La tahzan (jangan bersedih)..semua manusia berasa akan kesedihan ketika mana dia masih bernafas di muka bumi Allah ini. Kita bukan makhluk dari Planet Zuragon yang mane cume ade 2 perasaan, tetapi kita mempunyai bermacam2 jenis perasaan dimana setiap mana perasan ini akan datang silih berganti menerjah dalam benak fikiran kita sekaligus mempengaruhi emosi dan tingkah laku kita setiap hari. Ingatlah kesedihan itu merupakan salah satu bentuk dugaan atau cabaran yang mendatang dimana ianya bertujuan menguji kekuatan iman kita sebagai makhluk Allah yg kamil. Sekiranya kita bersedih ingatlah :
- Tiada kesedihan yg berkekalan selama-lamanya, carilah jalan penyelesaian yg terbaik
- Ubati kesedihan dgn mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan Berkuasa.
- Pandanglah dari sudut positif dimana setiap kesedihan itu merupakan permulaan kepada munculnya kegembiraan.
- Bersyukurlah kita kerana masih mengalami rasa sedih kerana ianya menunjukkan kita masih mempunyai perasaan sebagai manusia.
- Kesedihan akan membawa kita kepada penyesalan. Penyesalan akan membawa kita kepada perubahan kepada kebaikan. InsyAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan