Jumaat, 24 Februari 2012

Kenangan Menggamit Memori : Peti Ais

Assalamualaikum..Salam jumaat, penghulu segala hari. Jari jemari kembali menari-nari menekan keyboard mencoretkan al kisah yang aku akan kongsikan bersama-sama korang malam nie. Urmmmm. da sedia maklum atau confirmnya setiap rumah antara kita pasti mempunyai sekurang-kurangnya 1 peti ais! Tapi masa aku menyewa umah masa tengah belajar dulu, umah aku tak ada peti ais pon.



Tengah aku minum baru kejap nie, pandangan aku halakan tepat ke arah peti ais. Aku terfikir betapa pentingnya peti ais buat kita semua. Peti ais jugak banyak meninggalkan kenangan manis dan sengal buat aku. Da banyak version peti ais yang aku jumpa selama mana aku hidup 24 tahun nie. Apa cerita yang berkaitan dengan peti ais nie? meh aku kongsikan dengan korang semua..



  1. Peti ais masa aku kecik-kecik dulu, aku diberi tugas sebagai 'technician'. Kerja dia buang air yang bertakung dlam bekas yang terdapat di bawah peti ais. Setiap minggu kikis air beku yang banyak terkumpul dekat bahagian sejuk beku kat bahagian atas sekali. Ais beku tadi aku akan buat main, letak pasir, godeh sana sini sampai dia cair.



  2. Owh..lupa. Aku jugak di beri tugasan untuk tengok2kan suhu peti ais, sebab kat umah nie memang banyak tangan nakal yang melaraskan suhu kepada yang paling tinggi. Tapi orang tu, kadang2 tak lain dan tak bukan..aku!hahahaha..



  3. Misteri peti ais nie memang buat aku teruja. Aku hairan kenapa peti ais ada lampu, tapi bila kita tutup lampu tersebut akan turut padam. Musykil aku!dalam senyap2 aku tutup peti ais semata-mata nak tahu bila lampu peti ais tu akan padam.



  4. Beli plastik ais krim malaysia, bubuh air sirap, set masa masa lama peti ais boleh jadikan ais krim yang aku buat jadi beku.



  5. Keadaan akan jadi huru hara bila black out, sebab aku kena keluarkan semua ikan,sayur dan bahan2 sejuk beku lain. Keluarkan pon bukan tahu nak letak mana. Frustla konon2 sebab tak air dalam peti dah tak sejuk. Padahal bukan minum sangat pon bila peti ais tu on.



  6. Bukak tutup peti ais memang habit aku. Saje, asal pergi dapur je, bukak pastu tutup. Saje usha2 makanan yang ada dalam tu. Padahal peti ais rumah aku bukan mewah mana, adalah air sejuk,ikan,sayur dan telur je.



  7. Dan yang paling ekstrem, aku pernah terfikir nak dok dalam peti ais, tapi keinginan gila aku dibantutkan dengan penerangan cikgu sains sekolah rendah aku yang mengatakan dalam peti ais tak ada oksigen!kalau awak masuk dlam tu, awak boleh MATI!



Sekarang peti ais dah canggih, aku dah tak payah buat apa2 da. On kan suis dan sumbatkan peti ais aku dengan segala jenis makanan. Bagi aku secanggih mana pon peredaran zaman yang membawa perubahan bentuk,jenis peti ais. Peti ais tetap meninggalkan seribu satu kenangan buat aku. Ok, sampai sini je catatan aku untuk kali nie. Adiossss...=)

Jumaat, 17 Februari 2012

Cerita Si Tukang Kasut



Assalamualaikum..lama sudah tak mencoret di blog, sibuk kiranya dengan urusan dunia yang tak sudah2. Cerita yang aku ingin kongsikan bersama-sama korang semua pada kali nie berkaitan cerita seorang tukang kasut yang bekerja mencari sesuap nasi. Beliau tak keseorangan kerana turut dibantu oleh si isteri yang setia menemani di sisi.


Urusan aku bersama si tukang kasut disebabkan khidmat dia amat diperlukan aku untuk menjahit sandal yang baru kiranya aku beli beberapa minggu yang lepas tapi 'lekang' sedikit di bahagian depannya. Sandal aku hulurkan, digapai pantas oleh si tukang kasut. Lantas si isteri tidak menunggu lama mempelawa aku duduk, disamping mengarahkan aku menyarung selipar jepun (sementara).


Si isteri tidak lokek dengan senyuman,malah ramah plak pada perkiraan aku, dah puas dia bertanyakan kisah aku, giliran aku pula bertanyakan beberapa soalan. Soalan yang aku ajukan dijawab dengan penuh berhemah dan cukup membuatkan aku terpana seketika. Antara jawapannya atas soalan yang aku berikan :


  • Alhamdulillah nak,nie rezeki kami..semahal mana pun kasut yang pernah kami baiki,sekelumit tidak kami berkeinginan menyarung kasut semahal tu. Cukuplah,asal sudah kaki kami beralas ketika berjalan.



  • Rezeki yang berkat tak semestinya yang melimpah ruah, masakan kita hidup selama 1000 tahun untuk mengumpul berkoyan-koyan harta kat dunia nie.



  • Kami lebih senang bekerja bersama-sama. Tak payah terkejar masa, setiap detik kami habiskan berdua sambil mencari rezeki untuk keluarga. Alhamdulillah..mewah tidakla,tapi cukup serba serbi.

p/s : Kasut yang rosak telah dibaiki,mentaliti aku terhadap kerjaya si tukang kasut cukup membuka mata aku untuk terus melihat kehidupan dari pelbagai sudut. Dalam mana dia membaiki kasut, si tukang kasut juga telah berjaya 'membaiki' pemikiran waras aku untuk terus menerus bersyukur dan menghargai kehidupan ini.