Assalamualaikum, salam 1 Ramadhan untuk korang sume pembaca blog lidahbercabang. Tahu sekarang ramai dok usha blog jejariruncing(tunang khairul fahmi), gara2 terputusnya ikatan pertuangan mereka baru2 nie, tapi hari nie aku bukan nak komen pasal citer diorang,aku nak nak tulis citer pasal masalah "transgender". Kekeliruan ataupun masalah identiti yang dihadapi oleh sesetengah orang di sekeliling kita.
Hari sabtu hari tu, kita digemparkan dengan berita kematian Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana. Takziah diucapkan untuk keluarga Pak Cik Abdul Aziz. Semoga pak cik dan keluarga tabah menghadapi dugaan yang cukup hebat nie lagi2 dalam kita menghampiri bulan Ramadhan yang mulia.
Aleesha merupakan salah satu sisi masalah kekeliruan identiti yang semakin bertambah jumlahnya di negara kita hari ini. Tindakan Aleesha memilih cara hidup seperti wanita mendapat tentangan keras daripada masyarakat, lebih2 lagi sejak kes die dibawa ke mahkamah gara2 mahu membuat pertukaan nama. Hakim juga telah memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan Aleesha dengan sebab beliau tidak memenuhi 4 krateria penukaran identiti yang ditetapkan di negara kita.
Ramai bolgger2 dan orang2 sekeliling kita yang menghentam dan memberi komen sinis menyalahkan Aleesha sekeluarga. Sempena bulan Ramadhan yang mulia nie, kita sepatutnya muhasabah diri, merenung kembali diri kita, bukan berkobar-kobar menyalak menyalahkan permasalahan yang timbul. Siapa kita untuk menghukum??
- Berilah sokongan moral untuk mereka yang seangkatan permasalah seperti Aleesha.
- Lidah lebih tajam daripada mata pedang, kata2 seperti nasihat yang berhemah lebih bermakna daripada melakukan sesuatu tindakan dalam bentuk kekerasan.
- Jangan terlalu cepat melatah, cuba kita bayangkan jika ada kes seperti Aleesha yang terbit dikalangan ahli keuarga kita sendiri?Macam mana cara kita untuk menanganinya?
- Kita adalah makhluk tuhan yang lemah dan hina, kedudukan kita sama dis sisi tuhan, janganlah beranggapan kedudukan kita lebih mulia dek kerana amalan kebajikan yang sejemput tu, kerana Allah s.w.t lebih mengetahui segala2nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan