Isnin, 11 Mac 2013

Sistem Saraan Transformatif (SST)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai yang berteka-teki berkaitan pengumuman yang akan disampaikan oleh YB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Berita Baik Sistem Saraan Transformatif (SST)
Diantara sebilangan berita baik yang dimumkan oleh Perdana Menteri bagi Sistem Saraan Transformatif (SST) yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)  hari ini seperti berikut :


  1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
  2. 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
  3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
  4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  6. Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
  7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"; dan 
  9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
p/s : Alhamdulilah dan terima kasih untuk kesemua berita baik yang telah diumumkan oleh PM untuk hari ini. Bersyukur dan menerima seadanya walaupun kenaikan yang dicanang-canang tidak diumumkan. Daripada kita tak berhenti-henti meminta, pandang diri kita, tingkatkan dahulu produktiviti dan kualiti kerja yang kita lakukan.



Selasa, 5 Mac 2013

Alahai Sultan Kiram...Sudah-Sudahlah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat keatas junjungan besar Muhammad s.a.w.

Permulaan dua, tiga bulan pertama 2013 dihiasi beberapa kejadian yang mengejutkan kita, rakyat Malaysia. Baru-baru ini negara yang selama ini telah mengalami sedikit kekecohan yang berlaku di daerah Lahad Datu,Semporna, Sabah.

Berita pencerobohan tentera Sulu yang menceroboh masuk ke beberapa daerah di Sabah telah menyebabkan pertempuran dan mengakibatkan pertumpahan darah berlaku. Beberapa anggota keselamatan kita turut terkorban semasa bertempur dengan askar terlatih kerajaan sulu ini. Sehingga catatan ini ditulis, anggota keselamatan kita masih terus menerus bertempur, bersabung nyawa mempertahankan sempadan kita daripada terus diceroboh. Kenapa pencerobohan ini berlaku, ini hasil pembacaan/penilaian kau berkaitan kejadian ini :

Siapa Sultan Kiram :



  • Mengangkat diri sebagai pemerintah Kesultanan Sulu, walaupun ada beberapa hujah mengatakan  kerajaan ini diperintah oleh seorang lagi sultan.
  • Kerajaan ini sebenarnya telah tidak wujud sejak tahun 1917 lagi, setelah kalah perang dengan Sepanyol. Malahan kerajaan Filipina di mana Negara ini berlindung sudah tidak mengiktiraf kesultanan Sulu sejak tahun 1937.
  • Apabila kalah perang dan jajahan kerajaan Sulu sudah ditakluk maka ia tidak dapat dihidupkan kembali. 
  • Tuntutan tidak boleh dibuat berdasarkan sejarah. Sabah bukan lagi Borneo Utara, Sabah sudah merdeka di bawah Malaysia. Jika ikut logik, Sultan Kiram kena juga tuntut bekas jajahannya di Filipina dan Indonesia.
Siapa Dalang disebalik kejadian ini :

  • Belum dapat dipastikan lagi siapa dalang disebalik kejadian pencerobohan ini. Difikirkan secara logik, gerakan terancang tentera Sulu semestinye telah dirancang dengan begitu teliti. Senjata dan taktik peperangan ala gerila seolah menunjukkan mereka merupakn tentera terlatih yang mempunyai pengalaman peperangan sebenar. Kita doakan sahaja, dalang yang mencetuskan pertempuran ini akan mendapat pembalasan sewajarnya daripada Allah s.w.t.
Apa yang perlu kita(penduduk awam) lakukan :

  • Dengar/telitii berita yang diterima. Jangan terima bulat-bulat semua berita yang dibaca/didengar.
  • Letakkan pengharapan kita kepadaNya. Moga-moga kita peroleh kemenangan dan keamanan berjaya dipulihkan di Sabah.
  • Jangan mengkalutkan lagi keadaan. Elakkan menyebarkan berita/maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. Walaupun banyak medium yang wujud kini, bukan satu kelebihan untuk kita menjadi pelopor melaporkan kejadian yang berlaku.
  • Yakin pada kekuatan anggota keselamatan kita yang bertungkus lumus mempertahankan kedaulatan negara kita daripda ancaman musuh.
p/s : Kesultanan Sulu ini bertempur mempertahan 'hak' yang bukan hak mereka. Sedarlah wahai Sultan Kiram, anda menggadaikan nyawa anggota tentera anda untuk menakluki Sabah berdasarkan 'sejarah lampau' semata-mata. Rundingan secara aman bukan pilihan menyebabkan banyak nyawa terkorban atas perjuangan sia-sia. Moga Allah memberi hidayah/kesedaran kepada pemimpin ini agar merenung sejenak tindakan yang beliau lakukan. 

* kalau nak tuntut hak atas dasar 'sejarah, kepulauan riau,jawa, Brunei, yala dan lain-lain adalah dibawah kuasa takluk kesulatan Melaka iaitu Malaysia. Setelah Malaysia diwujudkan dan diiktiraf sebagai negara yang berdaulat, segala jajahan takluk tadi telah bebas sepenuhnya. Sama seperti situasi Kesultanan Sulu diatas.