Rabu, 6 Julai 2011

Kenapa Aku Masih Solo?

Assalamualaikum..selamat pagi buat sume pembaca sekalian. Moga2 hri rabu nie jadi lebih baik daripada semalam.Sementara bos xsampai lagi nie bolehlah tulis sikit2. Ok la..Kenapa aku masih solo?jawapan die jodoh xsampai lagi, duit xcukupla, nanti2lah pk. Ada apa dengan jodoh?

          Jodoh ibarat jambatan. Bagi mereka yang lambat menemukan jodoh,mungkin jambatan mereka panjang,jauh untuk diharungi.Jambatan pendek pula perumpamaan bagi mereka yang menemukan jodoh dalam jangka waktu yang singkat.Jadi jodoh kita mungkin ibarat jambatan Pulau Pinang?Landon Bridge?ke jambatan bosi batu kikir?.Apa sekalipun jodoh tu perlu dicari dan diraih.
          Berbalik pada tajuk kita kenapa aku masih solo?Persoalan yang bermain2 dalam benak fikiran mereka2 yang belum menemukan sesorang yang akan didampingi sebagai teman hidup. Bagi mereka yang dah berkahwin plak,kadang2 hati kecil d'org dok cakap,ingat senang dah kahwin,rupe2nye banyak benda yang kena pk.kalau berdua,kalau dah ada anak esok lusa. Belanja confirm2 melambung kalau nak compare masa bujang dulu.Gadoh xmasuk  lagi,kadang2 ada je benda yang didebatkan.xpuas hati itu,xpuah hati ini.arrrgghhhhhhhh!!!Sebagai manusia kita selalu mengharapkan yang terbaik dlam hubungan kita. Sebagai contoh penunggang motosikal selalu berfikiran,"bilalah aku dapat merasa pakai kereta nie?naik hitam kulit aku kena panas matahri nie,tu xmasuk lagi basah kuyup kena hujan.Bagi yang lelaki plak,awek manelah yang berkenan kalau ako dok kehulur hilir usung motor cabuk nie.ermmm. Dalam masa yang sama,lain plak dialog pada mereka2 yang berkereta cakapkan. Hai,kenapalah memanjang jem nie?kalau aku naik motor senang je,xdelah sangkut dalam jem macam nie. Bukan setakat jem,maintanance kereta lagi, minyak kereta xpyah nak cakaplah,tiap2 tahun,naik,naik dan naik. Masing2 mengimpikan alangkah baiknya jika menjadi salah satu daripada keadaan yang berlaku.
          Jodoh membawa seseorang menemukan pasangan yang akan bersamanya mengharungi susah atau pun senang kehidupan nie. Sesuatu perkahwinan akan menjadilan lubuk meraih pahala yang tidak putus2 sekiranya memenuhi semua tuntutan yang diwajibkan dalam perkahwinan islam.Tanggungjawab,kasih sayang, semestinya sedikit ilmu dan iman ibarat tiang seri dalam sesuatu binaan,kalau salah satunya goyah,maka binaan tersebut tidak kukuh,tidak mustahil bila2 masa sahaja ianya akan runtuh!
          Kesimpulannya, janganlah berasa rendah diri sekiranya diri kita belum berpunya. Ambil masa yang ada untuk bersedia dan memperbaiki diri. Labuhkanlah doa dan pengharapan anda padaNya.Sesungguhnya Dia lebih mengerti akan segala2nya,tersirat mahupun yang tersurat. Kepada yang akan melangkah ke alam berumah tangga, bersedialah anda sebelum melompat,sekurang2nya sekiranya kira terjatuh akan ada akar untuk kita berpaut.Sekiranya ada yang bertanya,kenapa masih solo, jawablah dengan penuh berhemah, insyAllah,pasangan/pelengkapku sedang menanti kehadiran ku,kalau bukan di dunia aku bertemunya mungkin di akhirat kelak aku akan bersamanya.

* Jadikanlah jambatan yang akan kita harungi akan membawa kita ke syurga yang hakiki, sama sekali bukan neraka yang kita inginkan. Sekian..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan