Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku lihat patung yang di gantung sebegitu rupa, tetapi kali ini perasaan aku membuak-buak ingin tahu, Tak kan nak tanya tuan punya kereta kot. Ansuran bulanan diorang yang bayar, so suka hati dioranglah nak letak apa dekat kereta diorang. Tapi apakah motif sebenar disebaliknya??Jommmm baca....
- Trend macam ini bermula di Thailand. Tujuan diorang gantung patung yang terdiri daripada pelbagai bentuk ini bertujuan untuk menghalau hantu. Dekat jalan raya kebiasaanya selalu berlaku kemalangan jalan raya. Ramai yang menjadi korban jalan raya dan dipercayai roh-roh mereka tidak aman dan akan mengganggu pengguna jalan raya yang lainnya. Sebagai 'pendinding' mereka menggantungkan tangkal patung tersebut.
- Di Malaysia, trend menggantung patung lebih di lihat sebagai suka-suka je. Tetapi ada juga yang melihat, pemilik kenderaan yang berbuat demikian adalah anti perempuan gedik!!Betul ke?apa kata korang pergi siasat sendiri.
- Apa sekali pun, terserah pada kehendak masing-masing. Asalkan perbuatan yang kita lakukan tidak bertentangan dengan ajaranNya.
(Gambar hiasan semata-mata, hp aku canggih sangat..tak boleh tangkap gambar)
p/s : Baik gantung Ayat-ayat Al-Quran pada cermin pandang belakang kereta. Letak tempat yang tertinggi, dapat pahala..Insyaallah, jadi senjata paling ampuh untuk melindungi perjalanan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan