka semua berjaya sampai sebelum tiba waktu keretapi bertolak.

9.20pm - 7.56am merupakan tempoh masa yang termaktub tertulis pada tiket. Tempoh masa tulah yang diambil keretapi kami untuk sampai ke destinasi bakal kami tuju, iaitu Arau. Aku sendiri mencongak-congak berapa jamlah kami akan berada didalam keretapi, 11 jam? sangat lama. Hakikatnya, memang lama!!sakit pinggang oiii...selamatlah kami dalam trip yang ramai, agak terhibur dengan keletah masing-masing yang suka merepek dan meraban. Tu pun lepas tolak waktu berulang alik ke cafe, makan,minum selang beberapa jam, g toilet, buat lawak,berangan-rangan, tidur, masa yang berjalan dalam keretapi tetap lama aku rasakan. Tapi pemandangan menjelang dinihari di kawasan sekitar Perlis sememangnya menarik perhatian aku dan kawan-kawan. Dengan muka tak mandi dan mata yang masih terpisat-pisat, hati kami dijentik dengan pemandangan sawah padi yang menghijau, saujana mata memandang. Cukup indah, SubhanAllah!!

 
 
 
 
 
 
2hb November 2012(Jumaat)

Jam menunjukkan 8.20pagi tak salah aku, sewaktu kami tiba di Stesen Keratapi Arau. Beg digalas untuk pergi mendpatkan pengangkutan seterusnya, teksi! Penuh muatan 2 buah teksi kami naiki. Dengan mata yang masih mengantuk, hati kami masih teruja melihat pemandangan sawah padi di sepanjang perjalanan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit mengambil jarak sejauh 16km. Agak lama aku rasakan, faktor tersebut mungkin disebabkan pak cik teksi yang agak peramah, yang mana sepanjang perjanlanan dia bercerita sehinggakan aku sendiri sudah lupe butir-butir perbualannya.

Setengah jam kemudian, sampailah kami ke Jeti Kuala Perlis. Walaupun bukan waktu cuti sekolah, barisan untuk membeli tiket agak menduga kesabaran. Sangat ramai dan sesak! Feri kami bertolak jam 10.45 pagi. Masa yang ada kami isikan dengan menikmati sarapan pagi di gerai yang terletak bertentangan dengan jeti.

Saat berbaris untuk menaiki feri mungkin merupakan saat mengupas tahap kesabaran korang sebagai manusia. Hati akan menyumpah dengan suasana yang hingar bingar, bertolak-tolak diantara satu sama lain. Hah!!!Kesudahannya feri yang kami tunggu-tunggu tak muncul, feri lain pula yang kami naik. Tak apalah, janji sampai.

45minit masa yang diambil di dalam feri. Masa tersebut kami habiskan dengan menonton cerita hantu kapcai. Aku?lebih baik tidur. Lena sungguh, tak fikir apa dah, penat sangat agaknya. Sedar-sedar je, Kak Sarah(agen pelancongan yang kami tempah dengan En Dollah) menelefon aku, dia memberitahu dia telah menunggu kami di sekian-sekian tempat. Hah!!syukur, sekurang-kurangnya agen yang aku tempah awal-awal bukanlah penipu. Ianya wujud,kalau tak, free je dikapur duit aku dan kawan-kawan yang lain.

Innova baru berwarna silver merupakan kenderaan kami di Langkawi. Bau kedai lagi kot, meter baru 1000 km lbih. Tak da calar apa. Alhamdulillah rezeki naik kereta agak mewah. Destinasi seterusnya ke Pantai Cenang unutk check in di tempat yang dikhaskan untuk penginapan kami. Dalam perjalanan kami singgah mengisi minyak yang sememangnya tangkinya ditinggalkan kosong oleh Kak Sarah. Ambik ko!!Full tank kami isi, semangat nak meronda-ronda semua tempat.



Lebih kurang 30 minit kemudiannya kami sampai di Pantai Cenang yang terletak di Mukim Kedawang, Ulu Melaka. Kami menginap di Motel yang diberi nama Sugary Sands. Keadaan luarnya saling tak tumpah seperti rumah setinggan, tapi bila kami masuk sahaja, Wowww!!!masing-masing teruja melihat pemandangan motel kami yang menghadap lautan yang cukup luas. Puas hati, cukup selesa dengan tempat tinggal yang diberikan walaupun bersebelahan dengan bar(tempat favaorite mat salleh).


Selesai check in, mandi manda segala, kami segera meluru ke kedai makan berhampiran yang terletak lebih kurang 200meter dari motel kami. Order dan makan semahunya. Hahahaha. Perancangan untuk menjalankan aktiviti island hopping terpaksa ditunda memandangkan masa yanag agak suntuk. Langit pun dah mendung. Kalau terkejar-kejar tak best jugak, jadi kami sepakat untuk pergi keesokan harinya sahaja. Aktiviti untuk petangnya digantikan dengan bersiar-siar di sekitar pantai dan pekan Cenang disamping berbaring di dalam bilik untuk meluruskan tulang temulang.





Pada sebelah malam pula, kami isi dengan aktiviti santai. Penat pun tak hilang lagi. Kami perlu mempersiapkan diri untuk aktiviti keesokan harinya.

3hb November 2012 (Sabtu)

Selesai solat subuh, ada diantara kami yang bercadang untuk berjogging di sekitar pantai, last-last habuk pun tak da. Aktiviti kami diisi dengan menghirup bayu laut yang menghembus lembut. Berbaju tidur sedikit pun tidak mengganggu kosentrasi masing-maing untuk menghayati deruan bunyi ombak yang menghempas pantai. Cukup tenang perasaan ketika itu.

Jam 8.30 pagi, kami bersiap-siap untuk pergi ke Island Hooping. Dalam perjalanan kami singgah di suatu kedai makan yang menyajikan menu sarapan pagi. Tapi apa yang menarik perhatian kami semua adalah penggunaan singkatan menu bagi nasi lemak yang dijual. Sebagai contoh "BT" yang membawa maksud bilis telur.


9.15 pagi, kami bergerak ke jeti, dimana kami akan menaiki bot menuju ke pulau dan tempat menarik yang dijanjikan dalam pakej, Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan aktiviti Eagle Feeding. Perasaan masa tu, sangat excited ok!! Bot laju yang kami naiki berkonbgsi bersama 5 orang dalam 1 keluarga yang lain. Walaupun berkongsi bot, kegayatan dan keriuahan gagal juga dibendung. Tekong bot yang menggelarkan diri dia Anak Mat Abu, cukup sporting melayan kerenah kami yang terlalu teruja ketika itu. Kelajuan bot yang agak luar biasa ditambah pula dengan pemandangan pulau-pulau dan air lautan yang hijau kebiru-biruan menjadikan kami bukan kepalang gembiranya.

 
 
Destinasi pertama ialah Tasik Dayang Bunting. Ianya merupakan sebuah pulau yang mana terdapat tasik yang dimajukan utnuk tujuan pelancongan. Pandai diorang nie, letak pula perkhidmatan paddle boat yang mengenakan bayaran tertentu,memang happening tempat nie. Lenguh-lenguh kaki terasa setelah mengayuh mengelilingi tasik selama 30 minit ditambah pula perjalanan ke tasik tersebut sebelumnya yang mengambil masa 15minit menaiki tangga. Sebagi peringatan tambahan, korang tak payahlah bawa beg palastiky ang mengandungi makanan seperti snek, confrm-confirm korang kena serang dengan kera-kera kat situ.


Selesai di Tasik Daya Bunting, kami menuju ke destinasi seterusnya. Sewaktu di dalam bot, tekong bot, Anak Mat Abu menawarkan pakej tambahan yang lain. Dengan mengenakan cas RM15 seorang, kami akan dibawa ke kelong ikan.(tempat penternakan ikan). Dengan persetujuan ramai,kami bersetuju. Sebelum ke sana kami dibawa ke suatu gua kecil yang terdapat di gunung batu kapur berhanpiran dimana aku sendiri lupa namanya. Bot diberhentikan dan kami dapat melihat dengan jelas struktur batu kapur yang terdapat binaan stalatit dan stalakmit(maaf kalau salah eja). Seterusnya kami dibawa ke kelong ikan(Anak Mat Abu punya kawan gak owner dia, tolong memberlah tu). Sangat menakjubkan, di tengah-tengah lautan terdapat sangkar yang menempatkan beberapa spesis ikan. Lihat sahaja gambar yang berjaya kami rakamkan. Daripada sekecil-kecil ikan hingga yang besar saiznya ada disini. (Pujuk hati sebab tak jadi masuk Under Water World).Oh!lupa aku terangkan, ada satu spesis hidupan laut yang ada disini, agak pelik bantuknya. Badannya berlendir dan berwarna hitam. Ianya dipanggil mentimun laut. Ada berani cubalah pegang!Hahaha..

 
  

Baiklah, selesai bermanja-manja dengan ikan di sini kami dibawa ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Beras Basah. Cantik sangat pulau tersebut. Dengan pasir yang memutih, air lautnya pula berwarna biru kehijau-hijauan bagaikan manarik-menarik kami untuk bermandi manda di persisiran pantainya. Cuaca panas terik tidak sama sekali menghalang niat kami untuk berenang-renang di permukaan air. Masa yang diperuntukkan di sini adalah 1 jam. Dengan tidak memakai krim penahan uv, perubahan ketara dapat dilihat sekembalinya dari percutian ini, sun burn!



Aktiviti terakhir Island Hooping kami adalah 'eagle feeding', bahasa melayunya bagi burung helang makan. Nak bagi makan apa?ohhh, rupa-rupanya tekong bot kami telah membawa bekalan lemak ayam dari awalnya. Bot diberhentikan di kawasan habitat burung helang tersebut selalu berterbangan. lemak ayam dicampak, tapi sayang, mungkin helang-helang kat situ dah kenyang. Lemak ayam yang kami lemparkan dipandang sebelah mata, langsung tak dijamah. Mana tak kenyang, mungkin berpuluh-puluh bot datang memberi makan, sampai tak larat helang tu nak makan dah. Tak apelah, helang Malaysia mewah, sama macam kita rakyatnya.


Selesai aktiviti islang hooping,kami naik semula ke darat dengan baju yang masih basah memasuki kereta sewa. Nasiblah ko Innova baru. Perut dah mula berbunyi menadakan lapar. 5 jam di lautan membuatkan kami sangat lapar. Apa ditunggu lagi, gerai mak cik yang berdekatan dengan motel kami, kami serbu. Nasi putih berlauk menjadi santapan hidangan makan tengah hari kami semua. Erkkk..Alhamdulillah.

Selesai makan, kami pulang ke motel untuk membersihkan diri, mengganti persalinan baharu, bersiap-siap untuk pergi ke Gunung Mat Cincang. Tarikan terhebat yang ditawarkan di situ adalah 'cable car'. Tiket yang kami booking awal tidaklah menjadi terlalu awal sehinggakan kami masih perlu menunggu hampir 1 jam untuk naik. Keadaannya sama seperti di jeti, sangat ramai dengan pelancong asing dan pengunjung yang memasang niat seperti kami untuk menaiki 'cable car' tersebut. Disini berlakunya catatan sejarah bagi kami berlapan. Kegembiraan pada mulanya tercipta bertukar tragedi yang di dalam dilupakan, mungkin sepanjang hayat kami. Daripada berlapan, kami diasingkan dalam kumpulan 6orang dan 2orang sebab 1 cable car hanya mampu memuatkan 6orang penumpang sahaja. Cuaca yang pada mulanya agak mendung tetapi belum hujan membuatkan petugas melepaskan kami berlepas. Kenangan dirakamkan dengan menggunakan camera masing-masing sehinggalah kami tiba ti stesen terakhir. Ikut perjanjian asal, kami akan turun di situ, memandangkan hujan sudah mula turun, kami membatalkan niat dan meminta petugas untuk meneruskan perjalanan menuju ke bawah.(pulang) Didalam perjalanan menuruni stesen ke stesen tiba-tiba perkara yang tidak terfikir oleh kami berlaku. Cable car kami terhenti di tengah-tengah laluan anatara stesen. Dengan keadaan cuaca buruk, kilat sabung menyabung, langkah terbaik petugas adalah memberhentikan cable car yang dinaiki oleh kami. Hujan terus turun mencurah-curah. Keadaan di dalam cable car menjadi panas disebabkan semua ruang udara ditutup untuk mengelakkan air hujan masuk. Keadaan kami ketika itu sangat cemas. Masing-masing cuba mententeramkan hati yang mula bergelodak dengan bermacam-macam andaian buruk. Hampir 30 minit atau lebih aku rasakan cable car kami terhenti sebelum ia kembali berjalan. Sesampainya kami di bawah, syukur yang tidak terhingg aku panjatkan kepada yang kuasa kerana melindungi kami daripada perkara-perkara buruk yang mungkin berlaku. Alhamdulillah Ya Allah!! Sepanjang perjalanan pulang kami bercerita perihal perasaan masing-masing berkaitan situasi yang baru kami lalui tadi.



Selepas pulang daripada Gunung Mat Cincang, kami mengambil peluang untuk singgah di Pekan Kuah. Cadangannya untuk membeli coklat. Sementara ada masa nie, baik kami isi sebaiknya, lagipun meter minyak kereta kami masih belum luak. Selesai memborong kami pulang. Sebelum pulang sempat juga kami membeli makanan untuk sebelah malamnya. Hahh,bermacam-macam rintangan yang kami lalui hari ini, semoga esok akan menjadi lebih baik daripada hari yang penuh dugaan ini. Berehatlah kawan-kawan semua.

4hb November 2012 (Ahad)

Pagi yang gelap kini sudah terang..aku adikmu,opss,terlebih pula. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Pulau Langkawi. Selesai mengemas barang-barang, kami menaiki kereta untuk mencari kedai makan. Lapar! jam menunjukkan pukul 10 pagi tetapi sedikit makanan pun belum kami jamah. Pilihan kedai adalah Kedai Makan Hj. Jalani. Nama sahaja ala-ala melayu hakikatnya mungkin dimiliki oleh orang Thailand berdasarkan percakapan petugas kedai makan tersebut. Lukisan dinding pula menggantungkan gambar pemimpin negara seberang. Lagunya pula dalam bahasa Thailand membuatkan kami seperti berada di negara Thailand. Cashiernya pula sangat 'ayu'. Ayu ada makna tuu.

Selesai makan, kami pulang ke Motel untuk check out. Memang terlebih muatan kerana majoriti antara kami membeli beg tambahan. Sumanya gara-gara pembelian barang-barang yang terlalu banyak dan tidak muat dalam beg yang dibawa pada asalnya. Selepas melambai-lambai ke arah motel kami(sedih la tu) kami meneruskan perjalanan ke tempat pembuatan minyak gamat Nusantara. Disini kami masih lagi memborong hasil produk berasaskan gamat. Sesi bergambar tidak dilupakan.



Selesai membeli, kami singgah ke Pekan Kuah semula untuk membeli kiriman barang-barang yang masih belum dibeli. Seterusnya kami meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta sewa yang masih berbaki separuh minyaknya. Hahh! tulah dia, Dataran Helang. Singgah lagi nampaknya. Sebab kalau tak ambil gambar kat replika helang ini tak sah menadakan kita datang ke Pulau Langkawi.  Selesai bergambar kami ke jati untuk menaiki fei unutk pulang. Feri yang ada hanyalah pada jam 5 petang. Maka sekali lagi kami menunggu dengan penuh sabar. Feri tiba dalam keadaan ujan yang sangat lebat. Kami meluru masuk. Harapan kami agar kami tidak terlewat memandangkan tiket keretapi yang telah dibeli awalnya menunjukkan jam 7.06 petang untuk berlepas. Kami bertolak pada jam 5 petang. Perjalanan pula mengambil masa 45 minit. Sesampainya kami di Jeti Kuala Perlis, kami berlari-lari mendapatkan teksi. Pergerakan kami menjadi lambat disebabkan hujan yang turun dengan agak lebat ditambah pula dengan kelewatan menurunkan beg dari feri. Pak cik teksi sedia menunggu kehadiran kami, tidak putus-putus mereka bercakap bertanyakan waktu keretapi kami bertolak. kami sangat suntuk. Jam menunjukkan pukul 6.35petang, perjalanan kami baru sahaja bermula. Masa yang akan diambil ialah 30minit. Tetapi dengan pengalaman yang ada, teksi yang kami naiki meluncur laju membelah keadaan hujan lebat. Dalam hati aku dan kawan-kawan mungkin hanya satu permintaan kami. sempatkanlah kami untuk menaiki keretapi Ya Allah. Alhamdulillah, sekali lagi nasib menyebelahi kami. Keretapi masih belum tiba dan kami masih empat lagi!Lega sangat-sangat.

Bunyi siren keretapi membuatkan kami teruja. Dengan bersemangat kami memenuhkan ruang tempat duduk yang dikhaskan untuk kami. Perjalanan pulang agak singkat ku rasakan, mungkin kerana masing-masing penat dan kami habiskan banyak masa di di dalam keretapi dengan tidur. Terjaga sahaja kami telah pun berada di Stesen KL Sentral. Alhamdulillah!Jam menunjukkan pukul 6.15pagi. Kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar dan solat subuh di surau berhampiran.

Selesai solat kami meneruskan perjalanan pulang dengan menaiki komuter. Penat sungguh dirasakan. Sesampainya sahaja kami dirumah, rasa letih yang melampau-lampau terasa. Aku mungkin agak malang, disebabkan aku staf baru, jadi kau mengambil keputusan untuk tidak mengambil cuti. masih masuk ke pejabat walaupun lawat 2jam!

Sekian sudah perincian percutian yang aku coretakan untuk tatapan pembaca semua. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bersama-sama di waktu sukar dan senang sepanjang di Langkawi. Tidak dinafikan percutian kali ini mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami semua. Semoga ukhwah yang dibina akan kekal untuk selama-lamanya.Aminnnn...

9 ulasan:

  1. nak tau amik agent ngan spe ye sy nk tau contt no nye bole

    BalasPadam
  2. En. Abdullah..0194950341..contact je dia. Saya dan kawan-kawan yang lain memang berpuas hati dengan pakej diorang.

    BalasPadam
  3. Harga pakej berapa?

    BalasPadam
  4. Saya menyediakan pakej percutian ke Padang Bukittinggi Indonesia untuk anda.Harga ground pakej yang menarik dan murah.Hubungi saya ditalian 0126665436(call.sms.whatsapp) utk quotation pakej.
    Atau lawati blog kami di:
    http://freelancetour.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. harga pakej rm150 include pakej penginapan chelaet di antai chenang,kreta innova dan pkej island hopping untk 3 pulau..murah dan sgt berpuas hati.

    BalasPadam
  6. Wah..mcm best jer..nak pegj tggu cuti sek nanti

    BalasPadam
  7. Wah..mcm best jer..nk pegi tunggu cuti sek nant..

    BalasPadam
  8. Masih lagi mahal memandangkan kamu semua ramai.. sangat mahal bagi saya. Better pergi jangan ambil pakej jauh lebih murah.

    BalasPadam