Isnin, 18 Jun 2012

Sembang Si Badan & Nyawa (Kiamat)

Di suatu petang yang tenang lagi mendamaikan. Di dalam sebuah kampung..

Badan : Wei, Badan..ko agak2 bila dunia kita akan kiamat?

Nyawa : Ermmm,aku pon tak tahulah Dan, Aku nie tak adalah alim sangat, tapi adalah aku dengar orang dok cakap kiamat makin dekat.

Badan : Pahala amalan kita pon sejemput je nyawa,macam mana?
(termenung jauh...)

Nyawa : Dan, ko ada tengok citer omputih tu tak..tajuk dia pasal kiamat tak salah aku..jap,biar aku ingat2 balik..2012..ermmm..btol lah 2012..diorang ramalkan kiamat akan jadi tahun 2012, tahun nie lah..

Badan : Citer omputih ko nak percaya? alaaa..kalau tak ada subtitle ko pon tak paham kan. Diorang buat duitlah dengan citer2 diorang tu Nyawa. Entah ye entah tak, janji filem diorang laku.

Nyawa : Fikir2 balik risau jugak fikir pasal kiamat nie..Bilah Dan kan, kalau tahu bolehlah kita bersedia sikit. Tinggalkanlah aktivti menyamun kita nie, taubat. Buat baik kat tuhan dengan orang sekeliling kita.

Badan : Ko nak aku tanya kat tukang tilik ke bila kiamat nie? Hahahaha...

Astagfirullah Al'azim..sesat betul perbuatan si Badan & Nyawa tadi. Kiamat tu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bila ianya akan berlaku. Sebagai manusia, kita diwajibkan menyakini hari kiamat dan beriman dengannya seperti mana yang terdapat dalam rukun iman yang ke-6. Kiamat yang paling hanpir dengan kita adalah kiamat kecil yang dikenali sebagai 'MATI'. Dikala mana ajal datang menjemput, itulah dia kiamat yang paling hmpir dengan kita. Tidak ada siapa yang mampu melambat atau mempercepatkan ia malainkan dengan kuasa Nya. Daripada kita sibuk mengandaikan bilakah kiamat bakal berlaku, maka sebaiknya kita mempersiapkan diri kita dengan segala amal kebajikan. Kerana itu sahaja yang bekalan yang akan kita bawa semasa bertemuNya kelak. n_n


Tiada ulasan:

Catat Ulasan