Salam hujung minggu buat pembaca semua. Maaf telah lama kiranya tak sempat mengeluarkan sebarang post disebabkan kesibukkan dunia yang melampaui batas. Merujuk tajuk di atas, sekiranya korang2 semua ada terbaca atau mengikuti perkembangan terkini dalam negara kita, sekali lai kita digemparkan dengan berita dari Pakatan Pembangkang(PKR) dengan kerjasama sekutunya berikrar akan mengadakan demeostrasi menuntut keadilan yang dipanggil Anwar 901. Apa dia yang dimaksudkan dengan Anwar 901? :-
- Berpunca daripada penyokong fanatik Anwar Ibrahim yang kita sedia maklum cepat melatah. Mereka menuntut keadilan pemimpin kesayangan mereka biarpun mahkamah belum pun secara rasminya menjatuhkan hukuman.
- Anwar dan para penoyokong beranggapan demostrasi ini boleh ditafsirkan sebagai 'mahkamah rakyat' yang lebih adil dan telus berbanding mahkamah yang wujud kini.
- Mereka dijangka berkumpul dan menyatakan ketidak puasan hati mereka di perkarangan Mahkamah Persekutuan Jalan Duta pada 9hb Januari,tarikh dimana mahkamah akan memutuskan bersalah atau tidak pemimpin agung mereka.
Rasionalkah perhimpunan/demostrasi tersebut?
- Mangajak rakyat bersikap liar dan membelakangkan undang-undang negara.
- Sekiranya demostasi tersebut terjadi,bukan keadilan yang menjelma tetapi kekacauan dan kerosakan harta benda yang berlaku.
- Kekacauan yang bakal berlaku ibarat membuka pekung didada berkaitan 'keburukan' negara kita.
- Anwar Ibarahim juga berusaha meraih simpati negara luar mengadakan perbincangan yang dikenalpasti untuk mendapat sokongan/keadilan. Perlu ke Anwar? tidak terfikirkah beliau kesannya dikemudian hari terhadap negara?
p/s : Daripada mengadakan demostrasi jalanan yang sia2,disarankan agar Anwar menyeru kepada penyokong2 beliau agar menukar demostrasi yang mereka canangkan kepada solat hajat mega yang mana lebih baik dan berfaedah daripada melalak dan terpekik terlolong di jalanan. Jika benar beliau tidak bersalah mohonlah kepada yang Maha Berkuasa agar hukuman yang adil dan saksama akan diperolehi pada tarihh 9hb nanti..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan