Jumaat, 29 April 2011

Bersyukurnya kita sebagai Penjawat Awam...

               Tiap2 hari bace paper,xabis2 persatuan CUEPACS hentam kerajaan mintak naik gaji dan jaga kebajikan penjawat awam.Dato' Omar Osman,terima kasih banyak-banyak.Banyak tolong kami kakitangan kerajan.Baru-baru nie d'org mntak pelarasan elaun cola sebanyak RM300.Kenaikan gaji juga dituntut berikutan kenaikan harga barang di pasaran.Logik,ckup logik.Gaji kami dibawah RM3000 diklasifikasikan sebagai MISKIN di bandar.Hakikatnye memang camtu pun.Berapa sangatla yang mampu kita simpan dengan gaji yang kita terima saban bulan.Niat hati memang hendak menyimpan,tetapi mungkin mencukupi sekiranya kita,pergi keje naik basikal,mandi air perigi,pakai pelita minyak tanah dan makan ubi kayu rebus cecah gula.

              Alhamdulillah,bersyukur kita terima gaji setiap bulan secara tetap.kalau tak cukup pun.kita cukup2kanla perbelanjaan kita saban bulan.Jimat mana yang mampu dijimatkan.Ukur baju dibadan sendiri sekiranya berkehendakan sesuatu.Kerajaan akan mempertimbangkan permintan kita untuk kenaikan gaji yang akan sentiasa dicanang selagi mana belum tertunai.Tetapi sebagai penjawat awam,apakah 'balasan' yang mampu kita berikan dengan peningkatan gaji yang bakal diberi.Bersyukurnya kita sebagai penjawat awam adalah disebabkan :-
  • Boleh keluar kemana-mana,paling tidak pun hanya perlu mengisi borang keluar pejabat untuk tempoh masa maksimum 4jam.Kalau lebih tu pandai2la cover.
  • Boleh melayari laman sosial untuk menghilangkan rasa stress,kejap je..
  • Aktiviti jualan sampingan boleh dijalankan untuk menambah duit poket masing-masing,asal tahu simpan barang tu sebelum bos nampak,sudahla.Tapi kalau bos nampak pun,bos tu akan buat-buat tak nampak.
  •  Keluar minum berjam-jam lamanya.Bertukar-tukar menu untuk memenuhi tuntutan selera tekak masing-masing.
  • Hari jumaat merupakan hari yang paling meriah khasnya buat kaum wanita atau segelintir kaum lelaki yang menjadi wanita hanya pada hari tersebut.Mereka akan keluar membeli-belah dengan peruntukkan masa rehat yang agak panjang.3 jam!
  • Peruntukkan cuti yang diberi mencukupi disamping membolehkan permohonan MC/EL.
  • Hujan/ribut/taufan sekali pun,beraturla di ATM mesin pada 28hb selewat-lewatnya untuk mengeluarkan gaji.
  • Pencen akan diberi mengikut jumlah tahun perkhidmatan.Duduk goyang kaki kat umah,duit tetap masuk.Bukan sekadar lepas duit kopi,kalau dikumpul-kumpulkan lepas kalau nak beli kedai kopi!selagi hayat d'kandung badanla duit pencen tu hak kita.
Masih belum beruntung lagikah kita sebagai penjawat awam di institusi kerajaan??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan