Haram disebut bukan kerana ianya berdosa tapi kerana ianya membahayakan. Boleh meletup dan mencederakan sesiapa sahaja. Katakanlah haram macam mana sekali pun,permainan mercun dan bunga api memang tak dapat dipisahkan dengan sambutan Hari Raya. Takde mercun tak raya! Cuba korang bayangkan kemeriahan raya tanpa mercun dan bunga api? mesti suram je.
Bagi kanak2,bunga api yang dipasang dan mengeluarkan cahaya cukup membuatkan hati mereka gembira. Muncung bunga api dihalakan pada api,lalu bunga api akan terbakar dan mereka akan menyanyi2 keriangan mendendangkan lagu raya. Gembira sungguh diorang kan. Dalam kepala mereka hanya fikirkan raya!raya!raya! Beza untuk korang yang dewasa, mercun jadi pilihan!Bunga api nie tak main lah. Macam2 nama mercun keluar, thunder clap,bola,ketupat,klcc,bateri dan macam2 lagi. Ape sekalipun nama mercun di atas, persamaannya ianya mengeluarkan bunyi yang cukup kuat dan membingitkan telinga!
video mercun yang berjaya aku 'record' kat kampung untuk raya kali nie
Disebalik 'haramnya' mercun dan bunga api, kalau tak salah pada pandangan mata aku, bahan2 letupan nie masih dijual di tempat terbuka, walaupun kebanyakkan peniaga menyalah gunakan lesen menjual satu2nya mercun yang dibenarkan,mercun pop pop. Apa2 pun rezeki masing2, yang penting diorang tak pernah paksa kita untuk membeli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan