Ketinggalan zaman sekiranya korang tengok perompak mengenakan pemakaian bewarna hitam dan memakai topeng muka ketika merompak. 16hb Mei lepas kita dikejutkan dengan berita rompakan stesen minyak oleh 4 beranak. Yang peliknya mereka mengenakan jubah dan berkopiah disamping bersenjatakan parang ketika merompak. Bahan rompakan pula 4 kotak rokok dan beberapa bar coklat.Huh!kat manelah letak otak anak beranak nie bila diaorang merompak.
GANAS...rakaman CCTV menunjukkan aksi ganas lelaki dan anaknya yang berkopiah serta bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya
Hati anak beranak nie memang cukup kering, dah sah-sah dalam stesen minyak tu ade rakaman cctv, bayangkan berapa punya berani diorang merompak. Kes rompakan kat mana-mana tempat berlaku, tak kisahla, tiap-tiap hari dalam paper dok
expose berita merompak,samun menyamun nie, tapi yang jadi masalahnya taktik diorang menggunakan jubah dan berkopiah ketika menyamun. Islam sama sekali melarang umatnya melakukan perkara yang yang dilarang, sejahil mana pun kita, kita masih dapat menilai merompak/menyamun/mengambil hak orang lain adalah dianggap salah disisi islam, walhal dalam mana-mana agama sekalipun. Tetapi mereka telah mengambil kesempatan memanfaatkan kedaulatan dan ketrampilan islam itu sendiri dengan merompak, merosakkan kesucian agama Allah!! Tidak pernah rasa LB lihat mana-mana tok sami buddha/paderi atau sebagainya merompak. Jadi renung-renungkan. Islam kita diperalatkan oleh umat islam sendiri.
Kepada mereka yang di luar sana yang berhajat hendak merompak,fikir-fikirkanlah sejenak, paling tak pun jangan sesekali mengenakan pakaian seperti penyagak diatas. Menggunakan modus operandi 'alim-alim kucing' nie dah lapuk,wat gelak dek orang je,lagi2 bangsa yang berlainan agama dengan kita. Kalau terdesak sangat,pegilah minta bantuan zakat/baitulmal. Yang paling penting usaha, setiap seorang daripada kita dah ditentukan bahagian rezeki masing-masing. Usaha, usaha dan usaha, selebihnya kita serahkan pada yang diatas sana. Baik pekerjaan yang kita lakukan maka lebihlah ganjaran yang kita perolehi. Sekian..
jgan sbrg ckap klau tk tao cter sbenar!
BalasPadamkalau xnak bace,xpyah nk kluarkan komen mcm nie dik oi..
BalasPadam