Isnin, 12 Disember 2011

Hidupkan Kalbu Hawa Dalam Dirinya ~Siri 1~



Jauh diriku merenung ke dalam cermin di hadapanku. Kutatap seolah-olah boleh menembusi ke dasarnya.Haaahhh,nafas ku helakan tanda mewakili fikiranku yang berkecamuk dek permasalahan yang menjengah ke ruang legar kepalaku.Sofia Maisarah a.k.a Peah,rakan baikku ketika dibangku sekolah. Pertemuan aku dengannya petang ini memberi gambaran yang tidak sama sekali aku jangkakan. Pertemuan kami setelah hampir 10 tahun berpisah disebabkan keluarga sofia berpindah ke tempat lain membuatkan sofia turut serta mengikutinya keluarganya. Perpindahan tersebut menjadikan hubungan persahabatan kami terputus dan Sofia menyepi tanpa khabar berita. Sehinggalah pada suatu petang..



******************************************************



Ketika aku leka mengisi minyak di salah satu stesen minyak yang selalu aku kunjungi,nama aku disapa oleh suara lelaki yang agak kasar bunyinya."ana"!!yang mana singkatan bagi nama aku yang tak berapa nak panjang, 'Raihana'. Sapaan tadi membuat aku menoleh dengan pantasnya. Ku lihat seseorang yang perwatakan lelaki memakai kemeja dan jeans ditambah pula dengan aksesori cermin mata hitam yang agak famous kini, 'frog skin' tersenyum sengeh menanti respon daripada aku. Tindakan pertama aku,tersenyum tawar,bukan disebabkan aku demand membalas sapaannya tetapi demi Allah aku tidak pernah sama sekali mengenali dia. Belum pun sempat aku berkata-kata,lelaki tadi sempat memberi isyarat menyuruh aku menunggu dia di tepi. Jari teunjuk dia menunjukkan dia memberi isyarat supaya aku menunggu di kawasan mengisi angin di tepi stesen minyak tersebut.

Pada mulanya aku keberatan,tetapi memandangkan kereta di belakang aku sudah mengaum-ngaum bunyi enjinnya.tak akan aku buat-buat pekak pulak. Sebelum kereta belakang merempuh kereta kancil kesayangan aku,lebih baik cepat-cepat aku beredar. Namun bagaikan dipukau aku menurut sahaja arahan orang asing tadi, memberhentikan keretaku di tepi sementara menunggu kedatangan dia.

Tok..tok..tok..cermin kereta kancil aku yang bertinted diketuk dari luar. Arrrghhhh..orang tadi lagi. Dalam hati aku masih tertanya-tanya atas urusan apa orang ini mengejar aku. Aku tak kenal dia, mungkinkah dia ahli kongsi gelap, orang suruhan along atau peragut?tidakkk!!!negatif sungguh fikiran aku masa tu. Sebelum aku terus merepek,lekas-lekas aku mematikan firasat negatif aku. Jariku menekan punat control untuk menurunkan cermin tingkap,lantas lelaki itu bercakap dalam nada separa menjerit. Wei,keluarlah..ko tak kenal aku lagi ke?bertuah punya kawan.ko nak berlagak pulak dengan aku. Aku pasti lelaki ni bukan salah orang. Tetapi kenapa lelaki ini suara dia macam perempuan?soalan tu masih belum terjawab. Sebaik sahaja aku membuka pintu, tubuh aku dirangkul kemas, dipeluk erat-erat. Jantung aku berdegup, selama mana aku hidup 23 tahun ini, belum pernah aku berkelakuan kurang sopan macam tu lagi-lagi dengan seorang lelaki. Tidak,mungkinkah aku dicabul?di stesen minyak?tidakkk..Aku masih lagi terpinga-pinga,namun seolah lelaki tadi memahami keadaan aku yang agak blur. Tangan dihulurkan,menandakan mahu bersalaman dengan aku.

Lelaki tersebut memperkenalkan diri. "Ana,aku Sofia,Peah..kawan lama kau!"kau tak ingat ke?kita kan kawan baik masa sekolah rendah dulu. Aku rewind balik otak aku, ligat aku memikirkan tentang kawanku yang bernama Sofia?Peah?. Ibarat baru menjumpai dokumen yang baru aku search di komputer, aku lantas menyambut salam lelaki tadi. Ya Allah!!Peah,aku fikir siapa tadi. Hampir tak kenal aku di buatnya. Apa ko buat dekat sini?mana ko pergi selama ni?rindunya aku dekat ko!!.situasi tadi jadi terbalik disebabkan aku pulak yang menjadi terlalu excited. Yang pasti soalan utama aku dah terjawab, orang asing yang merangkul tubuh aku tadi bukan lelaki,, selamat aku..fuhhh..

"Tu la..aku cuba juga cari ko,alang-alang aku dah sampai sinikan. Kadang-kadang dekat fb aku search juga nama ko,tapi tak jumpalah, al maklumlah nama ko kan komersil,ramai sangat yang guna.''seloroh Peah. Dalam mana aku bebual mesra dengan Peah, ku perasan juga mata pemandu-pemandu yang singgah mengisi minyak di stesen tersebut. Kelakuan wanita bertudung yang berbual agak mesra dengan 'lelaki' di tempat terbuka mungkin mengundang pelbagai persepsi. Disebabkan itu, aku mengajak Peah ke restoran makanan segera yang mana letaknya tidak jauh dari tempat kami berbual tadi. Niat pulang awal ke rumah setelah seharian bekerja di pejabat aku batalkan. Pertemuan kawan lama aku lebih berharga daripada memikirkan waktu rehat yang menanti aku di rumah. Restoran KFC menjadi pilihan, pilihan aku sebenarnya, kerana aku yang memandu dihadapan dan Peah hanya mengekori aku dari belakang.

Sampai sahaja aku di hadapan restoran makanan segera tersebut, pergerakan aku aku cepatkan dengan segera menutup pintu kereta dan menunggu Peah yang pada kiraan aku masih terkial-kial mencari parkir yang kosong. Sementara menunggu pelbagai persoalan menerjah ke benak fikiran aku. Betul ke dia Peah? kawan baik aku yang sememangnya cukup akrab ketika kami sama-sama di bangku persekolahan. Sesampainya Peah di hadapan pintu restoran, kami melangkah seiringan memasuki restoran tersebut. Kebetulan pada waktu tersebut agak lengang dan kami boleh memilih mana-mana tempat untuk duduk. Meja berkerusi empat yang terletak di sudut tepi restoran menghadap jalan menjadi pilihan.

Punggung dilabuhkan melepaskan lelah yang tak berapa lelah aku rasakan. Belum pun sempat aku menanyakan apa yang nak di pesan. Peah memotong percakapanku. ''ko tunggu je dekat sini, aku pergi order,ko suka bahagian kepak, of course spicy,air tak ais" betul kan. Belum sempat aku mengiyakan, Peah berlalu pergi ke kaunter pesanan beratur menanti giliran untuk memesan hidangan. Senyum simpul aku menunggu, ternyata dia memang Peah yang aku kenal 10 tahun dulu. Tepat telahan dia berkaitan pesanan ayam goreng yang ingin di pesan, mana tidaknya dulu kami selalu berkongsi makan KFC bersama-sama. Berbekalkan duit yang tidak seberapa, mana mungkin kami dapat hidangan secara individu melainkan berkongsilah yang selayaknya untuk kanak-kanak seperti kami yang berselera seperti orang dewasa pada waktu itu.

Pertemuan kami pada petang tersebut amat mengembirakan aku. Pelbagai persoalan aku terjawab. Kami berbual-bual seolah-olah kami sahaja yang berada di restoran tersebut. Ada juga mata yang mengerling tajam ke arah kami menandakan menyuruh kami memperlkahankan volume suara kami, tetapi sia-sia. Keriuhan kami tetap tidak boleh di cover walaupun hanya berdua. Selesai sudah makan, aku meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang sempat juga kami bertukar-tukar no. telefon. Salam aku hulurkan. Langkah aku aturkan. Aku berjalan agak pantas menuju ke keretaku. Ku lihat jarum jam tangan ku menunjukkan angka 7.30 malam. Hampir 2 jam aku menghabiskan masa bersama-sama Peah. Aku mengundurkan kereta, lantas tangan ku memasuki gear 1, kereta aku memecut melangkaui kereta Sofia. Dalam hati aku, mewah juga dia, honda swift berwarna silver dipandunya, sedangkan aku hanya mampu memandu kancil pemberian kedua orang tuaku. Gaji sebagai penjawat awam bergred 17 mana mungkin aku boleh bernafsu mewah, alamat bangkrapla aku nanti. Tetapi bukan kereta yang aku kisahkan, asap putih yang muncul dari tingkap kereta Peah yang menarik perhatian aku. Sofia merokok?!!Hmmmmm..aku memandu pulang dengan sidikit kesal.

Sesampainya aku di rumah, segera aku mencapai tuala dan membersihkan badan. Waktu maghrib hampir berlalu pergi menyebabkan aku agak terkocoh-kocoh bersiap. Sejadah aku bentangkan, telekung aku kenakan di tubuhku. Lantas takbir ucapakn..Allahuakbar...Selesai memberi salam, kedua tangan aku rapatkan memohon doa dan keampunan dari yang Esa.
Selesai solat dan berdoa aku merenung jauh ke hamparan sejadah tempat aku bersujud. Persoalan kenapa sahabat aku Peah telah berubah sejauh itu meruntun hati kau dengan pelbagai persoalan. Untuk melegakan kekusutan dalam kepala, aku mencapai Al Quran hijau yang sudah luntur warnanya, lantas aku buka dan menyambung kembali bacaan aku yang aku tangguhkan pada malam sebelumnya. Aku bukan baik mana, tetapi membaca kalam Allah menjadikan hidup aku tenang walaupun tidak aku fahami sepenuhnya akan terjemahan yang wajib diketahui.


******************************************************

Hari berganti hari, masa berjalan dengan ligatnya. Kehidupan aku masih berjalan seperti biasa. Masih berusaha memenuhi tuntutan kerja dan mengisi masa terluang yang sedikit berbaki dengan aktiviti luar yang boleh mengenjoykan diri aku sendiri. Walaupun kesibukkan kerja yang melampau lampau, sibuk pun bak kata mak aku disebabkan kita ni kuli. Tapi bagi aku, kalau aku jadi bos sekalipun, makan pasir lah pekerja -pekerja aku nanti. Terpaksalah aku terima hakikat,aku dilahirkan ke dunia ni untuk 'makan gaji'. Apa sekalipun syukur. Berbalik pada kawan aku tu, Peah. Pertemuan kami di restoran makanan segera tempoh hari tidak terhenti di situ sahaja. Pertemuan itu kami lanjutkan dengan pertemuan ditempat lain. Pantang dengar tempat makan yang sedap, Peah akan segera mengajak aku untuk mencuba kesahihan berita yang dicanangkan,betul ke sedap. Shopping Complex juga menjadi destinasi wajib kami bila tibanya hujung bulan,gaji. Tetapi Peah yang aku kenal masih Peah yang dulu, keluar bersama-sama dia sama sekali tak akan menyengkekkan duit aku sebab seyakin dan pastinya Peah akan belanja dan sponser aku. Bukan aku minta ok,dia ikhlas nak belanja, aku terimalah. Rezeki jangan ditolak. Peah memang best!!


Dalam menyulam kembali persahabatan kami, aku cuba mendekati 'hati' Peah. Bukan aku tertarik sebab penampilan dia ye tetapi sebagai kawan rapat, sahabat, kadangkala terlintas juga pertanyaan dalam benak kepala aku, kenapa Peah boleh jadi sebegitu rupa. Apa yang menjadikan dia seperti plastik, berlagak sebagai golongan adam padahal sememangnya dia adalah hawa. Insan yang dijadikan dari rusuk adam dan pastinya datang dari golongan yang sama dengan aku. Abaikanlah,Apa sekalipun aku lebih berbangga dengan kerjaya Peah sekarang. Dari segi kerjaya Peah lebih berjaya jika hendak dibandingkan dengan aku, bekerja di syarikat swasta berbekalkan ijazah dalam bidang kejuruteraan. Telahan aku sedikit terjawab, skop kerja mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang terhadap penampilan dia,tapi...mungkin kurang tepat dan kuat andaian aku. Sebabkan kerjaya ke Peah bertukar citarasa penampilan??



Setelah usia persahabatan kami menjangkau berbulan aku rasa, aku semakin kurang janggal dengan penampilan Peah. Walaupun ada ketikanya persahabatan kami sering kali menjadi jelingan bermakna pada mereka mereka yang memandang. Mana tidaknya, Peah yang sememangnya berkulit mulus, manis tapi sayangnya berpakaian pula seperti lelaki. Rambut disisir kemas dan bertaji macam balung ayam. Dari segi pakaian pula, kemeja dan jeans sering menjadi pilihan Peah, dilengkapkan lagi dengan pemakaian kasut yang bertutup kemas dan sentiasa berpadanan dengan warna pakaian yang digayakan. "Smart beb"..tulah antara perkataan yang aku selalu dengar dari mulut gadis-gadis yang lalu berhampiran dengan Peah. Sekilas pandang memang tak perasan Peah nie sebenarnya perempuan.Hahaha..tertipulah korang semua.



Aku bersyukur kepada tuhan kerana dipertemukan kembali dengan teman rapatku, Peah. Bagaimana rupa sekalipun Peah, aku masih menerima dirinya seadanya dan sama sekali tidak pernah mempersoalkan berkaitan 'keganjilan' penampilannya sekarang. bagi aku, aku ikhlas berkawan dengannya kerana Peah juga manusia biasa dan yang paling penting dia juga makhluk Allah seperti yang lainnya. Tetapi apa yang menjadikan pertemuan hujung minggu tersebut lain daripada yang lain adalah, suatu ungkapan telah terpacul dari mulut Peah yang mana aku sendiri sama sekali tidak jangkakan. "Ana,kau boleh tolong aku tak?aku nak berubah. Aku nak jadi macam kau", pinta Peah dengan suara yang sedikit tenggelam.



bersambung..........



Ahad, 4 Disember 2011

Lagu Negaraku vs Azan

Salam malam minggu..


Berdiri sekaliannya!bangun!berdiri tegak hormat lagu Negaraku tatkala ia berkumandang..Sungguh bersemangat kita menyanyikan bait-bait lagu negara kita. Megah dirasa,kekar rasa dada tanda bangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia negara berdaulat. Semangat patriotik semakin meluap-luap terasa. Masih panas cerita kejayaan skuad 'harimau muda' kita menjinakkan sang garuda! Lagu Negaraku pelengkap kejayaan negara setiap kali berjaya menakluki sesuatu acara.


Sebaliknya.....


Tatkala laungan azan dilagukan dengan merdunya oleh bilal masjid,segelintir cuma yang 'menghormatinya'. Selebihnya wat derk malah yang lebih teruk,langsung tidak menyedari panggilan agung tu berkumandang. Kenapa ia terjadi??


  1. Lagu Negaraku lebih difahami maksudnya!cuba kita tanya secara rambang,boleh dikira dengan jari siapa diantara kita cube memahami makna dan pengertian Azan.


  2. Lagu Negaraku dinyanyikan oleh kita mungkin masa bersekolah dulu,tak pun masa korang pergi tengok bola kat stadium. Tapi azan kita dengar 5kali sehari,tiap-tiap hari.


  3. Lahirnya manusia yang bergelar muslim akan disambut dengan laungan azan/iqamah,bukan bunyi-bunyian lain. Azan yang pertama sekali kita dengar sewaktu kita celik di muka bumi tuhan. Maih belum cukup untuk kita menghormatinya.


  4. Kalau sesuatu bencana sebagai contoh rumah terbakar, kita digalakkan melaungkan azan untuk meredakan api yang marak. Cuba korang nyanyi lagu.silap-silap korang sekali rentung,api pulak makin marak.

p/s : Patriotikkah kita terhadap laungan azan?atau lagu Negaraku lebih dihormati dan diagung-agungkan?

Rabu, 23 November 2011

Kenapa Timun makan dengan satey??

Assalamualaikum..artikel ringan untuk korang malam nie. Bukan nak promote sebab aku nie orang Kajang tapi kebetulan. Korang suka satey? satey makanan yang yang dicucuk dengan lidi daripada daging,samada daging lembu, ayam, arnab, rusa dan sebagainya. Tak kisahlah daging apa sekalipun tak lengkap rasanya hidangan satey tanpa timun. Tapi kenapa timun?bukan sayur lain?salad ke..tomato ke..kacang panjang ke..kalau nak tahu sebabnya adalah :


  • Satey mempunyai karbon hasil daripda pembakaran arang yang boleh menyebabkan kanser.


  • Timun mempunyai anti karsinogen yang mane zat karsinogen nie meripakan bahan penyebab kanser.


  • Timun boleh meneutralkan tunas rasa kita selepas makan daging. Kalau x,xkanlah kita letak timun kat mata. Cuba letak kobis kat mata,apa jadi?


  • Timun antara sayur yang murah dan senang didapati. Tambah untung peniaga.

p/s : Apa sekalipun timun merupakan gandingan 'serasi' bagi satey. Lepas korang baca entri nie, jangan lupa makan timun lepas makan satey ye..


Kenapa Indonesia 'BENCI' sangat Malaysia?



Salam..detik keramat 21hb November 2011 menjadi detik bersejarah bagi 28 juta rakyat Malaysia. Kejayaan besar telah berjaya dirangkul di Stadium Glora Bung Karno. Arena Sukan Sea edisi ke-26, Jakarta-Palembang menjadikan skuad bawah 23 tahun yang dikenali sebagai 'Harimau Muda' menjadi kebanggaan kerana berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara yang paling mendapat tempat di hati semua penduduk di muka bumi ini, 'bola sepak'.


Di Indonesia, bola sepak lebih dikenali dengan panggilan 'sepak bola'. Pada perlawanan akhir seperti detik yang dijanjikan, hampir segenap tempat di Stadium Glora Bung Karno dipenuhi penyokong fanatik skuad 'garuda'. Ini dapat kita lihat melalui kaca televisyen lautan 'merah' mewarnai keseluruhan stadium. Mereka datang berduyun-duyun dari segenap pelosok tempat,daerah di Indonesia semata-mata mahu memberi sokongan kepada skuad garuda melakar kejayaan di tempat sendiri sekaligus meninggalkan kenangan manis memperoleh 'ibu pingat emas' yang ditaruhkan pada malam tersebut. Untuk menaikkan semangat, mereka sepakat memakai baju berwarna merah disampaing membawa ribuan sepanduk kecik dan besar kebanyakkannya ditulis dengan kata-kata semangat. Tetapi apa yang dikesalkan terdapat juga sesetengah perkataan yang digunakan agak kesat, seperti 'ganyang Malaysia'.


Walau apa sekali pun tuah masih berpihak pada Malaysia. Menunggu hampir 2 jam menonton perlawanan tersebut, tidak sia-sia kerana skuad 'harimau muda' kita berjaya mengesahkan kejayaan mutlak buat Malaysia sekaligus menjadikan Indonesia kempunan emas di tempat sendiri. Bangga sungguh melihat kesungguhan pemain Malaysia bertungkus lumus berebutkan bola yang sebiji tu. Semangat inilah yang sebenarnya membawa maksud tepat dengan slogan 'tanah tumpah darahku'. Kesan daripada perlawanan tersebut keesokkanya hampir semua laman sosial, media cetak, elektronik mencanang kemenangan yang baru diperoleh malam sebelumnya. Bangga kita sebagai rakyat Malaysia.


Dalam mana kita memandang sukan bola sepak sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan sesama kita disamping mewujudkan semangat kesukanan bagi sesebuah negara, di Indonesia lain pula jadinya. Para penyokong bertukar menjadi liardan bertindak mensabotaj kekalahan yang dialami. Meraka seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan dengan bertindak merusuh dan membakar kaunter penjualan tiket. Difahamkan juga 2 orang penyokong dilaporkan meninggal dunia akibat dipijak ketika bersesak ketika masuk ke dalam stadium. Kejadian tersebut turut diburukkan dengan beberapa orang penyokong lagi dilaporkan pengsan akibat bersesak-sesak keluar daripda stadium selepas perlawanan tamat.


Tapi terfikrkah kita kenapa 'BENCI sungguh rakyat Indonesia kepada kita?Sedangkan kita datang pada rumpun yang sama..Mungkin juga kita boleh memikirkan jawapan pada soalan di bawah..




  1. Siapa yang mencuri lagu ciptaan gesang yang kemudian menjadi lagu kebangsaan Malaysia ?

  2. Siapa yang mencuri kesenian reog dan dijadikan sebagai latar dalam jata Malaysia ?


  3. Siapa yang mencuri baju batik dan dijadikan sebagai ikon baju tradisional Malaysia ?


  4. Siapa yang mencuri pulau Sipadan dan Legitan yang kemudian masuk dalam wilayah Malaysia ?


  5. Siapa yang mencuri ikan-ikan di perairan Selat Malaka ?


p/s : Apa sekalipun, sebagai rakyat Malaysia kita tidak perlu cepat melatah. Setiap persoalan yang dibangkitkan tidak perlu kita perdebatkan kerana setiap perkara yang berlaku mungkin secara kebutulan atau ada jawapan yang sebaliknya diluar pengetahuan kita. Yang penting kita bertanding dan menang secara telus dan bersih!Provokasi nie xmainla...

Selasa, 1 November 2011

Hari TANPA Beg Plastik? Hari BELI Beg Plastik?




Bumi makin tua..

Pencemaran makin berleluasa..

Penyagak alam xreti bahasa..

Altenatif lain.."Wujudkan Hari tanpa Beg Platik". = Hari SABTU..Selangor je!

Berkesan ke?



Sepatutnya :

1. jurujual : maaf en/cik/pn..hri nie kita xsediakan beg platik,jadi sume barang2 nie perlu dibawa dengan altenatif sendiri,mungkin boleh gunakan beg.

2. pembeli : owh,hari nie hari sabtu.nk g belanje..so,kene bawak beg siap2 nie,beg plastik tak disediakan.

Sebaliknya :

1. jurujual : maaf en./cik/pn...hri nie kita xsediakan beg plastik,kalau nak plastik cas 20 sen akan dikenakan.

2. pembeli : hari nie hari sabtu,alah!!menyusahkan betul lah!xsediakan beg plastik plak,xpelah kne cas 20sen je pun..

p/s : sia2 jelah kempen 'go green' d'orang kalau mentaliti semua orang tak menjurus ke arah 'pemuliharaan alam' seperti yang dihajatkan..Kempen yang dicanang pula tak lebih daripda menguntungkan pusat membeli belah untuk melipat gandakan keuntungan atas angin.

H.U.J.A.N

Hujan rahmat Allah s.w.t..
Butiran-butiran halus turun dari perut awan yang mendung..
Gugur membasahi bumi..
Kehadirannya dinanti untuk menyubur tanah dan tanaman..
Umat manusia bergembira menadah untuk pelbagai guna..

Kini hujan turun tidak berhenti-henti..
Tanaman yang dialir langsung dihayutkan..
Harta benda musnah dan manusia bertempiaran lari semahunya..
Mereka merungut kenapa rahmat bertukar menjadi bala?

Fikirlah sejenak..siapa yang mencipta hujan?langit?bumi dan alam ini?
Bersyukurlah di atas setiap kurnianNya..
H.U.J.A.N bukan bala sekalipun ia datang dalam bentuk bah..
Ia tidak lain adalah rahmat Maha Pencipta..
Yang menjanjikan seribu makna di atas segala pemberianNya..

p/s : Simpati atas nasib saudara2 kita di negara jiran Thailand yang terjejas teruk akibat banjir. Bersyukur kita rakyat Malaysia..Alhamdulillah..=)

Isnin, 17 Oktober 2011

Dan Bila Esok...

Assalamualaikum,yang hidup pasti akan mati. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui penciptaNya.Tarikh 16 Oktober 2011 akan termasuk dalam salah satu tarikh penting dalam kalendar hidup aku. Nenek merupakan orang yang paling rapat denganku pergi menemui illahi tatkala pagi minggu melabuhkan tirai. 27/04/1929~16/10/2011. Genap 82 tahun 5 bulan 11 hari Sipah bt Sahari diberi peluang penciptaNya untuk hidup di muka bumi Allah ini dan aku bukanlah orang yang berhak mengundur atau menganjakkan masa walaupun sesaat berkaitan ajalnya. Redha aku labuhkan,semoga setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebalikNya. Al-Fatihah..


Dan bila esok..
Akan bermulalah hariku tanpamu..
Hilang kelibat serta bayanganmu..

Dan bila esok..
Semua kenangan bersamamu..
Akan kusimpan dalam kamus hidupku..
Kehilanganmu berjaya mengukir..
Butir-butir jernih dikelopak mataku..
Hatiku bergetar mengikut alunan suara hati yang pilu..

Dan bila esok..
Semua pesanan dan leteran..
Yang selama ini terbias ditelingaku..
Hilang tak ku dengari lagi..
Akan ku renung-renungkan kembali..
Moga ia berterusan menjadi pendamping diri..

Semoga hatiku meredhai setiap ketentuanMu Ya Rabbi..kerana engkau lgi Maha Mengetahui setiap segala yang tersembunyi..n_n

Rabu, 5 Oktober 2011

"Membenihkan" berani.."Melahirkan" takut!

Innalillahiwainnailaihirojiun..semoga roh mereka tenang di sampingMu. Kes pembuangan bayi bukan satu isu semasa yang baru mahupun sengaja dipanaskan sejak kebelakangan nie. Tapi gejala nie sudah lama menular,menjalar menjadi barah menjangkiti masyarakat kita.Menyampah,geram malah meluat mengenangkan sikap manusia yang bertopengkan binatang dimana mereka sanggup membuang benih/bayi yang tidak berdosa.


Jasad yang sudah cukup sifat mahupun janin hampir sempurna dibuang dan dicampak ke tepi longkang,semak samun dan tempat pembuangan sampah. Bagi insan yang tidak berdosa nasib mereka ibarat untung sabut timbul,untung batu tenggelam. Jika mereka diletakkan di kaki tangga surau,masjid,rumah kediaman kemungkinan untuk mereka hidup tinggi tapi jika mereka diletakkan di tempat pembuangan sampah,tepi semak samun,nyawa mereka diancam oleh serangga,binatang mahupun faktor cuaca sekeliling.


Pada sesetengah kes yang lebih kejam ada diantaranya sanggup mengkambus hidup-hidup mahupun mengambil nyawa yang tidak berdosa nie dengan pelbagai cara.Pada aku ada beberapa faktor yang menyebabkan bertambahnya gejala pembuangan bayi nie,antaranya :



  • Taraf anak luar nikah/anak haram yang dibenihkan akan menyebabkan keluarga menanggung malu,maruah mereka akan tercalar


  • Penerimaan masyarakat terhadapa anak luar nikah,terlalu perimitif terutamanya masyarakat melayu


  • Menerima ugutan si pelaku,contohnya teman lelaki mahupun keluarga yang memaksa.


  • Ketidaksediaan kehadiran si kecil nie sedangkan rahim mereka sudah sedia ditempel dengan segumpal daging nie.

p/s : Untuk mengulas perbuatan 'jalang' mereka mungkin bukan aku yang selayaknya mentarbiahkan mereka. Nasihat aku,mungkin kita telah berdosa melakukan perbuatan yang dilarang tu,tetapi biarlah kita menanggung malu seketika daripada kita dibebani rasa bersalah seumur hidup membunuh jasad hasil benih kita sendiri.Waallahualam..

Selasa, 27 September 2011

Tidur Sebantal..Mimpi Lain-Lain..

Assalamualaikum..Salam kepada semua pembaca.Keterbatasan masa menjadikan blog ini sunyi sepi seketika menanti jari jemari nie kembali menari-menari menaip idea2 yang lahir dengan tujuan perkongsian bersama. Pelaksanaan hukum hudud yang ingin dijadikan realiti oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. menjadi bualan hangat di dada akhbar. Tidak terlalu arif atau lebih senang aku bukanlah orang yang selayaknya berhujah berkenaan 'HUDUD'..Berikut merupakan pandangan aku yang merupakan salah seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia. 

  • Hudud merupakan hukum Allah,Sentiasa sesuai diprakktikkan mengikut peredaran zaman.Bagi aku zaman kita kini yang perlu diselaraskan dengan hukum Allah nie.
  • Malaysia merupakan negara yang dihuni masyarakat majmuk,baru pendapat diutarakan,wakil kaum Cina dan India dah memetir2 tidak bersetuju.
  • Mursyidul Am Pas perlu duduk semeja berbincang bersama kroni mereka DAP,memandangkan Karpal Singh berkeras membantah.Siapa Karpal untuk membantah?
  • Meraih undi rakyat bersama2,tetapi bab agama dan adat istiadat orang melayu,mereka sama sekali tak pernah sebulu!
  • Mereka diluar sana,aku dok dengar berapi-api cakap praktikkan hudud!Kalau undang2 nie dipraktikkan,Insyaallah semua jenayah dapat kita banteras dan korang2 semua perlu beringat,kawal tingkah laku.Jangan bila dipraktikkan korangla pendahulu penerima hukuman.
  • Pihak NGO atau ulama sendiri perlu tampil kehadapan menerangkan perihal berkaitan 'HUDUD' nie.Hudud bukanlah seteruk yang kita fikirkan.Tidak diwujudkan hukum ALLAH atas dasar membebankan penganutnya.
p/s : Baik buruk kita pasti ada pembalasannya,kalau bukan di dunia di akhirat kelak menanti hukuman yang pasti!Jangan tunggu hukum hudud nak start?bila kita semua nak bertaubat?


Khamis, 22 September 2011

Pantun 4 Kerat..~Kronologi Cinta~

Bila bercinta semuanya indah belaka..
Bercakap berjam2 lamanya..
disangkakan sekejap belaka..
Sebab apa?aku sudah jatuh CINTA..

Duit sanggup dilabur..
Janji ditabur..
Body sikit lagi nak lebur..
Fuh,selamat nasi belum jadi bubur..

Mak suruh byar bil mahal tak seberapa..
Tapi kecoh bagai nak gila..
Katanya papa kedana..
Duit abis dikapur dek CINTA..

Bila baik..
Semuanya nampak cantik..
Hati sentiasa berputik..
Hari bahagia menghitung detik..

Katanya setia pada yang satu..
Oh!terharu..
Inilah jdoh pilihan kalbu..
Tetap pendirian tiada keliru..

Bila dah bosan..
malas melayan..
Bila merajuk kata meroyan..
Bila call memanjang di jamban..

Tak sanggup berpisah kata hati..
Buang semua cemburu dihati..
Ego dikikis hingga mati..
Harapan bersama bersatu kembali..

Detik waktu berlalu pergi..
Namun kau belum mengerti..
Setiap perlakuan meluat dihati..
Segala usaha menuju jalan mati..

Setiap permulaan ada pengakhiran..
Setiap perlumbangan ada kemenangan..
Kalau aku bukan pilihan..
Ku anggap semua takdirmu tuhan..

p/s :Pantun 4 kerat kerat untuk mereka2 yang frust..smile =)..n_n..

Khamis, 1 September 2011

Mercun vs Raya



Haram disebut bukan kerana ianya berdosa tapi kerana ianya membahayakan. Boleh meletup dan mencederakan sesiapa sahaja. Katakanlah haram macam mana sekali pun,permainan mercun dan bunga api memang tak dapat dipisahkan dengan sambutan Hari Raya. Takde mercun tak raya! Cuba korang bayangkan kemeriahan raya tanpa mercun dan bunga api? mesti suram je.

            


Bagi kanak2,bunga api yang dipasang dan mengeluarkan cahaya cukup membuatkan hati mereka gembira. Muncung bunga api dihalakan pada api,lalu bunga api akan terbakar dan mereka akan menyanyi2 keriangan mendendangkan lagu raya. Gembira sungguh diorang kan. Dalam kepala mereka hanya fikirkan raya!raya!raya! Beza untuk korang yang dewasa, mercun jadi pilihan!Bunga api nie tak main lah. Macam2 nama mercun keluar, thunder clap,bola,ketupat,klcc,bateri dan macam2 lagi. Ape sekalipun nama mercun di atas, persamaannya ianya mengeluarkan bunyi yang cukup kuat dan membingitkan telinga!


                       video mercun yang berjaya aku 'record' kat kampung untuk  raya kali nie


Disebalik 'haramnya' mercun dan bunga api, kalau tak salah pada pandangan mata aku, bahan2 letupan nie masih dijual di tempat terbuka, walaupun kebanyakkan peniaga menyalah gunakan lesen menjual satu2nya mercun yang dibenarkan,mercun pop pop. Apa2 pun rezeki masing2, yang penting diorang tak pernah paksa kita untuk membeli. 


p/s : Pesan aku, raikanlah Aidilfitri yang tiba seadanya, terpulanglah pada kita bagaimana untuk jadikan sambutan tersebut meriah. Pasal Mercun dan bunga api, tak salah kita bakar,mungkin dengan sedikit 'duit' yang kita laburkan akan jadikan Raya kita lebih meriah dan lebih berwarna warni!n_n

Rabu, 31 Ogos 2011

Salam Merdeka Raya

Assalamualaikum..Salam Merdeka Raya..Lebaran kali ini cukup istimewa terutamanya buat kita rakyat Malaysia kerana pada tahun ini kita meraikan hari lebaran bersama2 dengan Hari Kemerdekaan yang ke-54. Dikesempatan ini,bersama-samalah kita melupakan persengketaan mahupun kesilapan yang telah dilakukan. Semoga kegembiraan di hari lebaran ini dapat kita kongsikan dengan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama.



Hari Raya dah pun kita sambut 2 hri lepas, tetapi bila pula sambutan Hari Kemerdekaan? Disebalik kesibukkan kita menyambut hari lebaran yang di tunggu2, sambutan hari kemerdekaan aku tengok sedikit tenggelam. Mungkin dek kerana publisiti si 'Raya' yang lebih besar menyebabkan si 'Merdeka' sedikit dilupakan. Apa2 pun, sekiranya kita belum lagi merdeka, manakan semeriah ini sambutan raya kita pada tahun ini. Hargailah erti kemerdekaan dalam pada mana kemeriahan kita menyambut Aidilfitri yang mulia.



p/s : LB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin..Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Rabu, 17 Ogos 2011

Ape Perlunya Kita Bertudung?

Assalamualaikum..salam untuk semua pembaca, terima kasih kiranya sebab masih sudi menyinggah dan membaca paparan yang disediakan. Hari nie aku nak bincang cikit pasal isu bertudung? Apa kesan positifnya sekiranya kita bertudung? Bertudung merupakan 1  kewajipan untuk semua muslimah. Bertudung bukanlah keperluan semata-mata, kerana ianya merupakan 1 kewajipan yang dituntut dalam islam.

Alhamdulillah,dengan bertambah modenya kita kini menjadikan pemakaian tudung semakin mendapat tempat di hati, terpulanglah kepada niat si pemakai memakai tudung atas dasar ape, sekurang-kurangnya mereka masih ingin menutup sebahagian kepala mereka daripada terang-terangan menjadi tatapan kaum adam. Berbalik pada cerita kita, apa kesan daripada pemakaian tudung antaranya :

  1. Kajian menunjukkan bahawa fosforus otak kita akan mencair pada suhu 42'c. Ia terjadi bila korang dok terdedah bawah terik matahari dalam jangka masa yang lama tanpa sebarang penutup kepala.
  2. Kesan lain juga, ia akan menyebabkan kerosakan kekal pada saraf otak disebabkan fosforus otak mencair hingga menyebabkan fungsi otak menurun.
  3. Kajian juga berpendapat, sebanyak 40% hingga 60% drpada tahap kepanasan badan seseorang turut hilang melalui kepala.
  4. Sesiapa yang menutup kepala pada musim sejuk pula lebih mampu mengawal suhu badan d'orang sekitar 50%.
 Jadi perlu alasan ape lagi untuk kita menyarungkan tudung?Islam meruapakan agama yang cukup mudah jauh sekali tidak membebankan penganutnya. Jangan jadikan tuntutan agama menjadikan pemakaian tutup kepala merupakan sesuatu yang terlalu 'ketat' dan 'susah' untuk direalisasikan.

Kalau bukan tudung labuh yang kita sarungkan,mulalah dengan mengenakan tudung mengikut keselesaan kita, asalkan ianya masih menutup aurat dan yang paling penting ikhlas keranaNya. InsyaAllah, dengan tersarungnya hijab di kepala kita dapat menjadikan maruah kita sentiasa terpelihara dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang buruk. Aminnn..n_n



Selasa, 16 Ogos 2011

Tawa, Air Mata dan Ramadhan..

Ramadhan 1432H tiba..
Menjanjikan seribu ketenangan..
Azam yang baru ku sematkan di dalam hati..
Semangat yang ku rasakan tidak seperti Ramadhan yang terdahulu..
Ku biarkan berlalu, tanpa teruja aku untuk melengkapi kedatangannya..
Tawa aku kerana masih diberi peluang olehNya..
Menyesali sisi gelap hidupku yang lepas..
Menginsafi noda-noda hitam yang sebati dalam hayatku..
Dalam pada aku terus menerus mengejarMu..
Ujian dan Dugaan kau labuhkan silih berganti..
Air mata bercucuran jatuh di sisi..
Melalui rekahan ego yang keras di hati..
Kepala berputar hebat..
Merungkaikan simpulan yang cukup rapi kau duga kepadaku..
Ya Allah..mana mungkin kau jatuhkan ujian ini..
Sekiranya aku tidak mampu untuk menghadapinya..
Moga tawa mahupun air mata yang tercipta..
Menjadikan Ramadhan aku kali ini..
Lebih berwarna dan bermakna..n_n

Khamis, 11 Ogos 2011

Tepuk Amai-amai Dikala Terawih..

Errkk..Alhamdulillah..sendawa tanda kekenyangan yang teramat sangat akibat 'melantak' semua makanan ketika berbuka. Kebiasaanya selepas kita berbuka, kita akan mengambil masa untuk menunaikan solat dan merehatkan perut yang sarat diisi tadi dengan menghadap televisyen menanti rancangan berita pukul 8 malam.

Seterusnya,bagi yang berkemampuan, aktiviti yang dilakukan adalah melangkah kaki anda ke masjid atau surau berdekatan untuk menunaikan solat isyak dan terawih berjemaah. Alhamdulillah, setakat seminggu menjalani ibadah puasa nie, penuh rumah2 Allah dengan mereka2 yang tidak mahu ketinggalan meraih pahala di bulan puasa.

Daripada pandangan aku, kehadiran pelbagai golongan samada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas merupakan satu peningkatan positif sekaligus memberi impak yang baik, bahawa komuniti ummah kita masih lagi kuat dalam mana bersepahnya timbul masalah gejala negatif dalam bulan2 puasa nie.

Dalam mana yang kita selalu dengar, balik masjid atau surau je, kalau pakai selipar atau kasut yang agak cantik, memang berkaki ayamlah korang balik nanti, tetapi dalam pada tu,ada satu lagi permasalahan. Penjaga yang membawa anak2 mereka yang masih kecik ke masjid atau surau. Memang baik niat mereka memberikan teladan yang baik kepada anak2 yang masih kecil. Bak kata pepatah "lenturlah buluh biarlahlah dari rebungnya".

Ketika solat sunat terawih dilakukan, kawan aku mengadu kedengaran suara riuh rendah pekikan dan lolongan kanak-kanak kecil di suatu sudut masjid. Si kecil menangis semahu-mahunya yang mana kawan aku sendiri tidak tahu sebabnya,manakala suara si kakak yang masih kecil tetapi sudah berakal memujuk dengan menyanyikan lagu 'tepuk amai2 belalang kupu-kupu,adik jangan nangis ummi sedang solat'. Begitula 'nyanyian' si kakak.

Selesai solat 8 rakaat, kawan aku mematikan niat untuk menyambung solat ke rakaat seterusnya disebabkan terganggu dengan 'irama' tanpa diundang tersebut.Kawan aku mula mencuri2 pandang, kelihatan si kakak yang berumur lebih kurang anggaran aku 4 tahun sedang sakan memujuk si adik pula 1 tahun lebih yang tidak berhenti-henti menangis.

Cuba kita renungkan, bukan kawan aku seorang je yang ada telinga,mungkin seluruh jemaah dalam masjid tersebut mendengar dan semestinya terganggu kekusyukkan solat mereka disebabkan tangisan kanak2 berdua tadi. Jadi, dalam hal nie sama sekali bukan salah si kecil. Kepada ibu bapa kanak2 tersebut, kat mana letaknya kesedaran sivik korang?pahala solat perlu diraih tetapi jangan sampai terlepas pandang perkara sekeliling yang kita anggap remeh sebenarnya terlalu besar kesanya kepada orang di sekeliling kita. Macam-macam..n_n..

p/s : Sekurang2nya Kak Limah nyanyi lagu 'enjit2 semut' bukan dekat masjid atau surau..


Ahad, 7 Ogos 2011

Kuih Tradisional Favourite Bulan Pose Nie..??

Selamat berpuasa untuk hari yang ke-7. Hari nie genap seminggu kita menjalani rukun islam yang ke-3. Semoga semua amal ibadah yang kita lakukan diterima olehNya. Kita sememangnya bertuah dilahirkan sebagai muslim di bumi Malaysia. Bulan Ramadhan di sini menjanjikan keistimewaannya yang tersendiri.

Juadah yang pelbagai menjadikan 1001 aneka pilihan untuk kita jadikan sebagai juadah berbuka. Sepanjang seminggu puasa nie,semestinya korang ada membeli sekurang-kurangnya 1 juadah kuih muih untuk berbuka. Betul kan? Kuih muih ini juga amat mudah didapati terutamanya di bazar ramadhan. Jenis kuih apa yang sering menjadi pilihan pembeli? Jom kita survey.


1. Kuih Tepung Pelita


2. Kuih Karipap


3. Kuih Cara Berlauk


4. Kuih Cucur Udang


5. Kuih Akok




6. Kuih Pulut Panggang


7. Kuih Seri Muka


8. Kuih Seri Ayu


9. Kuih Popiah



10. Kuih Bakar Kemboja


p/s : Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jauh mana sekalipun korang merantau, korang confirm rindukan kuih tradisional melayu kita yang tak luput dek masa zaman berzaman lamanya.
Jadikan kuih muih kita salah satu kemestian juadah kita ketika berbuka nanti, kalau bukan kita berbangga dengan kuih muih tradisional melayu, siapa lagi?n_n



Jumaat, 5 Ogos 2011

GeLoJoH..


Assalamualaikum..selamat menjalani ibadah puasa yang dah pun masuk hari ke-5 hari nie..semoga kita sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ibadah puasa hingga ke akhir ramadhan. Aminnn. Dalam bulan Ramadhan yang  mulia nie,ibadah2 lain seperti bersedekah perlu ditingkatkan seperti ibadah2 lain.

Anak-anak yatim dapat dilihat mendapat perhatian sepanjang bulan mulia nie. Banyak syarikat dan badan2 kerajaan menaja untuk program berbuka puasa bersama mereka. Semoga rezeki mereka akan 'dibersihkan' dan lebih berkat dengan membantu anak2 yatim nie.

Satu benda yang aku tengok setiap kali program majlis berbuka puasa untuk anak yatim adalah dari segi pengurusan yang berterabur dan tak bersistematik. Bila tibanya waktu berbuka, anak2 yatim dan wakil pengurusan akan berbuka puasa bersama-sama. Masalahnya, anak2 yatim akan terkemudian dalam jamuan tersebut disebabkan wakil pengurusan berlumba-lumba beratur di barisan hadapan anak2 yatim nie untuk beratur mengambil makanan. Tahulah lapar, tapi coverlah sikap 'gelojoh' korang. Malu dengan budak2 tu.

Hal ini berlaku sekiranya juadah berbuka kebanyakkannya kini dihidangkan dalam bentuk buffet. Nasihat aku, kalau ia sekali pun lapar,tak payahla korang nak berebut2 dengan anak2 yatim nie, mereka adalah orang yang kita raikan, dahulukanlah mereka. Lagi pun kebanyakkan mereka adalah daripada golongan kanak-kanak.


p/s : Puasa mengajar kita bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga. Perlakuan baik sesama manusia juga amat dituntut, semoga ibadah puasa kita sempurna dan diterima olehNya..Apa yang penting, setiap ibadah yang kita lakukan, perlulah 'IKHLAS' kerana Nya..n_n

Selasa, 2 Ogos 2011

Kemana Harus Aku Mengadu??

Lumrah manusia, tidak setegar karang di lautan untuk 'kebal' menghadapai permasalahan. Kadangkala kita perlukan satu medium untuk meluahkan permasalahan yang sedang dihadapi, tujuan utamanya adalah mengurangkan bebanan yang di galas atau sekadar berkongsi masalah sedia ada dengan seseorang yang boleh mendengar. Kat sape aku nak cerita nie?

  1. Haa..tulis kat FB la..post ayat pnjang2,luahkan permasalahan,letakkan tanda seru banyak2. Buat ayat ala2 memberontak + menagih simpati..
  2. Apa guna ada HP, pilih nama sapa2 yang diingini dalam phone list pastu click button call.. Borakla panjang lebar, berrejam2 lamanya sampai puas!
  3. Cerita kat kawan2 terdekat, "masalah aku macam nie..macam tu..bla..bla..bla.."
  4. Aku ade balak,awek..so,dengan suara yang lemah gemalai dan penuh rasa simpati, mengadula dengan ceritakan sume masalah. Dengan tujuan mengadu nasib dapatlah korang bermanja2 sekali.
Diantara item diatas , ada satu tempat dimana si pengadu dapat mengadu,merintih nasib tanpa perlu membayar sesen pun, malahan Dia sentiasa bersedia setiap masa tidak mengira detik atau waktu untuk sentiasa mendengar. Dialah Maha Brkuasa..kerdilnya sungguh kita dihadapanNya, atas alasan apa lagi yang menampung ego kita untuk tidak mengadu kepadaNya?? Angkatlah kedua-dua tanganmu, dengan penuh kusyuk,istiqamah dan rasa rendah diri, mengadulah kepadaNya....n_n

Isnin, 1 Ogos 2011

Rokok..Sesunat Kurma Atau Sewajib Air?

Selesai sudah kita semua menjalani ibadah puasa pada hari ini, Alhamdulillah..moga2 puasa dan amal kebajikan kita diterima oleh Allah s.w.t. Puasa bererti menahan diri daripada lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Rongga badan kita yang utama adalah mulut.

Mulut adalah medium utama untuk memasukkan makanan. Bagi perokok, mulut merupakan ruangan untuk menghisap asap dan menghembuskannya keluar. Katalah apa sekalipun, rokok merupakan satu keperluan utama ibarat makanan ruji kepada mereka. Rokok dan mereka memang tidak dapat dipisahkan. "Bagai isi dengan kuku". Cuba kita bayangkan bagaimanakah keadaan perokok pada bulan puasa nie? Mampukah mereka menahan keinginan mereka untuk tidak merokok hampir 12 jam dalam sehari?

Walaupun majlis fatwa telah menggariskan pengharaman terhadap rokok, ia tak sikit pun bagi effect lebih2 lagi pada perokok tegar. Dibulan puasa nie, sejauh manakah pentingnya rokok diantara juadah2 lain?

  • Sewajib meneguk air penghilang dahaga ke?
  • Sesunat kurma yang menjadi sunnah nabi?
  • Seenak aneka jenis kueh mueh yang pelbagai?
  • Sepinggan nasi makanan ruji kite?
  • Seenak lauk pauk yang secukup rasa?
Rokok yang mengandungi 400 jenis bahan kimia sememangnya memiliki tarikan yang tersendiri buat perokok. Sempena bulan Ramadhan nie, apa kata kita kurangkan pengambilan rokok, jika boleh kita hentikan sahaja. Sekurang2nya ia dapat menjimatkan duit dan menjadikan hidup kita  bebas daripada asap yang mengundang 1001 penyakit.

p/s : Sepenting manakah rokok buat korang di Bulan Ramadhan nie, tepuk dada tanya selera..=)






Siapa Kita Untuk Menghukum??



Assalamualaikum, salam 1 Ramadhan untuk korang sume pembaca blog lidahbercabang. Tahu sekarang ramai dok usha blog jejariruncing(tunang khairul fahmi), gara2 terputusnya ikatan pertuangan mereka baru2 nie, tapi hari nie aku bukan nak komen pasal citer diorang,aku nak nak tulis citer pasal masalah "transgender". Kekeliruan ataupun masalah identiti yang dihadapi oleh sesetengah orang di sekeliling kita.

 Hari sabtu hari tu, kita digemparkan dengan berita kematian Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana. Takziah diucapkan untuk keluarga Pak Cik Abdul Aziz. Semoga pak cik dan keluarga tabah menghadapi dugaan yang cukup hebat nie lagi2 dalam kita menghampiri bulan Ramadhan yang mulia.

Aleesha merupakan salah satu sisi masalah kekeliruan identiti yang semakin bertambah jumlahnya di negara kita hari ini. Tindakan Aleesha memilih cara hidup seperti wanita mendapat tentangan keras daripada masyarakat, lebih2 lagi sejak kes die dibawa ke mahkamah gara2 mahu membuat pertukaan nama. Hakim juga telah memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan Aleesha dengan sebab beliau tidak memenuhi 4 krateria penukaran identiti yang ditetapkan di negara kita.

Ramai bolgger2 dan orang2 sekeliling kita yang menghentam dan memberi komen sinis menyalahkan Aleesha sekeluarga. Sempena bulan Ramadhan yang mulia nie, kita sepatutnya muhasabah diri, merenung kembali diri kita, bukan berkobar-kobar menyalak menyalahkan permasalahan yang timbul. Siapa kita untuk menghukum??

  • Berilah sokongan moral untuk mereka yang seangkatan permasalah seperti Aleesha.
  • Lidah lebih tajam daripada mata pedang, kata2 seperti nasihat yang berhemah lebih bermakna daripada melakukan sesuatu tindakan dalam bentuk kekerasan.
  • Jangan terlalu cepat melatah, cuba kita bayangkan jika ada kes seperti Aleesha yang terbit dikalangan ahli keuarga kita sendiri?Macam mana cara kita untuk menanganinya?
  • Kita adalah makhluk tuhan yang lemah dan hina, kedudukan kita sama dis sisi tuhan, janganlah beranggapan kedudukan kita lebih mulia dek kerana amalan kebajikan yang sejemput tu, kerana Allah s.w.t lebih mengetahui segala2nya.
p/s : Pemergian Allayarham Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana ke Rahmatullah memberi seribu satu keinsafan pada kita. Seharusnya kita berfikir, setiap kejadian itu tersimpan seribu hikmah disebaliknya.


Jumaat, 29 Julai 2011

Anda Peminat Bola Sepak..Trend atau Tegar??




Assalamualaikum..since siri kelayakan piala dunia 2014 nie, hmpir 24 juta rakyat Malaysia dok heboh cakap pasal bola..bola..bola..bola..kalau kita tengok sekarang pun, team negara kita mmg banyak dah improve!kurang sikit da main macam budak2 tadika, kalau tak,dlu tengok bola buat dosa kering jelah,dok ngutuk orang tak abis2.Up sikit dari kaki bangku main. Semalam perlawanan Malaysia vs Singapore. bukan main lagi, fenomena harimau Malaya melanda kalah aura tsumawi masa die masuk AF dlu. Tapi fenomena camnie jadi sbb mmg korang gilerkan bola atau trend semata-mata?Beza tau Dulu dengan Sekarang..

  • Dulu..naik mengantuk org jual tiket nak tunggu korang beli tiket, kaunter kosong!dok promote tiket free pun orang xmau datang. Stadium kosong!Sekarang..tiket dijual macam goreng pisang panas, sanggup beratur panjang lebar, berhari-hari semata-mata nak dapatkan tiket, panas, b'hujan!tak kisahla harga berapa, bagi yg ulat tiket,time niela boleh buat duit,beli tiket rm30 jual rm50, rm100!kayo den..kayo!

  • Dulu..Jersey Malaysia?ade ke..colour ape erk?kalau ada pun malu nak pkai.Baik pakai jersey EPL!bangga!Sekarang,cantiknya jersey Malaysia nie, nak jgak beli, tak dpat beli kat Al-Ikhsan kat psar malam rm10 sehelai pun jadilah. Janji ada!

  • Dulu tak de point pun nak cakap pasal bola, baik cakap benda yg lagi faedah. Citer bola pun bola omputihla. Sekarang..tgok jelah kat FB sume dok tulis pasal bola, baik llaki atau perempuan!g la kat mana2 wall, confirm!

  • Dulu pemain bola tersangat kurangla publisitinya, Mananya kenal, kenal pun yang hensem2 je kot.hehehe..Sekarang, pada llaki2 kat luar sana kalau korang nk rmai pminat pandailah2 main bola, confirm, berderet2 peminat, kalau tak,tak kanlah aidil ngan zakuan dapat kahwin dengan artis. Khairul Fahmi pun cepat2 b'tunang da, kalau lambat, alamat gigit jarila tunang die tu, balak melepas kt tangan orang lain.

  • Dulu pemain bola kita sangatla kurang dihargai, contohnya Allahyarham Mokhtar Dahari, Supermokh kita, macam yang kita sedia maklum cukup hebat masa era pertengahan tahun 70an dan awal 80an. walaupun gaji d'orang kecikt tapi diorang b'main dengan cukup semangat. Sekarang.. Pemain kita bagus jugak, cume d'orang agak manja dilimpahi dengan kewahan, gaji beribu2 sebulan, publisiti media, tajaan sana sini, Coach Malaysia pun, K.Rajagopal dapat gelaran 'Datuk' gara2 sumbangan dia membimbing skuad harimau malaya. Tahniah datuk!
p/s : Ape pun beza dulu dan sekarang, rakyat Malaysia harus berbangga kerana skuad harimau malaya kita dibarisi dengan pemain 100% rakyat tempatan, no import2!kalah atau menang sekurang2 kita bermaruah. Sokongan kita sume amat diharapkan untuk mengekalkan prestasi bola sepak kita, Jangan hanya sekadar ikutkan trend semata, jadilah peminat tegar bola sepak yang sebenar!!1 Malaysia,1 Pasukan, kearah merealisasikan misi 1 Kecemerlangan!!

Rabu, 27 Julai 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Tahun 2011 Seluruh Malaysia | deCrewz [dot] com

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Tahun 2011 Seluruh Malaysia deCrewz [dot] com

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Salam..Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan "Selamat datang Ramadhan". Sedar tak sedar bebarapa hari je lagi, Ramadhan akan bertandang lagi. Sebagai umat islam secara dasarnya tuhan maha pencipta mewajibkan kita berpuasa selama sebulan. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan keberatan dan menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda sekiranya kita memenuhkan ia dengan amalan kebaikan. Syaitan akan diikat, pintu neraka akan ditutup manakala pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya. Tapi jaminan pada kita ke?walaupun syaitan laknatullah tu diikat,adakah puasa kita akan sempurna?Apa pengisian puasa tu sebenarnya? macam mana cara berpuasa?

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. 

Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia.
  • Berpuasa pada perut ialah tidak makan
  • berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat
  • Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah
  • Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah
Puasa Ramadhan juga menjanjikan perubahan bagi mereka2 yang selama ini lalai dengan urusan dunia, termasuk aku. Seperti kita yang sibuk mencari rezeki nie, bulan puasa ini adalah peluang keemasan untuk korang menaikkan sikit skala pahala yang amat kurang kita isi pada lain2 bulan. Antara aktiviti yang boleh diisi pada bulan Ramadhan ini :

  • Mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham.
  • Membaca al-Quran ialah membaca perintah dan hukum Allah.
  • Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan mengimami solat tarawih itu.
  • Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat.
  • Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan.
  • Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan keluarga.
  • Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.
p/s : Kalau ditakdirkan ramadhan ini merupakan ramadhan yang terakhir untuk kita, adakah kita akan mensia2kan kedatangannya? bolehkah kita merayu dihidupkan semula semata2 untuk mengimarahkan ramadhan yg akan dtang walhal nyawa kita telah ditarik sebelum sempat tiba Ramadhan?Renung2kan..
 
 

Rabu, 20 Julai 2011

Maruah Kita Lebur di "Wall FB"



Salam..Maaf atas ketidakkesempatan menulis ats sebab2 kesibukkan dunia..=)
ok,hari nie mai kita dok ckap pasal 'facebook'(FB)..atau bila kita traslatekn maknanya jadi muka buku. Sapa antara korang yang tak ada akaun facebook?mesti ada kan..sebab separuh daripada 27 juta rakyat Malaysia kita wajib join sekaki dalam laman sosial nie tak kirala budak sekolah ke,remaja ke,dewasa dan korang jangan terkejut kalau warga emas yang sebelum nie xambik port langsung pasal benda alah komputer nie ada akaun FB!masing2..tak ingat..tu la penangan mat salleh yang mencipta benda alah nie mark Zuckerberg!.

Memang tak dinafikan sejak kewujudan FB nie kita boleh kenal ramai orang,kawan2 masa kat sekolah dulu kala pun kita boleh jumpa balik!seronok btul rasanya. Tu tak masuk lagi untuk orang yg b'niaga, dengan adanya FB,secara tak langsung dapat mengembangkan bisneess d'orang,nak promote barang2,expose je barang2..letak no. telefon,confirm!kalau kena dengan kehendak pasaran memang korang boleh jadi usahawan online. abis bab bagusnya FB, tapi adatlah, kalau dasar manusia yang menciptya sesuatu mesti penciptaan tersebut ada kekurangannya.

Seperti yang kita sedia maklum, laman FB adalah hak mutlak individu tersebut, tetapi ramai antara kita pengguna termasuk saya sendiri terlalu leka sehingga benda2 yang kita anggap 'private' kita canang di FB. Tanpa kita sedari, dinding FB kita adalah 'baju/pakaian' untuk kita. Jadi terpulanglah kepada kita untuk mengenakan pakaian yang macam mana rupa untuk wall FB kita. Macam mana cara kita untuk jaga dinding facebook kita nie antaranya :-

  • Bagi yang sudah berkahwin, kurang2lah meluahkan permasalahan rumah tangga anda untuk tatapan umum di wall fb anda. Statement ayat "aduhai laki aku nie,makin hari makin gemuk aku tengok","bini aku nie xde keje lain ape,membebel je tiap2 hari","ish,susah btul dapat laki yang gaji kecik nie,apa pun xboleh".Dengan keluarnya ayat2 kat atas tu, secara tak langsung korang membuka aib kisah rumah tangga  korang untuk tontotan umum,dalam hal nie di manakah letaknya maruah isteri atau suami?tak ubah macam perbicaraan dalam mahkamah tanpa hakim tapi dipenuhi saksi yang tak di undang.
  • Bagi yang bujang pulak, lebih2 lagi untuk mereka yang tengah hangat bercinta, tak payah la sangat korang nak menunjuk 'kisah cinta' korang untuk bacaan umum.Tak salah nak bagi tahu kita sedang bercinta, memang berbunga2 hati nie bila kita dpat bagi tahu semua orang yang kita sygkan dia tapi kena ingat beb, jangan sampai orang kt sekeliling korang naik meluat nak baca wall korang tu.

  • Cuba elakkan menulis ayat2/peristiwa yang menjadikn korang macam badut kat wall fb sendiri. contohnya, ermmm,"sakitnya kaki aku lepas naik tangga tadi","nasi lemak pagi tadi sdap betul","pagi tadi aku mandi 3 gayung air je".

  • Elakkan mengutuk/memburuk2kan orang di FB. Seeloknya berbincanglah dengan orang yang kita tak puas hati tu, yang mana salah kita betulkan, kalau korang dok canang kat FB je,xde effect pun,tak ubah macam tikus membaiki labu,sebelah pihak dok kutuk sebelah pihak lagi pun sama mengutuk, orang sekeliling dok mngadap drama korang. Dengan tu terserlahlah perangai buruk korang tu.

p/s : Dinding FB boleh diibaratkan macam dinding rumah kita, kalau dok expose/tayang citer bukan2 tak ubah macam mengorek lubang untuk bagi orang sekeliling korang intai korang. Berpada2lah mengguakan FB, jangan jadikan MARUAH KORANG LEBUR DI WALL FB..Sekian..=)

Jumaat, 15 Julai 2011

Nisfu Sya'aban??

Kalau calebrate birthday,mesti ada kek. Kalau ade kek mesti ade lilin. Kek dah tersedia depan mata,lilin d'nyalakan, sebelum meniup lilin konon2nya kita akan pasang angan2/wish..doa dalam hati,sebagai simbolik sebelum api lilin dipadamkan. Mintak2 dgn pertambahan umur baru akan menjadikan kita org baru dgan umur yg baru. Malam nisfu Sya'aban juga ade simboliknya, Apa rahsia dia rahsia pada  
15 Syaaban/nisfu sya'aban??
Perlu apakah kita sebagai hambaNya untuk menyambut kedatangannya??


  • Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini: 1)Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah. 2)Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya. 1) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah. 2) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah. 3)Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
  • Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban). Bermakna pada hari Ahad ini.
    Israk Mikraj dah lepas iaitu di bulan Rejab, akan datang pada malam esok adalah merupakan Malam Nisfu Syaaban. Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah.Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Sya'aban iaitu siangnya 14 haribulan Sya'aban. Bermakna tahun ini jatuh pada malam esok iaitu siangnya 14 Syaaban, dan menjelang malamnya masuk waktu Maghrib adalah 15 Sya'aban.
      p/s : Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib). So,apa kata tahun nie kita berazam untuk mencantikkan lagi buku amalan kita bersama?Permulaan yang baik,insyALLAH menjanjikan pengakhiran yg juga baik. Aminnn..n_n

    La Tahzan..(Jangan Bersedih)

    La tahzan (jangan bersedih)..semua manusia berasa akan kesedihan ketika mana dia masih bernafas di muka bumi Allah ini. Kita bukan makhluk dari Planet Zuragon yang mane cume ade 2 perasaan, tetapi kita mempunyai bermacam2 jenis perasaan dimana setiap mana perasan ini akan datang silih berganti menerjah dalam benak fikiran kita sekaligus mempengaruhi emosi dan tingkah laku kita setiap hari. Ingatlah kesedihan itu merupakan salah satu bentuk dugaan atau cabaran yang mendatang dimana ianya bertujuan menguji kekuatan iman kita sebagai makhluk Allah yg kamil. Sekiranya kita bersedih ingatlah :

    1. Tiada kesedihan yg berkekalan selama-lamanya, carilah jalan penyelesaian yg terbaik
    2. Ubati kesedihan dgn mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan Berkuasa.
    3. Pandanglah dari sudut positif dimana setiap kesedihan itu merupakan permulaan kepada munculnya kegembiraan.
    4. Bersyukurlah kita kerana masih mengalami rasa sedih kerana ianya menunjukkan kita masih mempunyai perasaan sebagai manusia.
    5. Kesedihan akan membawa kita kepada penyesalan. Penyesalan akan membawa kita kepada perubahan kepada kebaikan. InsyAllah.
    p/s : Kesedihan adalah lumrah kejadian kepada penciptaan manusia. Allah menciptakan perasaan yang pelbagai untuk kita rasai. Kesedihan muncul disebabkan hati kita t'carik/luka oleh perbuatan yang datang silih berganti. Ingatlah Dia yang satu.Kembalilah kepadaNya. Dia yg mencipta Dia juga yg boleh mengubatinya. La Tahzan...n_n