Assalamualaikum..lama sudah tak mencoret di blog, sibuk kiranya dengan urusan dunia yang tak sudah2. Cerita yang aku ingin kongsikan bersama-sama korang semua pada kali nie berkaitan cerita seorang tukang kasut yang bekerja mencari sesuap nasi. Beliau tak keseorangan kerana turut dibantu oleh si isteri yang setia menemani di sisi.
Urusan aku bersama si tukang kasut disebabkan khidmat dia amat diperlukan aku untuk menjahit sandal yang baru kiranya aku beli beberapa minggu yang lepas tapi 'lekang' sedikit di bahagian depannya. Sandal aku hulurkan, digapai pantas oleh si tukang kasut. Lantas si isteri tidak menunggu lama mempelawa aku duduk, disamping mengarahkan aku menyarung selipar jepun (sementara).
Si isteri tidak lokek dengan senyuman,malah ramah plak pada perkiraan aku, dah puas dia bertanyakan kisah aku, giliran aku pula bertanyakan beberapa soalan. Soalan yang aku ajukan dijawab dengan penuh berhemah dan cukup membuatkan aku terpana seketika. Antara jawapannya atas soalan yang aku berikan :
- Alhamdulillah nak,nie rezeki kami..semahal mana pun kasut yang pernah kami baiki,sekelumit tidak kami berkeinginan menyarung kasut semahal tu. Cukuplah,asal sudah kaki kami beralas ketika berjalan.
- Rezeki yang berkat tak semestinya yang melimpah ruah, masakan kita hidup selama 1000 tahun untuk mengumpul berkoyan-koyan harta kat dunia nie.
- Kami lebih senang bekerja bersama-sama. Tak payah terkejar masa, setiap detik kami habiskan berdua sambil mencari rezeki untuk keluarga. Alhamdulillah..mewah tidakla,tapi cukup serba serbi.
p/s : Kasut yang rosak telah dibaiki,mentaliti aku terhadap kerjaya si tukang kasut cukup membuka mata aku untuk terus melihat kehidupan dari pelbagai sudut. Dalam mana dia membaiki kasut, si tukang kasut juga telah berjaya 'membaiki' pemikiran waras aku untuk terus menerus bersyukur dan menghargai kehidupan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan