Diharapkan perayaan tahun nie yang jatuh pada tahun arnab akan memberi kegembiraan kepada semua rakyat malaysia khususnya yang berbangsa cina dimana mereka mempunyai kepercayaan arnab itu sendiri membawa maksud kegembiraan bersesuaian dengan karektor arnab yang pendiam tetapi comel.
Selasa, 1 Februari 2011
~Gong Xi Fa Chai~
Tahun nie,perayaan tahun baru cina jatuh pada 3&4 Feb 2011.Khamis dan Jumaat.Memberi peluang kepada kaum tionghoa bercuti dengan agak lama disebabkan perayaan tersebut bersambung pada hari minggu.Kaum lain juga terkena tempiasnya dengan masing2 tidak mahu ketinggalan merangka percutian dan program bagi memenuhi kelapangan cuti masing2.
Sebelum bercuti aku sempat mengucapkan selamat tahun baru kepada satu2 nya staf berbangsa cina kat opis aku, Madame Pauline. Walaupun usianya sudah melangkaui separuh abad tetapi semangat kerja yang ditunjukkan sentiasa konsisten dan boleh dijadikan role model kepada kami pekerja2 junior.Menjelang perayaan tersebut,aku dikelilingi lambakan limau mandarin hasil kemurahan hati pelajar2 berbangsa cina yang tidak lokek memberi kami merasa kemanisan disulami kadang2 rasa masam buah yang berwarna oren tersebut.Dalam masa yang sama ade juga pelajar2 cina yang bergurau mahukan ang pau daripada aku.Opss..boleh bankrap dik oi..aku jawab boleh!tapi tunggu aku jadi wakil DUN dlu la ye..hehehe...
Diharapkan perayaan tahun nie yang jatuh pada tahun arnab akan memberi kegembiraan kepada semua rakyat malaysia khususnya yang berbangsa cina dimana mereka mempunyai kepercayaan arnab itu sendiri membawa maksud kegembiraan bersesuaian dengan karektor arnab yang pendiam tetapi comel.
Diharapkan perayaan tahun nie yang jatuh pada tahun arnab akan memberi kegembiraan kepada semua rakyat malaysia khususnya yang berbangsa cina dimana mereka mempunyai kepercayaan arnab itu sendiri membawa maksud kegembiraan bersesuaian dengan karektor arnab yang pendiam tetapi comel.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan