Salam Ramadhan diucapakan kepada kawan-kawan sekalian. Jari-jemari aku masih terus menari-nari di atas keyboard untuk menulis sesuatu pada hari ini. Ramadhan 1433H yang melabuhkan tirai disambut penuh kesyukuran oleh semua hambaNya. Hari ini sudah masuk hari yang ke-2, Alhamdulillah.
Aktiviti puasa aku berjalan seperti biasa, tidak ada yang berlainan daripada mereka-mereka yang turut mengerjakan rukun islam ke-3 ini. Siangnya menahan lapar dan dahaga. Pada sebelah malam pula, peluang diambil utnuk menunaikan ibadah solat terawih yang mana hanya akan dilakukan ketika bulan puasa sahaja. 10 minit sebelum masuknya waktu isyak' aku bersiap-siap dan bergegas ke masjid. Tiba sahaja di masjid, agak penuh(fenomena awal Ramadhan), aku mengambil keputusan untuk memilih port yang agak belakang sedikit. Niat dalam hati nak buat 8 rakaat je.
Saf dirapatkan, maka sebagai makmum aku tekun mengikuti solat yang di imamkan. Selesai Isyak' solat terawih pula mengambil giliran. Sebagi hamba Allah, imanku tidaklah setebal mana, kadangkala solat ku agak terganggu dengan deringan telefon bimbit yang TIDAK DI SILENTKAN dan berbunyi ketika solat sedang dikerjakan. Bukan sekali, tetapi banyak kali dan bermacam-macam ringtones aku dengar. Aku yakin dan pastinya jemaah lain juga turut terganggu kekusyukkannya, ketika mana kita sedaya upaya memfokuskan diri dengan bacaan yang dibacakan oleh imam, tiba-tiba lagu popular menerjah masuk ke gegendang telinga kita.
Geram dan marah bercampur baur dalam hati ini. Pahala yang hendak diraih, sumpah seranah pula yang terhambur dalam hati ini. Kepada mereka-mereka di luar sana, jika mana mahu membawa sebarang gajet atau telefon bimbit ke dalam rumah Allah, beringatlah, TIDA PANGGILAN LEBIH PENTING DARIPADA SERUAN ILLAHI,maka hormatilah seketika dengan men SILENTKAN telefon anda.
p/s Awal-awal dah tinggalkan hand phone dekat rumah. Menyusahkan je bawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan