Hujung bulan, sekitar 23hb~30hb sememangnya masa yang dinanti-nanti untuk mereka yang bergelar 'pekerja makan gaji' sperti aku. Bukan berkenaan gaji yang aku ingin ceritakan tetapi berkaitan sesuatu yang 'terjadi' di kala beberapa aktiviti wajib yang akan aku lakukan ketika mendapat gaji. Perkara wajib yang aku akan lakukan apabila tibanya gaji adalah membayar segala 'hutang piutang' bulanan yang wajib dilangsaikan. Tidak lupa juga, aku akan berbelanja sedikit untuk keluarga aku, dengan membelikan mereka juadah makanan. Tak kisahlah makanan jenis apa,western seperti pizza,kfc atau mcd. Kadangkala aku sekadar membeli makanan daripada restoran sekitar rumah aku. Bukan apa,ambik berkat...
Bulan ini, niat dihati ingin belanja seisi rumah aku dengan makanan daripada restoran yang terletak tidak jauh daripada rumah aku. Sesampainya aku disana, aku memesan beberapa jenis makanan. Sementara manunggu tukang masak menyiapkan order yang aku pesan, mata aku meliar memerhati sekitar restoran. Selang beberapa meja, aku melihat sepasang suami isteri dilengkapi kehadiran dua orang anak mereka yang berumur 2 tahun dan satahun turut menunggu hidangan yang dipesan. Yang pasti mereka sampai dahulu sebelum aku, pemerhatian aku buat berdasarkan gelas air yang sedia terhidang dan sudah sedikit luak diteguk oleh mereka.
Mata aku halakan memerhatikan mereka, sampai sahaja pelayan menghantar makanan ke meja mereka, si suami merangkap bapa kepada dua orang anak tadi terus mencapai pinggan yang terisi nasi goreng dengan rakusnya. Tanpa menghiraukan anak-anak yang turut aku rasakan lapar, si bapa tadi terus menerus menyuap makanan ke dalam mulutnya. "Lapar sangat agaknya, bisik hati aku". Rengekan anak disebelah tidak lagi dihiraukan. Sedangkan di sebelahnya si isteri terkulat-kulat melayan kerenah si anak. Tidak cukup menggendong anak yang masih kecik, tangannya juga tidak menang melayan anak yang lagi seorang. Si ibu cukup sabar mencarik-carik daging ayam yang dipesan buat si anak sebentar tadi kepada ketulan yang lebih kecil, tujuannya tak lain dan tak bukan memudahkan si anak memakannya nanti. Sedangkan si bapa terus memuaskan nafsu makannya yang ku lihat seperti mereka yang 2,3 hari tidak menjamah makanan. Selesai makan, tekaan aku, mungkin si bapa akan bergilir menjaga anak-anaknya. Bagi peluang si ibu pula makan. Jangkaan aku meleset, selesai makan, si ayah tadi mengeluarkan sebatang rokok lalu menyalakan api. Maka dihembusnya asap putih dengan muka yang puas. Berkepul-kepul asap rokok memenuhi sekitar keluarganya. Bertuah!!
Cukup meluat aku rasakan gelagat suami merangkap bapa kepda dua orang anak kecil tersebut. Betul kata mereka yang terlebih dahulu makan garam dalam alam berkeluarga nie. Masa bercinta bukan main gentle, care sangat-sangat. si lelaki akan memesan semua makanan favourite si buah hati. Sampai je makanan terhidang di atas meja. Tanpa disuruh, dia akan menyuapkan makanan tersebut ke mulut teman wanitanya. Janji buah hati pengarang jantung kenyang. "Abang lambat makan, tak apa, janji sayang abang seorang nie kenyang''. Selepas kahwin, situasi di atas barangkali akan berlaku. Mungkin tidak semua lelaki berperangai sedemikian tetapi kebanyakkannya begitulah. Wallahu'alam..n_n..