Rabu, 9 Februari 2011

1 banyak..2 kadang2..3 jarang2..4 sedikit2..

Poligami..Pembelaan atau Penindasan??

1 banyak…2 kadang2..3 jarang2..4 sedikit2..skrip yang tidak asing lagi bagi peminat filem melayu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam cerita Nujum Pak Belalang. Jawapan bagi soalan diatas adalah poligami.Poligami merupakan satu pilihan buat kaum adam yang mampu untuk beristeri lebih daripada satu. Ini membolehkan hak kaum wanita terbela dengan usaha dan niat murni hasil daripada konsep poligami.

Poligami,jika diamalkan dengan cara dan konsep yang betul,ianya akan benar-benar membawa pengertian ‘bermadu’ yang digunakan.Tetapi sekiranya ianya disalah tafsirkan daripada perkataan bermadu ia akan menjadi sepahit hempedu.Kenapa ini terjadi.Ikuti kupasan kisah dibawah ini :-

Kisah Pertama

               Milah(bukan nama sebenar) merupakan gadis pinggiran desa yang agak kolot dengan dunia moden masa kini.Kesempatan menjejakkan kaki ke Institut Kemahiran di pekan berhampiran telah membuka mata Milah.Saban hari kehidupan Milah sentiasa dipenuhi dengan pelbagai benda-benda baru yang perlu dipelajari.Mentaliti Milah mula berubah tentang kehidupan di luar sana sehinggalah suatu hari,Ruslan(bukan nama sebenar) mula menyapa Milah.Sapaan Ruslan dijawab mesra oleh Milah.Kalau diikut pada gaya,Ruslan tidaklah muda,hanya lelaki pertengahan umur 40-an dan bekerja sebagai pemandu di universiti tajaan penuh kerajaan  dimana ianya merupakan satu usaha sama dengan  Institut Kemahiran yang sedang diikuti Milah.

              Setelah 6 bulan berkenalan,Ruslan menyatakan hasrat murninya untuk menyunting Milah sebagai isteri yang sah.Dengan hati yang terbuka,Milah menerima lamaran Ruslan.Bukan kepalang gembiranya  Milah dengan status terbarunya sebagai isteri orang.Pengajian yang baru diikutinya terpaksa ditinggalkan serta merta semata-mata mahu mengikut si suami ke ibu kota.Sampai di ibu kota,alangkah luluhnya hati Milah apabila mendapati dia adalah isteri kedua bagi Ruslan.Baru sekali Milah diperkenalkan dengan isteri pertama Ruslan,bukan kepalang sumpah seranah yang dihamburkan ke muka Milah.Semuanya ditelan satu persatu.Bukan niatnya untuk merampas suami orang kerana Ruslan menyatakan dia adalah bujang trang tang tang semasa berkenalan dahulu.

                Kini Milah bukat setakat terpaksa berkongsi suami tetapi juga terpaksa menampung perbelanjaan anak isteri Ruslan yang pertama memandangkan pendapatan Ruslan sebagai pemandu bukanla banyak mana,hanya cukup-cukup makan untuk membesarkan anak-anak yang saban hari menagih perbelanjaan yang tinggi.Biar sebesar manapun sesalan Milah,apakan daya dia hanya seorang wanita muda  yang terpedaya dengan watak jantan jongos yang dilakonkan Ruslan.Niat hati nak memancing dilaut,tetapi kail hanya sejengkal.

Kisah Kedua

              Hidup Pak Munawer (bukan nama sebenar) cukup sempurna bertemankan si isteri yang setia menemaninya selama hampir 30 tahun usia rumah tangga mereka,diceriakan lagi dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucu tersayang.Kehidupan usia emas Pak Munawer dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti dikampung yang sentiasa dipenuhi aktiviti rukun tetangga seperti majlis-majlis keramaian dan keagamaan.Siapa sangka Pak Munawer yang cukup sempurna kehidupanya masih mencari-cari sesuatu untuk memenuhi ruang kekosongan hatinya.Dirinya cukup tercabar dengan pelawaan rakan-rakan seusianya yang sering mencari keseronokkan disempadan untuk mencari gadis-gadis negara jiran untuk berhibur.

              Pemergian isterinya untuk melawat salah seorang anaknya yang baru bersalin membuka ruang untuk Pak Munawer mengikut rakan-rakanya menjalankan ‘aktiviti sosial’ mereka di sempadan.Mula-mula malu,lama kelamaan perasaan malu terhakis setelah termakan godaan dan belaian mesra si dara jelita.Pak Munawer mula ketagih untuk kesempadan menemui buah hatinya.Si isteri mula sangsi dengan perubahan pelik yang ditunjukkan oleh Pak Munawer.Dahulunya Pak Munawer selesa berpakaian yang mencerminkan lelaki seusianya,kini gaya Pak Munawer mengalahkan lelaki bujang yang sentiasa menjaga penampilan dan gaya.

              Si isteri risau akan perubahan mendadak Pak Munawer,hatinya redha jika Pak Munawer ingin beristeri lagi memandangkan usianya yang lanjut yang mana mungkin tidak menarik dipandang lagi.Tetapi yang lebih dirisaukan sekiranya si dara yang dipuja suaminya mempunyai niat buruk untuk memperalatkan dan mempergunakan suaminya.Walaupun pahit untukditelan,si sisteri memberi keizinan kepada Pak Munawer untuk beristeri lagi.Bantahan anak-anak cukup hebat tetapi dipekakkan ditelinga Pak Munawer.Janji hasrat hatinya untuk berkahwin lagi tertunai.Bukan kepalang bangganya Pak Munawer apabila berjaya memperisterikan ayam muda.

              Untuk pengetahuan,isteri muda Pak Munawer bukanlah beragama islam.Tetapi beragama Buddha yang mana merupakan agama anutan majoriti penduduk di sempadan.Dengan alasan mahu berkahwin dengan Pak Munawer,isteri muda Pak Munawer menganut agama islam.Bulan berganti tahun,lahirlah anak hasil perkahwinan Pak Munawer dengan isteri barunya.Dengan pendapatan sebagai kerja kampung,setakat manalah kemampuan Pak Munawer untuk menampung keluarga barunya.Tambang ke sempadan yang perlu diambil kira,ditambah pula gaya isteri mudanya yang gemar berhias rupa menjadikan Pak Munawer makan hati.Apa nak buat.biarla dia berhabis asalkan isterinya sentiasa cantik.

              Isteri tuanya langsung tidak dihiraukan.Baginya si tua sudah pandai menjaga diri sendiri.Betul telahan Pak Munawer,isteri tua memang tidak banyak songeh,tetapi Pak Munawer sebenarnya yang bermasalah.Kini dia sering mengadu mengatakan anak-anaknya tidak mengirimkan wang yang mencukupi kepadanya.Padahal sebelum-sebelum ini.wang sebanyak itula yang dikirimkan anak-anaknya buat Pak Munawer dan isteri saban bulan.Mengapa tidak cukup kini?.Sikap isteri muda yang sentiasa meminta-minta mengadakan itu ini membuatkan hati Pak Munawer menjadi runsing memikirkan wang.Akibat tidak mendapat keinginan hati,isteri muda mula memberontak dengan mengugut akan meninggalkan Pak Munawer sekiranya tidak dapat menuruti kehendak hatinya.

              Hukum karma menetapkan nasib Pak Munawer apabila isteri barunya ditangkap curang bersama lelaki lain.Bukan kepalang marahnya Pak Munawer apabila dirinya diperlakukan sedemikian rupa.Dia nekad meninggalkan isterinya yang curang dan mengadu nasib kepada isteri tua yang telah lama tidak dipedulikannya.Setelah bercerai,Pak Munawer kini menyesal dengan kehendak hatinya yang ingin memasang cawangan lain.Persoalannya.Apakah yang akan terjadi terhadap bekas isterinya yang baru memeluk islam dan anak hasil perkahwinannya dengan wanita tersebut.Siapa yang akan membimbingnya sebagai seoarng mualaf.Pahala yang kononnya yang hendak diraih apabila menyahut sunnah nabi bertukar menjadi beban dosa terhadap Pak Munawer.

p/s - Poligami merupakan sunnah rasul kita NabiMuhammad s.a.w.Wahai kaum adam,jelmakanlah poligami pada maksud yang sebenar bukan pertambahan kuantiti semata-mata.=)




Tanda2 Spesis Kaum Adam Merajuk

Ada orang kata, buruk benar rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernah x korang tengok lelaki merajuk? Pernah tengok lelaki tarik muka? Sebenarnya semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan memang ada perasaan merajuk.Tapi pada kaum adam,kurang-kurangkanlah merajuk,kang kurang pulak sifat kejantanan korang tu.Kami yang perempuan nie pun meluat tengok kalau sentitif sangat,sikit2 nak merajuk.payahlah.

Merajuk biasanya terjadi apabila seseorang memendamkan rasa tidak puas hati atau marah terhadap orang yang rapat atau baik dengannya. Reaksi muka dan tindakan akan ditunjukkan seiring. Apakah tanda-tanda awal seseorang lelaki merajuk?Korang selidiki tanda-tanda di bawah dan jika salah satunya ada pada si dia, maknanya si dia sedang merajuk dengan diri anda.


Tanda-tanda lelaki merajuk:

1) Diam seribu bahasa

Dia diam je tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan korang. Bila kita bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan kita seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.


2) Buat tidak tahu

Dia buat tidak tahu tentang korang. Jika kita bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.


3) Menolak untuk keluar atau makan bersama

Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.


4) Bermuka masam

Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yang sedang merajuk.


5) Baca surat khabar

Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.


6) Menonton TV

Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.


7) Keluar rumah tanpa memberitahu

Ada lelaki tidak mahu memberi keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.


8) Matikan telfon bimbit

Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara, dikhuatiri kan menjadi lebih bengang.
9) Menghempas-hempas barang

Tabiat lelaki yang ingin menunjukkan tanda protes dimana mencampakkan barang-barang yang ada disekelilingnya. Tindakan ini agak ganas. Pada lelaki yang berkelakuan begitu harap-harap rentikanlah.Buruk benar rupenya.


Cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan korang. Jika tak boleh, diam saja, biarkan dia reda sendiri.

Rabu, 2 Februari 2011

*Zodiak Cina*

Kalendar Lunar Cina bermula apabila dongeng beribu-ribu binatang bumi dan kayang hadir menghulur salam perpisahan kepada Buddha. Tanda kasih Buddha kepada binatang, 12 haiwan terpilih mewakili tahun masing² dan satu pusingan lengkap apabila 12 tahun berakhir. Setiap seekor mewakili sifat, perwatakan dan untung nasib tersendiri.

~Keyataan dibawah hanyala mengikut sudut kepercayaan cina semata2,sama sekali tidak b'niat menyentuh sensitiviti agama~

MONYET
Tahun : 1944,1956,1968,1980,1992,2004,2016
Perwatakan : Anda bijak dan berdaya penarik. Kelebihan semulajadi ini memberi peluang kepada anda menguasai orang dan keadaan sekeliling. Bagi teman yang bermasalah, anda diibaratkan pendengar setia. Sungguhpun ada masanya anda berpura² dan tidak memberi sebarang bantuan, namun keceriaan anda mampu meredakan tekanan insan lain.
Percintaan : Awas, jangan terlalu bijak bermain kata², menabur janji manis sehingga kekasih pergi. Anda juga jangan rambang mata sehingga kasih dan cinta mudah diberi kepada semua yang berkenan dihati.
Pasangan serasi : Naga, Tikus

AYAM
Tahun : 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017
Perwatakan : Seorang yang tidak gentar dengan cabaran. Setiap rintangan dihadapi dengan penuh berani dan terbuka. Bagi anda masalah mencetuskan semangat baru dan membina jati diri. Anda juga lantang memberi pendapat dan bijak mencari kelemahan insan lain untuk dikritik. Anda jujur memberi pendapat Cuma sifat terlau berterus terang ada ketika melukakan perasaan orang.
Percintaan : Tunjukkan kesungguhan anda menyayangi dia dengan sikap positif bukan sekadar membawa dia ke hulu ke hilir tanpa bukti yang meyakinkan dan menjamin masa depannya.
Pasangan Serasi : Lembu, Ular

ANJING
Tahun : 1946, 1958, 1972, 1982, 1994, 2006, 2018
Perwatakan : Bersifat pelindung dan menjaga kebajikan orang sekitar. Pendendam adalah sifat buruk anda. Anda terlalu sensitif menyebabkan ada ketikanya anda sukar difahami. Berbanding zodiak lain, anda juga seorang yang tegas mempertahankan hak.
Percintaan : Anda memang seorang pendebat yang hebat namun tidak perlu menunjukkan jaguh kepada orang yang dikasihi, anda hanya melukakan hatinya. Kurangkan pertelagahan.
Pasangan serasi : Harimau, Kuda

BABI
Tahun : 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019
Perwatakan : Anda mudah berkongsi kesusahan orang. Malah sanggup bersusah payah membantu mereka yang memerlukan. Cuma anda perlu berhati² kerana ada waktunya kebaikan anda disalahertikan. Rezeki anda selalu murah. Cuma perlu gigih berusaha dan buang sifat malas dan suka bersantai yang menebal dalam diri.
Percintaan : Jangan asyik berbelanja mewah dan mengharapkan belanja sidia. Dalam mencari kerukunan hidup berdua, biarlah bersama² menyumbang ke arah kesenangan.
Pasangan serasi : Arnab, Kambing

TIKUS
Tahun : 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1196, 2008
Perwatakan : Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak pernah berputus asa. Cuma anda sering bersikap tergesa² dalam melaksanakan cita². Anda juga harus belajar membuat timbang tara agar setiap keputusan benar² berhasil.
Percintaan : Banyak tindakan dan keputusan anda gagal mencapai matlamat. Ini menimbulkan perasaan cuak dan curiga orang yang disayangi. Apakata anda berbincang terlebih dahulu dalam merancang masa hadapan agar masa, wang dan tenaga tidak sia². Dan, jangan sesekali membabitkan wang sidia!
Pasangan serasi : Naga, Monyet

LEMBU
Tahun : 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009
Perwatakan : Bijak menyimpan rahsia dan boleh dipercayai. Anda lebih gemar menyempurnakan sesuatu perkara secara berkumpulan. Ada ketikanya anda terlalu bergantung pada ketua dan kurang berkeyakinan pada diri sendiri. Sifat taat keterlaluan sering membuatkan anda gagal menyerlahkan kemampuan diri.
Percintaan : Anda memang seorang yang berkasih hanya pada yang satu. Namun kelemahan diri tidak mampu menzahirkan kasih sayang menyebabkan anda sering kecewa. Sesekali tidak salah dan tidak jatuh martabat jiakalu meluahkan perasaan yang tersirat. Ia pemanis hubungan.
Pasangan serasi : Ular, Ayam

HARIMAU
Tahun : 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010
Perwatakan : Gaya diri yang bersahaja amat memikat. Anda seorang yang berani dan tidak gentar pada cabaran. Karisma dan kecerian diri seiring menyebabkan orang keliling anda menghidu masalah anda. Cuma anda sukar menerima kekalahan atau kelebihan orang lain. Kekurang diri boleh menyebabkan perasaan anda terganggu.
Percintaan : Kawal perasaan dan rasa cemburu dalam hubungan dua hati. Dik terlalu sayang, sifat cemburu anda ada ketikanya begitu bergelora. Mencintainya tidak bererti sentiasa di sisi atau menakluki dirinya. Pasangan juga pelu kebebasan menentukan kerjayanya.
Pasangan serasi : Kuda, Anjing

ARNAB
Tahun : 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011
Perwatakan : Hati mudah tersentuh dan kaya kasih sayang. Anda gemarkan ketenangan dan kedamaian. Sifat diri yang tenang membuatkan anda jarang bertindakbalas pada cabaran dan musuh. Anda tidak gemar bersaing dan lebih rela mangaku kalah daripada hidup dalam tekanan.
Percintaan : Bergantung harap dan hidup pada insan yang disayangi bukan cara yang bijak dalam hubungan kasih sayang. Sesekali anda harus bertegas dan membuktikan anda mampu berdikari agar orang disayangi lebih menghormati anda.
Pasangan serasi : Kambing, Babi

NAGA
Tahun : 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012
Perwatakan : Kekuatan mental dan sentiasa bersikap positif adalah kelebihan diri. Memiliki tenaga yang luar biasa dalam melaksanakan tanggungjawab. Kelebihan ini menyebabkan ada waktunya diri anda dijauhi rakan apabila mentafsir anda sabagai penakluk.
Percintaan : Anda selalu mambayangkan kesempurnaan dalam segala hal meyebabkan pasangan berasa rimas dan kurang selesa. Tidak salah mengimpikan yang terbaik namun biarlah berpada², mengikut kemampuan diri serta keputusan itu sesuatu yang amali.
Pasangan serasi : Monyet , Tikus

ULAR
Tahun : 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013
Perwatakan : Mudah mesra, cergas dan petah berkata². Setiap tindakan diawasi teliti, terancang dan penuh berhemah. Anda mampu menjadi ketua yang baik Cuma ada ketikanya sifat terlalu yakin dengan kebolehan diri menyebabkan anda kecundang.
Percintaan : Anda seorang yang bijak bermain cinta. Malah apabila berkesempatan anda tidak ragu² membeli beberapa hati dan jiwa dalam masa serentak. Awas, jangan sampai rahsia terbongkar kerana ada ketika gula yang ditanak di tepi bibir mampu menjadi racun!
Pasangan serasi : Ayam, Lembu

KAMBING
Tahun : 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015
Perwatakan : Seorang yang lemah-lembut dan mudah beralah. Apabila berada dalam keadaan tertekan anda gagal membuat keputusan dengan bijak. Hidup berkeluarga adalah syurga anda. Bijak merancang kewangan dan mengatur belanjawan. Bagi anda lebih baik bersakit² dahulu demi mencapai kesenangan kemudian.
Percintaan : Jangan biarkan pasangan terlalu menguasai anda. Walaupun sayang atau cinta, ia tetap ada batasnya. Beralah pada perkara yang tidak wajar bukan bijak dan bukan bukti cinta. Ketegasan diri amat perlu agar anda tidak terlalu sengsara seandainya ditinggalkan.
Pasangan serasi : Arnab, Babi

KUDA
Tahun : 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014
Perwatakan : Anda seorang yang dinamik dan berjiwa lasak. Dalam apa jua keadaan anda mampu menyesuaikan diri. Seorang pengkritik yang hebat namun jujur. Ramai manjauhkan diri dari anda kerana tidak sanggup mendengar pendapat jujur anda mengenai kelemahan mereka.
Percintaan : Jikalau hati sudah suka, jiwa sudah cinta, tidak salah kita berkongsi perasaan. Ketepikan ego dan belajarlah memahami perasaan orang lain. Rendahkan suara, kurangkan tingkah laku yang agresif agar pasangan boleh menerima anda. Belajarlah menerima kekurangan pasangan seadanya!
Pasangan serasi : Babi, Harimau
                                         

Selasa, 1 Februari 2011

~Gong Xi Fa Chai~

      Tahun nie,perayaan tahun baru cina jatuh pada 3&4 Feb 2011.Khamis dan Jumaat.Memberi peluang kepada kaum tionghoa bercuti dengan agak lama disebabkan perayaan tersebut bersambung pada hari minggu.Kaum lain juga terkena tempiasnya dengan masing2 tidak mahu ketinggalan merangka percutian dan program bagi memenuhi kelapangan cuti masing2.

      Sebelum bercuti aku sempat mengucapkan selamat tahun baru kepada satu2 nya staf berbangsa cina kat opis aku, Madame Pauline. Walaupun usianya sudah melangkaui separuh abad tetapi semangat kerja yang ditunjukkan sentiasa konsisten dan boleh dijadikan role model kepada kami pekerja2 junior.Menjelang perayaan tersebut,aku dikelilingi lambakan limau mandarin hasil kemurahan hati pelajar2 berbangsa cina yang tidak lokek memberi kami merasa kemanisan disulami kadang2 rasa masam buah yang berwarna oren tersebut.Dalam masa yang sama ade juga pelajar2 cina yang bergurau mahukan ang pau daripada aku.Opss..boleh bankrap dik oi..aku jawab boleh!tapi tunggu aku jadi wakil DUN dlu la ye..hehehe...

      Diharapkan perayaan tahun nie yang jatuh pada tahun arnab akan memberi kegembiraan kepada semua rakyat malaysia khususnya yang berbangsa cina dimana mereka mempunyai kepercayaan arnab itu sendiri membawa maksud kegembiraan bersesuaian dengan karektor arnab yang pendiam tetapi comel.