Selasa, 1 Januari 2013

'Terbaru & Terindah Dari Mekah' RM12.90 (Berbaloi)

Assalamualaikum..Selawat keatas junjungan kita, Muhammad S.A.W

  1. Ketika keluar membeli keperluan persekolahan adik bongsu aku minggu lepas, aku melalui satu kiosk buku, kebiasaanya aku tidak akan melepaskan peluang membeli majalah Al-Islam dan majalah Mastika untuk tatapan aku saban bulan.
  2. Sedang aku menunggu turn untuk membuat bayaran, mata aku terpaut pada satu tajuk buku yang berjudul 'Terbaru & Terindah dari Mekah'. Tanpa berfikir panjang, aku mencapai buku tersebut lalu membayar bersama majalah yang dipilih sebelumnya.
  3. Sampai sahaja di rumah, selesai usai menunaikan solat isyak, aku terus mencapai buku tersebut, khusyuk benar aku mentelaah buku tersebut sehingga terlupa niat asal aku untuk makan malam sebelum membaca buku tersebut.
  4. Setelah selesai membaca kesemua isi kandungan buku tersebut, aku boleh katakan sangat berpuas hati dengan perjalanan cerita yang dimuatkan ke dalam buku tersebut.
  5. Beberapa individu telah ditemuramah untuk memuatkan penceritaan berkaitan pengalaman mereka di tanah suci tanpa sebarang olahan cerita yang ditokok tambah. Ternyata gaya penceritaan yang dipersembahakan dalam buku ini membuatkan aku 'hanyut' selama hampir 2 jam. Sebenarnya ia banyak mengembalikan nostalgia pengalaman aku sewaktu menunaikan umrah pada bulan Mac 2012 yang lepas.
  6. Setiap cerita yang aku baca dapat aku imbas kembali dimana lokasi dan keadaan sekelilingnya. Mungkin kisah pengalaman tersebut tidak berlaku pada diri aku sendiri, tetapi sekurang-kurangnya dengan membaca buku berunsur sedemikian, secara tidak langsung dapat mentarbiahkan kita semua untuk kembali istiqamah melakukan kebaikan ke jalannya.
p/s : Rukun umrah dan haji pertama wajib pada mereka yang berkemampuan, lebih-lebih lagi yang sihat fizikal. Kumpul lah wang untuk kesana, berlumba-lumbalah kita untuk menjadi tetamunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan