Rabu, 31 Ogos 2011

Salam Merdeka Raya

Assalamualaikum..Salam Merdeka Raya..Lebaran kali ini cukup istimewa terutamanya buat kita rakyat Malaysia kerana pada tahun ini kita meraikan hari lebaran bersama2 dengan Hari Kemerdekaan yang ke-54. Dikesempatan ini,bersama-samalah kita melupakan persengketaan mahupun kesilapan yang telah dilakukan. Semoga kegembiraan di hari lebaran ini dapat kita kongsikan dengan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama.



Hari Raya dah pun kita sambut 2 hri lepas, tetapi bila pula sambutan Hari Kemerdekaan? Disebalik kesibukkan kita menyambut hari lebaran yang di tunggu2, sambutan hari kemerdekaan aku tengok sedikit tenggelam. Mungkin dek kerana publisiti si 'Raya' yang lebih besar menyebabkan si 'Merdeka' sedikit dilupakan. Apa2 pun, sekiranya kita belum lagi merdeka, manakan semeriah ini sambutan raya kita pada tahun ini. Hargailah erti kemerdekaan dalam pada mana kemeriahan kita menyambut Aidilfitri yang mulia.



p/s : LB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin..Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Rabu, 17 Ogos 2011

Ape Perlunya Kita Bertudung?

Assalamualaikum..salam untuk semua pembaca, terima kasih kiranya sebab masih sudi menyinggah dan membaca paparan yang disediakan. Hari nie aku nak bincang cikit pasal isu bertudung? Apa kesan positifnya sekiranya kita bertudung? Bertudung merupakan 1  kewajipan untuk semua muslimah. Bertudung bukanlah keperluan semata-mata, kerana ianya merupakan 1 kewajipan yang dituntut dalam islam.

Alhamdulillah,dengan bertambah modenya kita kini menjadikan pemakaian tudung semakin mendapat tempat di hati, terpulanglah kepada niat si pemakai memakai tudung atas dasar ape, sekurang-kurangnya mereka masih ingin menutup sebahagian kepala mereka daripada terang-terangan menjadi tatapan kaum adam. Berbalik pada cerita kita, apa kesan daripada pemakaian tudung antaranya :

  1. Kajian menunjukkan bahawa fosforus otak kita akan mencair pada suhu 42'c. Ia terjadi bila korang dok terdedah bawah terik matahari dalam jangka masa yang lama tanpa sebarang penutup kepala.
  2. Kesan lain juga, ia akan menyebabkan kerosakan kekal pada saraf otak disebabkan fosforus otak mencair hingga menyebabkan fungsi otak menurun.
  3. Kajian juga berpendapat, sebanyak 40% hingga 60% drpada tahap kepanasan badan seseorang turut hilang melalui kepala.
  4. Sesiapa yang menutup kepala pada musim sejuk pula lebih mampu mengawal suhu badan d'orang sekitar 50%.
 Jadi perlu alasan ape lagi untuk kita menyarungkan tudung?Islam meruapakan agama yang cukup mudah jauh sekali tidak membebankan penganutnya. Jangan jadikan tuntutan agama menjadikan pemakaian tutup kepala merupakan sesuatu yang terlalu 'ketat' dan 'susah' untuk direalisasikan.

Kalau bukan tudung labuh yang kita sarungkan,mulalah dengan mengenakan tudung mengikut keselesaan kita, asalkan ianya masih menutup aurat dan yang paling penting ikhlas keranaNya. InsyaAllah, dengan tersarungnya hijab di kepala kita dapat menjadikan maruah kita sentiasa terpelihara dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang buruk. Aminnn..n_n



Selasa, 16 Ogos 2011

Tawa, Air Mata dan Ramadhan..

Ramadhan 1432H tiba..
Menjanjikan seribu ketenangan..
Azam yang baru ku sematkan di dalam hati..
Semangat yang ku rasakan tidak seperti Ramadhan yang terdahulu..
Ku biarkan berlalu, tanpa teruja aku untuk melengkapi kedatangannya..
Tawa aku kerana masih diberi peluang olehNya..
Menyesali sisi gelap hidupku yang lepas..
Menginsafi noda-noda hitam yang sebati dalam hayatku..
Dalam pada aku terus menerus mengejarMu..
Ujian dan Dugaan kau labuhkan silih berganti..
Air mata bercucuran jatuh di sisi..
Melalui rekahan ego yang keras di hati..
Kepala berputar hebat..
Merungkaikan simpulan yang cukup rapi kau duga kepadaku..
Ya Allah..mana mungkin kau jatuhkan ujian ini..
Sekiranya aku tidak mampu untuk menghadapinya..
Moga tawa mahupun air mata yang tercipta..
Menjadikan Ramadhan aku kali ini..
Lebih berwarna dan bermakna..n_n

Khamis, 11 Ogos 2011

Tepuk Amai-amai Dikala Terawih..

Errkk..Alhamdulillah..sendawa tanda kekenyangan yang teramat sangat akibat 'melantak' semua makanan ketika berbuka. Kebiasaanya selepas kita berbuka, kita akan mengambil masa untuk menunaikan solat dan merehatkan perut yang sarat diisi tadi dengan menghadap televisyen menanti rancangan berita pukul 8 malam.

Seterusnya,bagi yang berkemampuan, aktiviti yang dilakukan adalah melangkah kaki anda ke masjid atau surau berdekatan untuk menunaikan solat isyak dan terawih berjemaah. Alhamdulillah, setakat seminggu menjalani ibadah puasa nie, penuh rumah2 Allah dengan mereka2 yang tidak mahu ketinggalan meraih pahala di bulan puasa.

Daripada pandangan aku, kehadiran pelbagai golongan samada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas merupakan satu peningkatan positif sekaligus memberi impak yang baik, bahawa komuniti ummah kita masih lagi kuat dalam mana bersepahnya timbul masalah gejala negatif dalam bulan2 puasa nie.

Dalam mana yang kita selalu dengar, balik masjid atau surau je, kalau pakai selipar atau kasut yang agak cantik, memang berkaki ayamlah korang balik nanti, tetapi dalam pada tu,ada satu lagi permasalahan. Penjaga yang membawa anak2 mereka yang masih kecik ke masjid atau surau. Memang baik niat mereka memberikan teladan yang baik kepada anak2 yang masih kecil. Bak kata pepatah "lenturlah buluh biarlahlah dari rebungnya".

Ketika solat sunat terawih dilakukan, kawan aku mengadu kedengaran suara riuh rendah pekikan dan lolongan kanak-kanak kecil di suatu sudut masjid. Si kecil menangis semahu-mahunya yang mana kawan aku sendiri tidak tahu sebabnya,manakala suara si kakak yang masih kecil tetapi sudah berakal memujuk dengan menyanyikan lagu 'tepuk amai2 belalang kupu-kupu,adik jangan nangis ummi sedang solat'. Begitula 'nyanyian' si kakak.

Selesai solat 8 rakaat, kawan aku mematikan niat untuk menyambung solat ke rakaat seterusnya disebabkan terganggu dengan 'irama' tanpa diundang tersebut.Kawan aku mula mencuri2 pandang, kelihatan si kakak yang berumur lebih kurang anggaran aku 4 tahun sedang sakan memujuk si adik pula 1 tahun lebih yang tidak berhenti-henti menangis.

Cuba kita renungkan, bukan kawan aku seorang je yang ada telinga,mungkin seluruh jemaah dalam masjid tersebut mendengar dan semestinya terganggu kekusyukkan solat mereka disebabkan tangisan kanak2 berdua tadi. Jadi, dalam hal nie sama sekali bukan salah si kecil. Kepada ibu bapa kanak2 tersebut, kat mana letaknya kesedaran sivik korang?pahala solat perlu diraih tetapi jangan sampai terlepas pandang perkara sekeliling yang kita anggap remeh sebenarnya terlalu besar kesanya kepada orang di sekeliling kita. Macam-macam..n_n..

p/s : Sekurang2nya Kak Limah nyanyi lagu 'enjit2 semut' bukan dekat masjid atau surau..


Ahad, 7 Ogos 2011

Kuih Tradisional Favourite Bulan Pose Nie..??

Selamat berpuasa untuk hari yang ke-7. Hari nie genap seminggu kita menjalani rukun islam yang ke-3. Semoga semua amal ibadah yang kita lakukan diterima olehNya. Kita sememangnya bertuah dilahirkan sebagai muslim di bumi Malaysia. Bulan Ramadhan di sini menjanjikan keistimewaannya yang tersendiri.

Juadah yang pelbagai menjadikan 1001 aneka pilihan untuk kita jadikan sebagai juadah berbuka. Sepanjang seminggu puasa nie,semestinya korang ada membeli sekurang-kurangnya 1 juadah kuih muih untuk berbuka. Betul kan? Kuih muih ini juga amat mudah didapati terutamanya di bazar ramadhan. Jenis kuih apa yang sering menjadi pilihan pembeli? Jom kita survey.


1. Kuih Tepung Pelita


2. Kuih Karipap


3. Kuih Cara Berlauk


4. Kuih Cucur Udang


5. Kuih Akok




6. Kuih Pulut Panggang


7. Kuih Seri Muka


8. Kuih Seri Ayu


9. Kuih Popiah



10. Kuih Bakar Kemboja


p/s : Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jauh mana sekalipun korang merantau, korang confirm rindukan kuih tradisional melayu kita yang tak luput dek masa zaman berzaman lamanya.
Jadikan kuih muih kita salah satu kemestian juadah kita ketika berbuka nanti, kalau bukan kita berbangga dengan kuih muih tradisional melayu, siapa lagi?n_n



Jumaat, 5 Ogos 2011

GeLoJoH..


Assalamualaikum..selamat menjalani ibadah puasa yang dah pun masuk hari ke-5 hari nie..semoga kita sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ibadah puasa hingga ke akhir ramadhan. Aminnn. Dalam bulan Ramadhan yang  mulia nie,ibadah2 lain seperti bersedekah perlu ditingkatkan seperti ibadah2 lain.

Anak-anak yatim dapat dilihat mendapat perhatian sepanjang bulan mulia nie. Banyak syarikat dan badan2 kerajaan menaja untuk program berbuka puasa bersama mereka. Semoga rezeki mereka akan 'dibersihkan' dan lebih berkat dengan membantu anak2 yatim nie.

Satu benda yang aku tengok setiap kali program majlis berbuka puasa untuk anak yatim adalah dari segi pengurusan yang berterabur dan tak bersistematik. Bila tibanya waktu berbuka, anak2 yatim dan wakil pengurusan akan berbuka puasa bersama-sama. Masalahnya, anak2 yatim akan terkemudian dalam jamuan tersebut disebabkan wakil pengurusan berlumba-lumba beratur di barisan hadapan anak2 yatim nie untuk beratur mengambil makanan. Tahulah lapar, tapi coverlah sikap 'gelojoh' korang. Malu dengan budak2 tu.

Hal ini berlaku sekiranya juadah berbuka kebanyakkannya kini dihidangkan dalam bentuk buffet. Nasihat aku, kalau ia sekali pun lapar,tak payahla korang nak berebut2 dengan anak2 yatim nie, mereka adalah orang yang kita raikan, dahulukanlah mereka. Lagi pun kebanyakkan mereka adalah daripada golongan kanak-kanak.


p/s : Puasa mengajar kita bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga. Perlakuan baik sesama manusia juga amat dituntut, semoga ibadah puasa kita sempurna dan diterima olehNya..Apa yang penting, setiap ibadah yang kita lakukan, perlulah 'IKHLAS' kerana Nya..n_n

Selasa, 2 Ogos 2011

Kemana Harus Aku Mengadu??

Lumrah manusia, tidak setegar karang di lautan untuk 'kebal' menghadapai permasalahan. Kadangkala kita perlukan satu medium untuk meluahkan permasalahan yang sedang dihadapi, tujuan utamanya adalah mengurangkan bebanan yang di galas atau sekadar berkongsi masalah sedia ada dengan seseorang yang boleh mendengar. Kat sape aku nak cerita nie?

  1. Haa..tulis kat FB la..post ayat pnjang2,luahkan permasalahan,letakkan tanda seru banyak2. Buat ayat ala2 memberontak + menagih simpati..
  2. Apa guna ada HP, pilih nama sapa2 yang diingini dalam phone list pastu click button call.. Borakla panjang lebar, berrejam2 lamanya sampai puas!
  3. Cerita kat kawan2 terdekat, "masalah aku macam nie..macam tu..bla..bla..bla.."
  4. Aku ade balak,awek..so,dengan suara yang lemah gemalai dan penuh rasa simpati, mengadula dengan ceritakan sume masalah. Dengan tujuan mengadu nasib dapatlah korang bermanja2 sekali.
Diantara item diatas , ada satu tempat dimana si pengadu dapat mengadu,merintih nasib tanpa perlu membayar sesen pun, malahan Dia sentiasa bersedia setiap masa tidak mengira detik atau waktu untuk sentiasa mendengar. Dialah Maha Brkuasa..kerdilnya sungguh kita dihadapanNya, atas alasan apa lagi yang menampung ego kita untuk tidak mengadu kepadaNya?? Angkatlah kedua-dua tanganmu, dengan penuh kusyuk,istiqamah dan rasa rendah diri, mengadulah kepadaNya....n_n

Isnin, 1 Ogos 2011

Rokok..Sesunat Kurma Atau Sewajib Air?

Selesai sudah kita semua menjalani ibadah puasa pada hari ini, Alhamdulillah..moga2 puasa dan amal kebajikan kita diterima oleh Allah s.w.t. Puasa bererti menahan diri daripada lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Rongga badan kita yang utama adalah mulut.

Mulut adalah medium utama untuk memasukkan makanan. Bagi perokok, mulut merupakan ruangan untuk menghisap asap dan menghembuskannya keluar. Katalah apa sekalipun, rokok merupakan satu keperluan utama ibarat makanan ruji kepada mereka. Rokok dan mereka memang tidak dapat dipisahkan. "Bagai isi dengan kuku". Cuba kita bayangkan bagaimanakah keadaan perokok pada bulan puasa nie? Mampukah mereka menahan keinginan mereka untuk tidak merokok hampir 12 jam dalam sehari?

Walaupun majlis fatwa telah menggariskan pengharaman terhadap rokok, ia tak sikit pun bagi effect lebih2 lagi pada perokok tegar. Dibulan puasa nie, sejauh manakah pentingnya rokok diantara juadah2 lain?

  • Sewajib meneguk air penghilang dahaga ke?
  • Sesunat kurma yang menjadi sunnah nabi?
  • Seenak aneka jenis kueh mueh yang pelbagai?
  • Sepinggan nasi makanan ruji kite?
  • Seenak lauk pauk yang secukup rasa?
Rokok yang mengandungi 400 jenis bahan kimia sememangnya memiliki tarikan yang tersendiri buat perokok. Sempena bulan Ramadhan nie, apa kata kita kurangkan pengambilan rokok, jika boleh kita hentikan sahaja. Sekurang2nya ia dapat menjimatkan duit dan menjadikan hidup kita  bebas daripada asap yang mengundang 1001 penyakit.

p/s : Sepenting manakah rokok buat korang di Bulan Ramadhan nie, tepuk dada tanya selera..=)






Siapa Kita Untuk Menghukum??



Assalamualaikum, salam 1 Ramadhan untuk korang sume pembaca blog lidahbercabang. Tahu sekarang ramai dok usha blog jejariruncing(tunang khairul fahmi), gara2 terputusnya ikatan pertuangan mereka baru2 nie, tapi hari nie aku bukan nak komen pasal citer diorang,aku nak nak tulis citer pasal masalah "transgender". Kekeliruan ataupun masalah identiti yang dihadapi oleh sesetengah orang di sekeliling kita.

 Hari sabtu hari tu, kita digemparkan dengan berita kematian Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana. Takziah diucapkan untuk keluarga Pak Cik Abdul Aziz. Semoga pak cik dan keluarga tabah menghadapi dugaan yang cukup hebat nie lagi2 dalam kita menghampiri bulan Ramadhan yang mulia.

Aleesha merupakan salah satu sisi masalah kekeliruan identiti yang semakin bertambah jumlahnya di negara kita hari ini. Tindakan Aleesha memilih cara hidup seperti wanita mendapat tentangan keras daripada masyarakat, lebih2 lagi sejak kes die dibawa ke mahkamah gara2 mahu membuat pertukaan nama. Hakim juga telah memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan Aleesha dengan sebab beliau tidak memenuhi 4 krateria penukaran identiti yang ditetapkan di negara kita.

Ramai bolgger2 dan orang2 sekeliling kita yang menghentam dan memberi komen sinis menyalahkan Aleesha sekeluarga. Sempena bulan Ramadhan yang mulia nie, kita sepatutnya muhasabah diri, merenung kembali diri kita, bukan berkobar-kobar menyalak menyalahkan permasalahan yang timbul. Siapa kita untuk menghukum??

  • Berilah sokongan moral untuk mereka yang seangkatan permasalah seperti Aleesha.
  • Lidah lebih tajam daripada mata pedang, kata2 seperti nasihat yang berhemah lebih bermakna daripada melakukan sesuatu tindakan dalam bentuk kekerasan.
  • Jangan terlalu cepat melatah, cuba kita bayangkan jika ada kes seperti Aleesha yang terbit dikalangan ahli keuarga kita sendiri?Macam mana cara kita untuk menanganinya?
  • Kita adalah makhluk tuhan yang lemah dan hina, kedudukan kita sama dis sisi tuhan, janganlah beranggapan kedudukan kita lebih mulia dek kerana amalan kebajikan yang sejemput tu, kerana Allah s.w.t lebih mengetahui segala2nya.
p/s : Pemergian Allayarham Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana ke Rahmatullah memberi seribu satu keinsafan pada kita. Seharusnya kita berfikir, setiap kejadian itu tersimpan seribu hikmah disebaliknya.