Selasa, 5 Mac 2013

Alahai Sultan Kiram...Sudah-Sudahlah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat keatas junjungan besar Muhammad s.a.w.

Permulaan dua, tiga bulan pertama 2013 dihiasi beberapa kejadian yang mengejutkan kita, rakyat Malaysia. Baru-baru ini negara yang selama ini telah mengalami sedikit kekecohan yang berlaku di daerah Lahad Datu,Semporna, Sabah.

Berita pencerobohan tentera Sulu yang menceroboh masuk ke beberapa daerah di Sabah telah menyebabkan pertempuran dan mengakibatkan pertumpahan darah berlaku. Beberapa anggota keselamatan kita turut terkorban semasa bertempur dengan askar terlatih kerajaan sulu ini. Sehingga catatan ini ditulis, anggota keselamatan kita masih terus menerus bertempur, bersabung nyawa mempertahankan sempadan kita daripada terus diceroboh. Kenapa pencerobohan ini berlaku, ini hasil pembacaan/penilaian kau berkaitan kejadian ini :

Siapa Sultan Kiram :



  • Mengangkat diri sebagai pemerintah Kesultanan Sulu, walaupun ada beberapa hujah mengatakan  kerajaan ini diperintah oleh seorang lagi sultan.
  • Kerajaan ini sebenarnya telah tidak wujud sejak tahun 1917 lagi, setelah kalah perang dengan Sepanyol. Malahan kerajaan Filipina di mana Negara ini berlindung sudah tidak mengiktiraf kesultanan Sulu sejak tahun 1937.
  • Apabila kalah perang dan jajahan kerajaan Sulu sudah ditakluk maka ia tidak dapat dihidupkan kembali. 
  • Tuntutan tidak boleh dibuat berdasarkan sejarah. Sabah bukan lagi Borneo Utara, Sabah sudah merdeka di bawah Malaysia. Jika ikut logik, Sultan Kiram kena juga tuntut bekas jajahannya di Filipina dan Indonesia.
Siapa Dalang disebalik kejadian ini :

  • Belum dapat dipastikan lagi siapa dalang disebalik kejadian pencerobohan ini. Difikirkan secara logik, gerakan terancang tentera Sulu semestinye telah dirancang dengan begitu teliti. Senjata dan taktik peperangan ala gerila seolah menunjukkan mereka merupakn tentera terlatih yang mempunyai pengalaman peperangan sebenar. Kita doakan sahaja, dalang yang mencetuskan pertempuran ini akan mendapat pembalasan sewajarnya daripada Allah s.w.t.
Apa yang perlu kita(penduduk awam) lakukan :

  • Dengar/telitii berita yang diterima. Jangan terima bulat-bulat semua berita yang dibaca/didengar.
  • Letakkan pengharapan kita kepadaNya. Moga-moga kita peroleh kemenangan dan keamanan berjaya dipulihkan di Sabah.
  • Jangan mengkalutkan lagi keadaan. Elakkan menyebarkan berita/maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. Walaupun banyak medium yang wujud kini, bukan satu kelebihan untuk kita menjadi pelopor melaporkan kejadian yang berlaku.
  • Yakin pada kekuatan anggota keselamatan kita yang bertungkus lumus mempertahankan kedaulatan negara kita daripda ancaman musuh.
p/s : Kesultanan Sulu ini bertempur mempertahan 'hak' yang bukan hak mereka. Sedarlah wahai Sultan Kiram, anda menggadaikan nyawa anggota tentera anda untuk menakluki Sabah berdasarkan 'sejarah lampau' semata-mata. Rundingan secara aman bukan pilihan menyebabkan banyak nyawa terkorban atas perjuangan sia-sia. Moga Allah memberi hidayah/kesedaran kepada pemimpin ini agar merenung sejenak tindakan yang beliau lakukan. 

* kalau nak tuntut hak atas dasar 'sejarah, kepulauan riau,jawa, Brunei, yala dan lain-lain adalah dibawah kuasa takluk kesulatan Melaka iaitu Malaysia. Setelah Malaysia diwujudkan dan diiktiraf sebagai negara yang berdaulat, segala jajahan takluk tadi telah bebas sepenuhnya. Sama seperti situasi Kesultanan Sulu diatas.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan