Isnin, 11 Mac 2013

Sistem Saraan Transformatif (SST)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai yang berteka-teki berkaitan pengumuman yang akan disampaikan oleh YB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Berita Baik Sistem Saraan Transformatif (SST)
Diantara sebilangan berita baik yang dimumkan oleh Perdana Menteri bagi Sistem Saraan Transformatif (SST) yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)  hari ini seperti berikut :


  1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
  2. 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
  3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
  4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  6. Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
  7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"; dan 
  9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
p/s : Alhamdulilah dan terima kasih untuk kesemua berita baik yang telah diumumkan oleh PM untuk hari ini. Bersyukur dan menerima seadanya walaupun kenaikan yang dicanang-canang tidak diumumkan. Daripada kita tak berhenti-henti meminta, pandang diri kita, tingkatkan dahulu produktiviti dan kualiti kerja yang kita lakukan.



Selasa, 5 Mac 2013

Alahai Sultan Kiram...Sudah-Sudahlah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat keatas junjungan besar Muhammad s.a.w.

Permulaan dua, tiga bulan pertama 2013 dihiasi beberapa kejadian yang mengejutkan kita, rakyat Malaysia. Baru-baru ini negara yang selama ini telah mengalami sedikit kekecohan yang berlaku di daerah Lahad Datu,Semporna, Sabah.

Berita pencerobohan tentera Sulu yang menceroboh masuk ke beberapa daerah di Sabah telah menyebabkan pertempuran dan mengakibatkan pertumpahan darah berlaku. Beberapa anggota keselamatan kita turut terkorban semasa bertempur dengan askar terlatih kerajaan sulu ini. Sehingga catatan ini ditulis, anggota keselamatan kita masih terus menerus bertempur, bersabung nyawa mempertahankan sempadan kita daripada terus diceroboh. Kenapa pencerobohan ini berlaku, ini hasil pembacaan/penilaian kau berkaitan kejadian ini :

Siapa Sultan Kiram :



  • Mengangkat diri sebagai pemerintah Kesultanan Sulu, walaupun ada beberapa hujah mengatakan  kerajaan ini diperintah oleh seorang lagi sultan.
  • Kerajaan ini sebenarnya telah tidak wujud sejak tahun 1917 lagi, setelah kalah perang dengan Sepanyol. Malahan kerajaan Filipina di mana Negara ini berlindung sudah tidak mengiktiraf kesultanan Sulu sejak tahun 1937.
  • Apabila kalah perang dan jajahan kerajaan Sulu sudah ditakluk maka ia tidak dapat dihidupkan kembali. 
  • Tuntutan tidak boleh dibuat berdasarkan sejarah. Sabah bukan lagi Borneo Utara, Sabah sudah merdeka di bawah Malaysia. Jika ikut logik, Sultan Kiram kena juga tuntut bekas jajahannya di Filipina dan Indonesia.
Siapa Dalang disebalik kejadian ini :

  • Belum dapat dipastikan lagi siapa dalang disebalik kejadian pencerobohan ini. Difikirkan secara logik, gerakan terancang tentera Sulu semestinye telah dirancang dengan begitu teliti. Senjata dan taktik peperangan ala gerila seolah menunjukkan mereka merupakn tentera terlatih yang mempunyai pengalaman peperangan sebenar. Kita doakan sahaja, dalang yang mencetuskan pertempuran ini akan mendapat pembalasan sewajarnya daripada Allah s.w.t.
Apa yang perlu kita(penduduk awam) lakukan :

  • Dengar/telitii berita yang diterima. Jangan terima bulat-bulat semua berita yang dibaca/didengar.
  • Letakkan pengharapan kita kepadaNya. Moga-moga kita peroleh kemenangan dan keamanan berjaya dipulihkan di Sabah.
  • Jangan mengkalutkan lagi keadaan. Elakkan menyebarkan berita/maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. Walaupun banyak medium yang wujud kini, bukan satu kelebihan untuk kita menjadi pelopor melaporkan kejadian yang berlaku.
  • Yakin pada kekuatan anggota keselamatan kita yang bertungkus lumus mempertahankan kedaulatan negara kita daripda ancaman musuh.
p/s : Kesultanan Sulu ini bertempur mempertahan 'hak' yang bukan hak mereka. Sedarlah wahai Sultan Kiram, anda menggadaikan nyawa anggota tentera anda untuk menakluki Sabah berdasarkan 'sejarah lampau' semata-mata. Rundingan secara aman bukan pilihan menyebabkan banyak nyawa terkorban atas perjuangan sia-sia. Moga Allah memberi hidayah/kesedaran kepada pemimpin ini agar merenung sejenak tindakan yang beliau lakukan. 

* kalau nak tuntut hak atas dasar 'sejarah, kepulauan riau,jawa, Brunei, yala dan lain-lain adalah dibawah kuasa takluk kesulatan Melaka iaitu Malaysia. Setelah Malaysia diwujudkan dan diiktiraf sebagai negara yang berdaulat, segala jajahan takluk tadi telah bebas sepenuhnya. Sama seperti situasi Kesultanan Sulu diatas.





Selasa, 5 Februari 2013

Sume Nak Free..PayahLah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selawat salam terhadap junjungan besar kita Muhammad s.a.w.

Bulan Februari 2013 mengucapkan selamat datang kepda kita. Sekejap benar waktu aku rasakan berlalu. Moga-moga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Amin. Jadikanlah setiap apa yang kita lakukan berfaedah dan memperoleh kebaikan melaluinya.

Penglihatan aku tertarik pada 1 paparan ketika asyik mentelaah laman sesawang muka buku 'facebook'. Semakin hampir waktu PRU-13 nie, bermacam-macam isu dijadikan modal oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) untuk menghentam kerajaan. Demam pilihanraya mula melanda dan virusnya menjangkiti semua rakyat Malaysia. Berikut merupakan pendapat aku berkaitan gambaran gambar yang dipaparkan dibawah.


1. Aku bukan pakar ekonomi yang layak membahaskan berkaitan berbelanjaan dalam negara kita yang kita duduki ini, Malaysia. Terlalu banyak permintaan PR nie,salah satunya nak menghapuskan tol, mahukan tol percuma.

2. Memang selayaknya kita rakyat Malaysia mendapat kemudahan/subsidi yang mana meruapakan hak kita sebagai pemabayar cukai. Mungkin sedar atau tidak sedar kita membayar cukai yang dikirakan sangat membebankan oleh puak-puak PR. (Makan KFC pun kena cukai,mana boleh), kata dioranglah. Berapa banyak cukai yang kita belanjakan selama kita mendiami bumi bertuan Malaysia nie pun aku kurang pasti.(sebab aku rasakan mungkin kurang membebankan,belanja seadanya mengikut kemampuan.)

3. Kawan-kawan, kita mahu makan kfc percuma. Kita suruh kawan kita mengeluarkan belanja sebanyak RM10 untuk tampung perbelanjaan kita. Kawan kita pulak terpaksa keluarkan duit sebnayak RM20. Jadi beban kewangan tersebut ringan pada kita tetapi berat pada kawan kita. Sama juga sekiranya kerajaan terpaksa menampung perbelanjaan tol yang kita gunakan setiap hari.

4. Untuk pengetuan kawan-kawan semua jalanraya yang saban hari kita gunakan kini haruslah diselengara setiap hari/masa dan ketika. Tidak hanya dari segi kerosakan malahan pembersiahan ,pencucian dan kemudahan lainnya. Aku mungkin tak dpat mengambil contoh yang jauh cukup contoh diri aku sendiri. Setiap bulan aku gunakan kemudahan PLUS HIGHWAY untuk pulang ke kampung aku di Tapah,Perak. Cukup sempurna aku rasakan jalanraya yang aku lalui. Dengan kemudahan R&R yang disediakan cukup memberi keselesaan kepada semua pengguna jalanraya. Tidak ada cacat celanya. Semuanya dijaga dengan rapi. Nak kemudahan sebegini rupa, tak salah kita menyumbangkan sedikit duit untuk menampung perbelajaan operasi jalanraya.

5. Bayangkan kalau tol dimasuhkan dan ianya percuma. Memamng ramai pengguna jalanraya akan menerima kemudahan tersebut. meringan beban kewangan dan sebagainya. Tapi fikirkah kita, 28 juta rakyat Malaysia nie menggunakan lebuharaya ke?Macam aku memang guna, walaupun tak kerap. Tetapi bagi mereka yang duduk di akwasan pedalaman, Sabah dan Sarawak yang mana tidak menggunakan kemudahan ini, adakah adil bagi mereka??

6. Waktu musim perayaan pun diskaun akan diberikan. Secara tak langsung dapat meringankan beban pengguna pada waktu tersebut. Walaupun bukan percuma tapi cukuplah meringan perbelanjaan.

p/s : Bukan tak mahu percuma tetapi renung-renungkanlah setiap mana permintaan kita terhadap kerajaan. Jangan fikir kerajaan kita ibarat LAMPU ALADIN. Apa sahaja permintaan kita semuanya akan ditunaikan.
"Berusahalah untuk menyalakan api, daripada menyumpah pada kegelapan".
Bersyukurnya aku dialahirkan di Malaysia ini sehingga tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Alhamdulilllah, Moga-moga Allah terus menerus melimpahkan rahmat dan kesenangan kepada kita semua.

Selasa, 1 Januari 2013

'Terbaru & Terindah Dari Mekah' RM12.90 (Berbaloi)

Assalamualaikum..Selawat keatas junjungan kita, Muhammad S.A.W

  1. Ketika keluar membeli keperluan persekolahan adik bongsu aku minggu lepas, aku melalui satu kiosk buku, kebiasaanya aku tidak akan melepaskan peluang membeli majalah Al-Islam dan majalah Mastika untuk tatapan aku saban bulan.
  2. Sedang aku menunggu turn untuk membuat bayaran, mata aku terpaut pada satu tajuk buku yang berjudul 'Terbaru & Terindah dari Mekah'. Tanpa berfikir panjang, aku mencapai buku tersebut lalu membayar bersama majalah yang dipilih sebelumnya.
  3. Sampai sahaja di rumah, selesai usai menunaikan solat isyak, aku terus mencapai buku tersebut, khusyuk benar aku mentelaah buku tersebut sehingga terlupa niat asal aku untuk makan malam sebelum membaca buku tersebut.
  4. Setelah selesai membaca kesemua isi kandungan buku tersebut, aku boleh katakan sangat berpuas hati dengan perjalanan cerita yang dimuatkan ke dalam buku tersebut.
  5. Beberapa individu telah ditemuramah untuk memuatkan penceritaan berkaitan pengalaman mereka di tanah suci tanpa sebarang olahan cerita yang ditokok tambah. Ternyata gaya penceritaan yang dipersembahakan dalam buku ini membuatkan aku 'hanyut' selama hampir 2 jam. Sebenarnya ia banyak mengembalikan nostalgia pengalaman aku sewaktu menunaikan umrah pada bulan Mac 2012 yang lepas.
  6. Setiap cerita yang aku baca dapat aku imbas kembali dimana lokasi dan keadaan sekelilingnya. Mungkin kisah pengalaman tersebut tidak berlaku pada diri aku sendiri, tetapi sekurang-kurangnya dengan membaca buku berunsur sedemikian, secara tidak langsung dapat mentarbiahkan kita semua untuk kembali istiqamah melakukan kebaikan ke jalannya.
p/s : Rukun umrah dan haji pertama wajib pada mereka yang berkemampuan, lebih-lebih lagi yang sihat fizikal. Kumpul lah wang untuk kesana, berlumba-lumbalah kita untuk menjadi tetamunya.

Selamat Datang 2013

Assalamualaikum...

  1. 2012 berlalu meninggalkan kita dengan mencatat kenangan pahit dan manis. 2013 menjelma membawa seribu cabaran dan dugaan untuk kita tempuhi.
  2. Sambutan tahun baru meriah diraikan di merata-rata tempat di seluruh dunia. Pertunjukkan bunga api, gegak gempita suara sekalian manusia ber'countdown mengira waktu memasuki tahun baru,bergema di segenap tempat.
  3. Sambutan bagi sesetengah tempat mungkin sedikit berbeza, tetapi tujuannnya adalah sama, meraikan kedatangan tahun baru dengan meriah.
  4. Tahun baru dikaitkan dengan azam baru. Aku turut tidak terkecuali, menanam azam baru segaligus mencabar diri merealisasikan impian tersebut. Tetapi apa sahaja yang kita rencanakan, Allah sahaja yang berhak menentukan samada ianya terjadi seperti yang dirancang atau sebaliknya.
  5. Hakikatnya, sebanyak mana post yang kita tulis di wall-wall facebook, ucapan kata-kata semangat di laman twitter,berkarang-karang ayat di pesanan sms ianya adalah AZAM semata-mata, ubahlah ia menjadi satu realiti yang 'berisi' dan bukannya omongan kosong.
p/s : Semoga kehadiran tahun 2013 membawa sinar baru dalam hidup aku, mungkin 'sesuatu' bakal terjadi pada tahun ini, harapan yang baik-baik sahaja aku sandarkan, harapan kepada pencipta, agar aku tidak terlalu diuji dengan dugaan dan ujian yang terlalu berat kerana aku sendiri tidak mampu untuk mengharunginya.