Rabu, 30 Mei 2012

Trip to Cameron Highlands (26-27 Mei 2012)

Salam semua..Alhamdulillah, gelaran SPK sikit demi sedikit terhakis, gelaran tu wujud gara-gara perancangan bercuti yang tak menjadi yg dirancang oleh aku sebelum2 nie.Trip percutian ke Cameron Highlands berjaya dengan jayanya. Nak tahu lebih lanjut,meh aku ceritakan.

Dalam mana masing2 dihambat kesibukkan tugas di opis yang tak putus2, kami berlapan (8) aku,ajim,dila,zalina,kak shieda,ili,fatin,kak aina (insan2 terpilih) sempat melapangkan masa bercuti ke tanah tinggi, tinggi daripada aras laut yg agak panas yang mana selama ini kami huni.

26 Mei 2012 (Sabtu)

Janji melayu, pkul 6.30 pagi (slpas subuh) yg dijanjikan hanya tinggal janji. Semua gara2 salah seorang ahli trip nie yg sedikit bermasalah (gagal dijelaskan permasalahannya). Ok, tunggu punya tunggu pkul 8 lebih jgak bergeraknya. Sempat juga kami membeli belah di Petronas. Menyusur masuk laluan highway melalui UPM, kami menaiki 2 buah kereta yang dipandu driver2 yg agak berpengalaman..xla pro mana kurang2 dah dapat full license.bukan "P" lgi ok.


Janji di awalnya, kami akan berhenti rehat di R&R Tapah. Sampai je kami di sana. Aku lihat suatu pemandangan biasa yg dapat dijangkakan dari awal. Behenti di R&R yang agak besar pada waktu cuti sekolah!Memang menempah sesak. Tapi apa nak buat mereka semua yang menyinggah tu bayar tol. So "sharing is caring".

Perjalanan diteruskan selepas mengisi perut dengan makanan yang ala kadar(tak tahu nak makan apa). Kereta yang membawa kami mula menyusur keluar ke Tapah dan bermulalah pendakian melalui lereng2 bukit yang sangat mencabar dan memeningkan kepala kawan2 aku sekaliannya. Untuk mengurangkan pening, kami mencuci mata dengan singgah sebentar di "Air Terjun Lata Iskandar". Air terjun yang cukup memukau pandangan kami semua sehingga pening masing2 hilang pening dpat pose yang pelbagai gaya menunjukkan keterujaan yang jelas terpancar di muka masing2.


Perjalanan diteruskan walaupun ada permintaan nak mandi kat Lata Iskandar, Kita kejar masa ok!Ermmm,mana taknya masing2 excited tengok air sungat yang jernih mengalir sejuk. Destinasi berikut adalah Ladang Teh "Bharat Tea Plantation" dekat Tanah Rata. Perjalanan kesana juga agak memeningkan tetapi dengan cara membuka tingkap dan menghirup udara segar yang sejuk dan nyaman,kurang2 dapat mengurangkan pening. Udara segar yang kami hirup tak berkekalan apabila kereta yang aku pandu membontoti bas ekspress "Cintavaani" yang mengeluarkan kepulan asap hitam yang menyesakkan pernafasan. Isshhh!rosak mood.

Dengan kelajuan yang agak terbatas,sampai juga kami di Ladang Teh yang dirancangkan. Cantik!Hijau!Nyaman dan sejuk. Bersyukur diberi kesempatan melihat ciptaan tuhan yang cukup mengagumkan walaupun hanya di dalam negara. Cameron je kot, tak kisahlah. Disebabkan terlalu excited kami seolah2 berkejar2 masuk ke hamparan pokok teh yang menghjau di tanam. Masing2 bertukar menjadi artis. Pose sana sini, tujuan (upload kt fb,klu cantik wat DP)Hehehehe..Tak cukup bergambar, tak sah rasanya kalau tak minum air teh dalam keadaan suasana 'segar dari ladang". Maka berkongsi2lah kami semua dengan air teh yang tak seberapa dan potongan kek cheese dan muffin, terlalu meriah aku rasakan kumpulan kami pada waktu tu.

Jam menunjukkan hampir 1 lebih. Masing2 agak lapar dan kepenatan selepas bergambar di ladang teh sebentar tadi. Maka keputusan yang tepat adalah segera check in di hotel penginapan kami. Hotel Berinchang yang terletak di Berinchang. Hotel entah berapa bintang yang merupakan hotel budget yang menjadi pilihan kami yang mana rata2nya adalah penjawat awam sokongan gred 17.Opsss ada 2 orang gred 27!Hotel yang kami huni tidaklah semewah mana tapi berpadananlah dengan kos yang kami bayar. Lain kali kita duduk Hotel Equatorial ye kawan2. Tunggu Bonus!Muhahahaha...


Selesai berehat dan solat. kami turun ke bawah hotel dan menuju ke Medan Selera yang terletak hanya beberapa langkah dari hotel penginapan kami. Selesai menjamu selera perjalanan diteruskan ke "Rose Valley", taman rose yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga yang terletak di Teringkap, kawasan selepas Berinchang. Dengan tiket serendah RM4 kami memasuki syurga bunga2an. Terlalu cantik aku rasakan. Beratus-ratus spesis bungan dapat kita lihat dan pastinya korang geram yang teramat sangat. Rasa nak petik semua bunga2 tu. Sesi bergambar wajiblah!Peace sana peace sini.lagi datang dalam kumpulan yang agak ramai,memang heboh tak terkata. Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah sebentar ke "Cactus Points", tempat jualan cactus dan pokok2 bunga. Aku sempat membeli beberapa pasu cactus yang dikirim oleh Kak Ani Siswazah yang mengirim cactus yang boleh dibeli dengan anggaran RM20. Dapatlah 12 pokok semuanya.

                                                                                                                

Selesai kunjungan ke 'Rose Valley", kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel penginapan untuk berehat dan merancang untuk ke pasar malam yang terletak hanya 100 meter dari hotel kami. Perjalanan balik kami agak jem gara2 melalui laluan pasar malam yang telah dibuka seawal jam 4 petang. Nak wat camne,sabor jelah..



Selesai berehat sebentar, kami melangkah turun dari hotel penginapan kami dan berjalan kaki je Pasar Malam, Berinchang. Dalam kepala masing2 terfirkan segala jenis kiriman barang2 exspecially sayur yang cukup sinonim dengan Cameron Highlands. Hasilnya,tangan2 kami penuh dengan jinjingan beg plastik yang berisi pelbagai jenis hasil pertanian tanah tinggi. Berat tak usah nak cakaplah,rasa macam nak pinjam troli shopping complex je masa tu. Selesai membeli belah di pasar malam dengan memakai sweater (sejuk woo) kami singgah untuk makan char kueh teow Penang yang terletak tidak jauh dari gerai jualan pasar malam. Pekena pulak air panas teh atau nescafe,perghhh!memang best..rasa macam kat oversea pulak.



Selesai sudah, jam menunjukkan pukul 12 lebih. Mata masing2 agak mengantuk, apa lagi,tidurlah kami semua. Lena tidur malam aku, kadang2 terjaga disebabkan suhu sejuk cameron yang mencucuk2 hingga ke tulang. Kami terpaksa bersesak2 dalam 2 bilik yang ditempah, bilik yang ditempah sebenarnya melebihi jumlah penghuni yang ditetapkan,percutian budgetla katakan. So redha jelah.

27 Mei 2012 (Ahad)

Kring!!bipppp!!bunyi alarm msing2 berbunyi. Hari beransur pagi. Maka bergilir-gilirlah kami semua masuk ke toilet dan mandi!!Blurpppp..sejuk sangat2, nasib baik hotel budget kami ada pemanas air. Kurang sikit sejuk. Selepas touch up sana sini, kami menuju ke medan selera untuk breakfast. Nasi lemak jadi pilihan, agak sedap mungkin disebabkan masing2 lapar. Selesai makan kami menaiki kereta dan menuju ke "Kea Farm", yang merupakan pasar jualan hasil pertanian yang agak femes pada hari minggu. Sekali lagi memborong dengan banyaknya. Penuh bonet dengan plastik2 hasil pembelian kami. Sangat dasyat kalau aku boleh ambik gambar muatan bonet kereta aku masa tu.



Selesai membeli kami menuju ke "Kok Lim Strawbery Park". Untuk masuk ke tempat tanaman ini, kadar cas yang dikenakan agak mahal, kira2 RM15 seorang dengan 1/2 kilo strawberry yang boleh dipetik segar dari pokok. Setekah berkira2 duit poket masing2 yang rata2 sudah luak, kami membatalkan hasrat untuk masuk. Tapi sempat juga kami bergambar dengan replika strawbery gergasi yang diletakkan di luar ladang. Puas hati jugak!yang penting bergambar dengan strawbery kannn.




Kembalinya kami di hotel penginapan, dengan kadar segera masing2 mengemas beg pakaian dan check out!thanks u Madam Tan (owner Hotel Berinchang). Seterusnya kami singgah di taman awam yang terletak di Tanah Rata. Tujuan utama adalah bergambar. Lebih kurang 15 minit kemudian, kami meneruskan perjalanan pulang. Sempat juga kami singgah ke Pekan Ringlet untuk mengisi minyak dan mengeluarkan duit daripada bank gaji kami semua, CIMB Bank!




Setelah menuruni bukit, sampai juga kami ke Tapah. Peluang di ambil untuk singgah sebentar ke Hutan Lipur Kuala Woh untuk mandi manda. Air sungai yang sangat sejuk dan menyegarkan apabila merendamkan badan dapat dirasa. Air sungai ini sangat unik kerana terbahagi kepada 2 iaitu sejuk dan panas dalam 1 aliran. Hebat sungguh ciptaanNya. Selesai mandi aku mengajak kawan2 semua singgah ke kampung aku, Tapah dimana 24 tahun lalu aku dilahirkan di hospital pekan kecil ini. Menyusur kampung aku yang agak pedalaman mungkin memberi pengalaman baru bagi kawan2 aku yang rata2 orang bandar, sebenarnya lebih kurang je macam aku. Maing2 mengambil peluang makan dan solat, juga berehat melepaskan lelah di rumah opah aku yang tak seberapa adanya.

Selesai sudah, salam dihulurkan dan selamat tinggal diucapkan kepada opah. Dalam perjalanan balik sempat juga kami singgah ke gerai jualan jambu yang terletak di Pekan Bidor. Borong lagi,kali nie jambu pulak.hehehe..Perjalanan diteruskan kembali ke KL. Alhamdulillah,akhirnya kami sampai juga tepat jam 8.00 malam. Harap kawan2 yang join trip ke Cameron Highlands enjoy disamping kita semua dapat eratkan hubungan sesama kita. Stress keje pun dah kurangkan.

Ok..Insyaallah kita akan wat trip ke tempat lain pulak lepas nie ye kawan2!Tungguuuuuuuuuu..=)


Nukilan
~lidahbercabang~30/5/2012 1.27 a.m

Rabu, 16 Mei 2012

Sembang si Badan & Nyawa (Poligami)

Assalamualaikum semua..
Pada suatu petang yang indah..si Badan dan Nyawa, penyamun tarbus kampung Pasir Bedengung pun berbual-bual sesama mereka. Berikut merupakan hasil perbualan mereka...

Nyawa : Badan,ko tak teringin nak berkahwin ke?

Badan  : ish..ko nie..memangla teringin,tapi dengan profesen kita sebagai penyamun nie,ada ke yang berkenan wat laki?

Nyawa : Ko nie bodohla Badan,kita xlah selama-lamanya menyamun harta benda orang,esok-esok kita dah kaya kita tukarla keje lain,yang halal..

Badan : Betul jugak tu,kalau aku lah kan..aku nak berbini 4!hahhh!!barula power..dapat pulak empat-empat bini aku tu suma cantik-cantik..confirm2 ko orang yang pertama jeleskan?hahahaha...

Nyawa : 1 pun tak ada,ada hati nak pasang 4?!!kalau aku lainlah..klu boleh 10,10 aku buat bini!Ko tengok nabi kita pon sama,mana ada berbini 1..

Badan  : Lagi pon,tu kan sunnah kannn..hahaha..untung kita jadi lelakikan...

Sedang diorang merepek melayankan angan tak sudah, lalulah seorang hamba Allah..lalu memberikan nasihat,pemberbetulkan fakta yang dipesongkan Badan dan Nyawa..

Sebagai kaum adam khasnya,janganlah kita menggunakan kuasa atau kelebihan yang diberikan untuk menikahi seseorang wanita lebih daripada seorang hanya kerana nafsu dan kemegahan semata-mata. Tanggungjawab tu terlalu berat wahai kaum adam. Jangan merosakkan keindahan poligami yang dibawa Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w..

Baginda manikahi seorang janda (Siti Khadijah) yang berumur 40 tahun sedangkan baginda ketika itu baru berusia 25 tahun,baginda tidak melulu menikahi wanita yang lainnya,melainkan sesudah meninggalnya Saidatina Khadijah dan umur baginda ketika itu juga berusia 55 tahun. Tidak sampai 10 tahun baginda berpoligami, baginda wafat. Kalau di ikutkan sifat dan kemampuan baginda, jangankan tunggu berumur 55 tahun,malah sejak muda lagi baginda boleh berpoligami..n_n

Selasa, 8 Mei 2012

Badan & Nyawa

Assalamualaikum..coretan kisah si Badan & Nyawa..
Setelah merompak beberapa buah rumah, pencuri terhandal yg cukup digeruni Badan dan Nyawa pergi ke sebuah bukit untuk membahagikan sama rata hasil rompakan mereka. Berikut adalah dialog mereka..

Badan : Nyawa,bagi aku mahkota raja tu,aku mahu kira dan bahagikan hasil rompakan kte,biar ko dan aku dapat sama banyak.Hahahaha!!(gelak jahat).
Nyawa : Baiklah..ko kira,ingat!kena adil!
Badan :1 untuk ko..1 untuk aku..2 untuk ko,1 untuk aku..3,4,5,6,7,..378 untuk ko..ermmm??lpas 378 apa Nyawa?
Nyawa : Arrgghhhh..ko tak tahu kira rupenye..bagi aku mahkota raja tu,biar aku yg kira..

selesai sudah pembahagian...

Badan : Aiikkk,kenapa ko punye siling emas lagi tinggi dari aku,ini tidak adil!!
Nyawa : Apa plak tak adil,aku bahagikan sama rata,sama banyak!
Badan : Arrghhh..aku tak peduli!ko tipu!

Maka bertelagah pendapatlah si badan dengan si nyawa. Dalam pada itu Pak Belalang telah mnggunakan tipu muslihatnya untuk menangkap si Badan dan Nyawa. Dia pergi ke bukit tersebut dan menyamar sebagai penunggu gua..Maka berjaya sudah tipu helah Pak Belalang untuk menangkap Badan dan Nyawa. Hasil rompakan dibiarkan begitu sahaja akibat takut momokan si 'penunggu gua'..hahaha..

p/s :Motif dalam cerita ini, Badan dan Nyawa ibarat kaum Melayu kita kini. Saling bertelagah menegakkan pendapat masing2. Mereka tidak mahu mengalah sama sekali sedangkan mereka tidak sebijak mana. Pak Belalang(pihak luar) mengambik kesempatan di atas pertelahan yang berlaku..Paham maksud dia kan??