- Setiap bait kata-kata yang kita ungkapkan adalah mencerminkan diri kita segala zahirnya.
- Elakkan terlalu banyak berkata-kata, dikhuatiri setiap sebutan yang keluar adalah fitnah atau mengundang dosa..(laga' semata-mata).
- Banyakkan berzikir kepadaNya. Jika tidak mampu cukuplah sekadar menginganti kebesaranNya.
- Cakap pada perkara yang perlu sahaja. Terlalu banyak bercakap akan menjadikan hati kita 'keras'.
- Jangan menyebarkan perkara yang tidak diketahui hujung pangkal,benar atau salahnya. Cukuplah sekadar mendengar dan berkata didalam hati.
- Pancaindera mulut,yakni lidah pada asasnya adalah paling sukar untuk menjaganya,tetapi paling mudah untuk kita peroleh pahala melaluiNya (jika digunakan sebaiknya).
Adakah kata-kata yang kita lafazkan,luahkan,kongsikan adalah 'BENAR' atau sekadar mengundang dosa semata-mata. Renungan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan