6 Jun 2012 (Rabu) aku bersama kawan2 opis seramai 7 orang extra seorang kawan kepada kawan opis aku terpanggil untuk menyertai satu program sebagai sukarelawan menghulurkan bantuan kepada 'gelandangan' (mereka yang hidup merempat dan tak mempunyai rumah) di ibu kota anjuran Citi Bank dengan kerjasama Marcomm, UPM. Aku dan kawan2 yang lain tanpa fikir panjang menyerahkan nama dan butir2 peribadi yang diperlukan dan mendaftar sebagai sukarelawan yang akan terlibat dalam program tersebut. Sehelai t-shirt putih ikhlas pemberian penaja menjadikan kami bertambah semangat walaupun kami sendiri tidak tahu apakah 'motif' atau tujuan sebenar penglibatan kami nanti.
5.00 petang
Hari dinantikan tiba, walaupun diantara yang paling lewat tiba, kami masih berkesempatan mengisi muatan bas yang sedia terisi dengan penumpang lain yang terlebih dahulu sampai sebelum kami. Perjalanan kami terus menuju ke Bangunan Citi Bank yang terletak di Ampang Park.
6.15 petang
Sampai je kami disana, kami masih ternanti-nanti pengisian program yang bakal diikuti. Kami mendengar sedikit taklimat daripada pihak penaja, seterusnya diberikan token untuk perkhidmatan awam yang bakal kami naiki, LRT. Sebelum itu, kami diminta mencabut 'tugasan' yang bakal kami lakukan nanti.
7.00 malam
Penaja seolah-olah memahami keperluan perut kami yang belum terisi. Bihun goreng dengan air mineral menjadi santapan untuk malam tersebut. Seterusnya kami menunaikan solat maghrib di surau yang disediakan. Selesai solat, kami bergambar sakan berlatar belakangkan lanskap bangunan Citi Bank di waktu malam. (Motif, saja nak glamour!!)
8.10 malam
Perjalanan diteruskan. Pembahagian kumpulan dibahagikan kepada 2 kawasan, Chow Kit dan Kota Raya. Pilihan kami Chow Kit. Perjalanan kali nie lebih mencabar, kami bergerak dengan menaiki pengangkutan awam menuju lokasi pilihan.
8.45 malam
Deretan meja, yang mana diatasnya terdapat pelbagai barang keperluan dan makanan menanti kami. Barang2 tersebut bukan untuk kami tapi adalah 'rezeki' untuk para gelandangan yang bakal kami bantu sebentar nanti. Tanpa diarahkan,kami mengambil tugas masing2, Pemandangan di sekitar kawasan tersebut tak ubah seperti majlis keramaian. Para gelangan keluar dari 'sarang' masing2 dan beratur untuk mendapatkan makanan,minuman serta barang keperluan lain yang dibekalkan. Selain makanan, pihak penaja juga menyediakan barang pembersihan diri, pakaian dan tidak ketinggalan turut menyediakan perkhidmatan mengunting rambut.
11.00 malam
Selesai sudah kerja2 yang dilakukan. Lensa kamera pihak media tidak putus2 marakam tugasan yang kami semua lakukan. Kamera kami juga tidak putus2 mnyalakan flash menagkap pelbagai aksi bersama gelangan yang sporting untuk bergambar. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan cukup lancar. Walaupun agak letih dan lenguh jugak lutut nie berjalan tapi pengalaman dan kepuasan yang kami dapat tidak tergambar. Beberapa jam bersama2 gelangan Chow Kit cukup membuka hati nurani kami. Nasib dan keadaan mereka menjentik perasaan simpati untuk lebih menghargai kehidupan yang sedang dijalani kini. Mudah2han apa yang kami lakukan tadi, sedikit sebanyak dapat membantu para gelangan yang kurang bernasib baik. Walaupun kami hanya penggerak kepada bantuan tersebut, nawaitu kami adalah sama iaitu 'IKHLAS'..InsyaAllah..
12.00 malam
Tawaf menghala ke kolej2 kediaman pelajar sebelum tiba di perhentian terakhir, Bangunan Pentadbiran, UPM. Alhamdulillah..=)
lidahbercabang
12.46 a.m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan