Assalamualaikum..coretan kisah si Badan & Nyawa..
Setelah merompak beberapa buah rumah, pencuri terhandal yg cukup digeruni Badan dan Nyawa pergi ke sebuah bukit untuk membahagikan sama rata hasil rompakan mereka. Berikut adalah dialog mereka..
Badan : Nyawa,bagi aku mahkota raja tu,aku mahu kira dan bahagikan hasil rompakan kte,biar ko dan aku dapat sama banyak.Hahahaha!!(gelak jahat).
Nyawa : Baiklah..ko kira,ingat!kena adil!
Badan :1 untuk ko..1 untuk aku..2 untuk ko,1 untuk aku..3,4,5,6,7,..378 untuk ko..ermmm??lpas 378 apa Nyawa?
Nyawa : Arrgghhhh..ko tak tahu kira rupenye..bagi aku mahkota raja tu,biar aku yg kira..
selesai sudah pembahagian...
Badan : Aiikkk,kenapa ko punye siling emas lagi tinggi dari aku,ini tidak adil!!
Nyawa : Apa plak tak adil,aku bahagikan sama rata,sama banyak!
Badan : Arrghhh..aku tak peduli!ko tipu!
Maka bertelagah pendapatlah si badan dengan si nyawa. Dalam pada itu Pak Belalang telah mnggunakan tipu muslihatnya untuk menangkap si Badan dan Nyawa. Dia pergi ke bukit tersebut dan menyamar sebagai penunggu gua..Maka berjaya sudah tipu helah Pak Belalang untuk menangkap Badan dan Nyawa. Hasil rompakan dibiarkan begitu sahaja akibat takut momokan si 'penunggu gua'..hahaha..
p/s :Motif dalam cerita ini, Badan dan Nyawa ibarat kaum Melayu kita kini. Saling bertelagah menegakkan pendapat masing2. Mereka tidak mahu mengalah sama sekali sedangkan mereka tidak sebijak mana. Pak Belalang(pihak luar) mengambik kesempatan di atas pertelahan yang berlaku..Paham maksud dia kan??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan