Innalillahiwainnailaihirojiun..semoga roh mereka tenang di sampingMu. Kes pembuangan bayi bukan satu isu semasa yang baru mahupun sengaja dipanaskan sejak kebelakangan nie. Tapi gejala nie sudah lama menular,menjalar menjadi barah menjangkiti masyarakat kita.Menyampah,geram malah meluat mengenangkan sikap manusia yang bertopengkan binatang dimana mereka sanggup membuang benih/bayi yang tidak berdosa.
Jasad yang sudah cukup sifat mahupun janin hampir sempurna dibuang dan dicampak ke tepi longkang,semak samun dan tempat pembuangan sampah. Bagi insan yang tidak berdosa nasib mereka ibarat untung sabut timbul,untung batu tenggelam. Jika mereka diletakkan di kaki tangga surau,masjid,rumah kediaman kemungkinan untuk mereka hidup tinggi tapi jika mereka diletakkan di tempat pembuangan sampah,tepi semak samun,nyawa mereka diancam oleh serangga,binatang mahupun faktor cuaca sekeliling.
Pada sesetengah kes yang lebih kejam ada diantaranya sanggup mengkambus hidup-hidup mahupun mengambil nyawa yang tidak berdosa nie dengan pelbagai cara.Pada aku ada beberapa faktor yang menyebabkan bertambahnya gejala pembuangan bayi nie,antaranya :
- Taraf anak luar nikah/anak haram yang dibenihkan akan menyebabkan keluarga menanggung malu,maruah mereka akan tercalar
- Penerimaan masyarakat terhadapa anak luar nikah,terlalu perimitif terutamanya masyarakat melayu
- Menerima ugutan si pelaku,contohnya teman lelaki mahupun keluarga yang memaksa.
- Ketidaksediaan kehadiran si kecil nie sedangkan rahim mereka sudah sedia ditempel dengan segumpal daging nie.
p/s : Untuk mengulas perbuatan 'jalang' mereka mungkin bukan aku yang selayaknya mentarbiahkan mereka. Nasihat aku,mungkin kita telah berdosa melakukan perbuatan yang dilarang tu,tetapi biarlah kita menanggung malu seketika daripada kita dibebani rasa bersalah seumur hidup membunuh jasad hasil benih kita sendiri.Waallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan