Rabu, 16 Mei 2012

Sembang si Badan & Nyawa (Poligami)

Assalamualaikum semua..
Pada suatu petang yang indah..si Badan dan Nyawa, penyamun tarbus kampung Pasir Bedengung pun berbual-bual sesama mereka. Berikut merupakan hasil perbualan mereka...

Nyawa : Badan,ko tak teringin nak berkahwin ke?

Badan  : ish..ko nie..memangla teringin,tapi dengan profesen kita sebagai penyamun nie,ada ke yang berkenan wat laki?

Nyawa : Ko nie bodohla Badan,kita xlah selama-lamanya menyamun harta benda orang,esok-esok kita dah kaya kita tukarla keje lain,yang halal..

Badan : Betul jugak tu,kalau aku lah kan..aku nak berbini 4!hahhh!!barula power..dapat pulak empat-empat bini aku tu suma cantik-cantik..confirm2 ko orang yang pertama jeleskan?hahahaha...

Nyawa : 1 pun tak ada,ada hati nak pasang 4?!!kalau aku lainlah..klu boleh 10,10 aku buat bini!Ko tengok nabi kita pon sama,mana ada berbini 1..

Badan  : Lagi pon,tu kan sunnah kannn..hahaha..untung kita jadi lelakikan...

Sedang diorang merepek melayankan angan tak sudah, lalulah seorang hamba Allah..lalu memberikan nasihat,pemberbetulkan fakta yang dipesongkan Badan dan Nyawa..

Sebagai kaum adam khasnya,janganlah kita menggunakan kuasa atau kelebihan yang diberikan untuk menikahi seseorang wanita lebih daripada seorang hanya kerana nafsu dan kemegahan semata-mata. Tanggungjawab tu terlalu berat wahai kaum adam. Jangan merosakkan keindahan poligami yang dibawa Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w..

Baginda manikahi seorang janda (Siti Khadijah) yang berumur 40 tahun sedangkan baginda ketika itu baru berusia 25 tahun,baginda tidak melulu menikahi wanita yang lainnya,melainkan sesudah meninggalnya Saidatina Khadijah dan umur baginda ketika itu juga berusia 55 tahun. Tidak sampai 10 tahun baginda berpoligami, baginda wafat. Kalau di ikutkan sifat dan kemampuan baginda, jangankan tunggu berumur 55 tahun,malah sejak muda lagi baginda boleh berpoligami..n_n

Tiada ulasan:

Catat Ulasan