Rabu, 25 Januari 2012

Kenapa Kucing??



Salam..kucing makhluk ciptaan Allah s.w.t, haiwan yang cukup istimewa. Sifat semulajadinya yang jinak dan manja menjadi pilihan kita untuk menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan. Tahukah kita apa keistimewaan kucing? Kenapa kucing cukup istimewa sehingga diangkat sebagai haiwan kesayangan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w..




  • Kucing haiwan yang jinak. Kucing 'gelandangan' biasanya akan lebih kejam berbanding kucing yang kita bela sejak kecil. kalau tak percaya, cuba bela. Bagi makan dan tempat tinggal yang selesa, confirm kucing tu akan jadi bff korang.



  • Kucing sememangnya dilahirkan sangat comel walaupun muka d'org nie persis harimau version junior.



  • Kucing sensitif terhadap perasaan tuan yang membelanya. Kucing akan duduk merenung kita disaat kita berkata-kata dengannya. Tatkala kita bersedih dia akan mendekati kita dan cuba memujuk dengan 'kemanjaan' dia. Tapi kalau tengah marah, letak kucing korang jauh-jauh.



  • Kucing haiwan yang mudah untuk dipelihara. Kucing akan tidur sekurang-kurangnya 12 jam sehari. So,korang jangan sekali-kali kacau tidur dia. Makan pun beli je whiskers kalau nak nampak western, kalau tak cukup rebuskan ikan dan gaul dengan nasi. Senangkan?susah kalau korang memang seorang yang pemalas!



  • Kucing adalah punca 'rezeki' kita. peliharalah kucing seolah-olah ia akan membersihkan harta kita, disamping tu jugak dpat bersihkan hati kita yang agak keras dan kejam terhadap binatang.



  • Pernah tengok cerita cartoon tom and jerry? Apa tugas si kucing, Tom?tak lain dan tak bukan mengejar si tikus Jerry.Kalau kat rumah korang ada banyak tikus, belalah sepupu sepapat Tom nie. Memang tak cukup tanahlah tikus korang bertempiaran lari menyelamatkan diri.


p/s : Jagalah kucing kalau mana korang mampu menjaganya dengan baik. Kalau tak mampu, cukuplah untuk tak menzalimi kucing-kuing yang korang jumpa.btw i luv cat!


Sabtu, 7 Januari 2012

Relevenkah Anwar 901?



Salam hujung minggu buat pembaca semua. Maaf telah lama kiranya tak sempat mengeluarkan sebarang post disebabkan kesibukkan dunia yang melampaui batas. Merujuk tajuk di atas, sekiranya korang2 semua ada terbaca atau mengikuti perkembangan terkini dalam negara kita, sekali lai kita digemparkan dengan berita dari Pakatan Pembangkang(PKR) dengan kerjasama sekutunya berikrar akan mengadakan demeostrasi menuntut keadilan yang dipanggil Anwar 901. Apa dia yang dimaksudkan dengan Anwar 901? :-



  1. Berpunca daripada penyokong fanatik Anwar Ibrahim yang kita sedia maklum cepat melatah. Mereka menuntut keadilan pemimpin kesayangan mereka biarpun mahkamah belum pun secara rasminya menjatuhkan hukuman.


  2. Anwar dan para penoyokong beranggapan demostrasi ini boleh ditafsirkan sebagai 'mahkamah rakyat' yang lebih adil dan telus berbanding mahkamah yang wujud kini.


  3. Mereka dijangka berkumpul dan menyatakan ketidak puasan hati mereka di perkarangan Mahkamah Persekutuan Jalan Duta pada 9hb Januari,tarikh dimana mahkamah akan memutuskan bersalah atau tidak pemimpin agung mereka.

Rasionalkah perhimpunan/demostrasi tersebut?



  1. Mangajak rakyat bersikap liar dan membelakangkan undang-undang negara.


  2. Sekiranya demostasi tersebut terjadi,bukan keadilan yang menjelma tetapi kekacauan dan kerosakan harta benda yang berlaku.


  3. Kekacauan yang bakal berlaku ibarat membuka pekung didada berkaitan 'keburukan' negara kita.


  4. Anwar Ibarahim juga berusaha meraih simpati negara luar mengadakan perbincangan yang dikenalpasti untuk mendapat sokongan/keadilan. Perlu ke Anwar? tidak terfikirkah beliau kesannya dikemudian hari terhadap negara?

p/s : Daripada mengadakan demostrasi jalanan yang sia2,disarankan agar Anwar menyeru kepada penyokong2 beliau agar menukar demostrasi yang mereka canangkan kepada solat hajat mega yang mana lebih baik dan berfaedah daripada melalak dan terpekik terlolong di jalanan. Jika benar beliau tidak bersalah mohonlah kepada yang Maha Berkuasa agar hukuman yang adil dan saksama akan diperolehi pada tarihh 9hb nanti..