Jumaat, 29 Julai 2011

Anda Peminat Bola Sepak..Trend atau Tegar??




Assalamualaikum..since siri kelayakan piala dunia 2014 nie, hmpir 24 juta rakyat Malaysia dok heboh cakap pasal bola..bola..bola..bola..kalau kita tengok sekarang pun, team negara kita mmg banyak dah improve!kurang sikit da main macam budak2 tadika, kalau tak,dlu tengok bola buat dosa kering jelah,dok ngutuk orang tak abis2.Up sikit dari kaki bangku main. Semalam perlawanan Malaysia vs Singapore. bukan main lagi, fenomena harimau Malaya melanda kalah aura tsumawi masa die masuk AF dlu. Tapi fenomena camnie jadi sbb mmg korang gilerkan bola atau trend semata-mata?Beza tau Dulu dengan Sekarang..

  • Dulu..naik mengantuk org jual tiket nak tunggu korang beli tiket, kaunter kosong!dok promote tiket free pun orang xmau datang. Stadium kosong!Sekarang..tiket dijual macam goreng pisang panas, sanggup beratur panjang lebar, berhari-hari semata-mata nak dapatkan tiket, panas, b'hujan!tak kisahla harga berapa, bagi yg ulat tiket,time niela boleh buat duit,beli tiket rm30 jual rm50, rm100!kayo den..kayo!

  • Dulu..Jersey Malaysia?ade ke..colour ape erk?kalau ada pun malu nak pkai.Baik pakai jersey EPL!bangga!Sekarang,cantiknya jersey Malaysia nie, nak jgak beli, tak dpat beli kat Al-Ikhsan kat psar malam rm10 sehelai pun jadilah. Janji ada!

  • Dulu tak de point pun nak cakap pasal bola, baik cakap benda yg lagi faedah. Citer bola pun bola omputihla. Sekarang..tgok jelah kat FB sume dok tulis pasal bola, baik llaki atau perempuan!g la kat mana2 wall, confirm!

  • Dulu pemain bola tersangat kurangla publisitinya, Mananya kenal, kenal pun yang hensem2 je kot.hehehe..Sekarang, pada llaki2 kat luar sana kalau korang nk rmai pminat pandailah2 main bola, confirm, berderet2 peminat, kalau tak,tak kanlah aidil ngan zakuan dapat kahwin dengan artis. Khairul Fahmi pun cepat2 b'tunang da, kalau lambat, alamat gigit jarila tunang die tu, balak melepas kt tangan orang lain.

  • Dulu pemain bola kita sangatla kurang dihargai, contohnya Allahyarham Mokhtar Dahari, Supermokh kita, macam yang kita sedia maklum cukup hebat masa era pertengahan tahun 70an dan awal 80an. walaupun gaji d'orang kecikt tapi diorang b'main dengan cukup semangat. Sekarang.. Pemain kita bagus jugak, cume d'orang agak manja dilimpahi dengan kewahan, gaji beribu2 sebulan, publisiti media, tajaan sana sini, Coach Malaysia pun, K.Rajagopal dapat gelaran 'Datuk' gara2 sumbangan dia membimbing skuad harimau malaya. Tahniah datuk!
p/s : Ape pun beza dulu dan sekarang, rakyat Malaysia harus berbangga kerana skuad harimau malaya kita dibarisi dengan pemain 100% rakyat tempatan, no import2!kalah atau menang sekurang2 kita bermaruah. Sokongan kita sume amat diharapkan untuk mengekalkan prestasi bola sepak kita, Jangan hanya sekadar ikutkan trend semata, jadilah peminat tegar bola sepak yang sebenar!!1 Malaysia,1 Pasukan, kearah merealisasikan misi 1 Kecemerlangan!!

Rabu, 27 Julai 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Tahun 2011 Seluruh Malaysia | deCrewz [dot] com

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Tahun 2011 Seluruh Malaysia deCrewz [dot] com

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Salam..Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan "Selamat datang Ramadhan". Sedar tak sedar bebarapa hari je lagi, Ramadhan akan bertandang lagi. Sebagai umat islam secara dasarnya tuhan maha pencipta mewajibkan kita berpuasa selama sebulan. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan keberatan dan menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda sekiranya kita memenuhkan ia dengan amalan kebaikan. Syaitan akan diikat, pintu neraka akan ditutup manakala pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya. Tapi jaminan pada kita ke?walaupun syaitan laknatullah tu diikat,adakah puasa kita akan sempurna?Apa pengisian puasa tu sebenarnya? macam mana cara berpuasa?

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. 

Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia.
  • Berpuasa pada perut ialah tidak makan
  • berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat
  • Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah
  • Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah
Puasa Ramadhan juga menjanjikan perubahan bagi mereka2 yang selama ini lalai dengan urusan dunia, termasuk aku. Seperti kita yang sibuk mencari rezeki nie, bulan puasa ini adalah peluang keemasan untuk korang menaikkan sikit skala pahala yang amat kurang kita isi pada lain2 bulan. Antara aktiviti yang boleh diisi pada bulan Ramadhan ini :

  • Mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham.
  • Membaca al-Quran ialah membaca perintah dan hukum Allah.
  • Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan mengimami solat tarawih itu.
  • Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat.
  • Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan.
  • Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan keluarga.
  • Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.
p/s : Kalau ditakdirkan ramadhan ini merupakan ramadhan yang terakhir untuk kita, adakah kita akan mensia2kan kedatangannya? bolehkah kita merayu dihidupkan semula semata2 untuk mengimarahkan ramadhan yg akan dtang walhal nyawa kita telah ditarik sebelum sempat tiba Ramadhan?Renung2kan..
 
 

Rabu, 20 Julai 2011

Maruah Kita Lebur di "Wall FB"



Salam..Maaf atas ketidakkesempatan menulis ats sebab2 kesibukkan dunia..=)
ok,hari nie mai kita dok ckap pasal 'facebook'(FB)..atau bila kita traslatekn maknanya jadi muka buku. Sapa antara korang yang tak ada akaun facebook?mesti ada kan..sebab separuh daripada 27 juta rakyat Malaysia kita wajib join sekaki dalam laman sosial nie tak kirala budak sekolah ke,remaja ke,dewasa dan korang jangan terkejut kalau warga emas yang sebelum nie xambik port langsung pasal benda alah komputer nie ada akaun FB!masing2..tak ingat..tu la penangan mat salleh yang mencipta benda alah nie mark Zuckerberg!.

Memang tak dinafikan sejak kewujudan FB nie kita boleh kenal ramai orang,kawan2 masa kat sekolah dulu kala pun kita boleh jumpa balik!seronok btul rasanya. Tu tak masuk lagi untuk orang yg b'niaga, dengan adanya FB,secara tak langsung dapat mengembangkan bisneess d'orang,nak promote barang2,expose je barang2..letak no. telefon,confirm!kalau kena dengan kehendak pasaran memang korang boleh jadi usahawan online. abis bab bagusnya FB, tapi adatlah, kalau dasar manusia yang menciptya sesuatu mesti penciptaan tersebut ada kekurangannya.

Seperti yang kita sedia maklum, laman FB adalah hak mutlak individu tersebut, tetapi ramai antara kita pengguna termasuk saya sendiri terlalu leka sehingga benda2 yang kita anggap 'private' kita canang di FB. Tanpa kita sedari, dinding FB kita adalah 'baju/pakaian' untuk kita. Jadi terpulanglah kepada kita untuk mengenakan pakaian yang macam mana rupa untuk wall FB kita. Macam mana cara kita untuk jaga dinding facebook kita nie antaranya :-

  • Bagi yang sudah berkahwin, kurang2lah meluahkan permasalahan rumah tangga anda untuk tatapan umum di wall fb anda. Statement ayat "aduhai laki aku nie,makin hari makin gemuk aku tengok","bini aku nie xde keje lain ape,membebel je tiap2 hari","ish,susah btul dapat laki yang gaji kecik nie,apa pun xboleh".Dengan keluarnya ayat2 kat atas tu, secara tak langsung korang membuka aib kisah rumah tangga  korang untuk tontotan umum,dalam hal nie di manakah letaknya maruah isteri atau suami?tak ubah macam perbicaraan dalam mahkamah tanpa hakim tapi dipenuhi saksi yang tak di undang.
  • Bagi yang bujang pulak, lebih2 lagi untuk mereka yang tengah hangat bercinta, tak payah la sangat korang nak menunjuk 'kisah cinta' korang untuk bacaan umum.Tak salah nak bagi tahu kita sedang bercinta, memang berbunga2 hati nie bila kita dpat bagi tahu semua orang yang kita sygkan dia tapi kena ingat beb, jangan sampai orang kt sekeliling korang naik meluat nak baca wall korang tu.

  • Cuba elakkan menulis ayat2/peristiwa yang menjadikn korang macam badut kat wall fb sendiri. contohnya, ermmm,"sakitnya kaki aku lepas naik tangga tadi","nasi lemak pagi tadi sdap betul","pagi tadi aku mandi 3 gayung air je".

  • Elakkan mengutuk/memburuk2kan orang di FB. Seeloknya berbincanglah dengan orang yang kita tak puas hati tu, yang mana salah kita betulkan, kalau korang dok canang kat FB je,xde effect pun,tak ubah macam tikus membaiki labu,sebelah pihak dok kutuk sebelah pihak lagi pun sama mengutuk, orang sekeliling dok mngadap drama korang. Dengan tu terserlahlah perangai buruk korang tu.

p/s : Dinding FB boleh diibaratkan macam dinding rumah kita, kalau dok expose/tayang citer bukan2 tak ubah macam mengorek lubang untuk bagi orang sekeliling korang intai korang. Berpada2lah mengguakan FB, jangan jadikan MARUAH KORANG LEBUR DI WALL FB..Sekian..=)

Jumaat, 15 Julai 2011

Nisfu Sya'aban??

Kalau calebrate birthday,mesti ada kek. Kalau ade kek mesti ade lilin. Kek dah tersedia depan mata,lilin d'nyalakan, sebelum meniup lilin konon2nya kita akan pasang angan2/wish..doa dalam hati,sebagai simbolik sebelum api lilin dipadamkan. Mintak2 dgn pertambahan umur baru akan menjadikan kita org baru dgan umur yg baru. Malam nisfu Sya'aban juga ade simboliknya, Apa rahsia dia rahsia pada  
15 Syaaban/nisfu sya'aban??
Perlu apakah kita sebagai hambaNya untuk menyambut kedatangannya??


  • Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini: 1)Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah. 2)Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya. 1) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah. 2) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah. 3)Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
  • Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban). Bermakna pada hari Ahad ini.
    Israk Mikraj dah lepas iaitu di bulan Rejab, akan datang pada malam esok adalah merupakan Malam Nisfu Syaaban. Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah.Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Sya'aban iaitu siangnya 14 haribulan Sya'aban. Bermakna tahun ini jatuh pada malam esok iaitu siangnya 14 Syaaban, dan menjelang malamnya masuk waktu Maghrib adalah 15 Sya'aban.
      p/s : Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib). So,apa kata tahun nie kita berazam untuk mencantikkan lagi buku amalan kita bersama?Permulaan yang baik,insyALLAH menjanjikan pengakhiran yg juga baik. Aminnn..n_n

    La Tahzan..(Jangan Bersedih)

    La tahzan (jangan bersedih)..semua manusia berasa akan kesedihan ketika mana dia masih bernafas di muka bumi Allah ini. Kita bukan makhluk dari Planet Zuragon yang mane cume ade 2 perasaan, tetapi kita mempunyai bermacam2 jenis perasaan dimana setiap mana perasan ini akan datang silih berganti menerjah dalam benak fikiran kita sekaligus mempengaruhi emosi dan tingkah laku kita setiap hari. Ingatlah kesedihan itu merupakan salah satu bentuk dugaan atau cabaran yang mendatang dimana ianya bertujuan menguji kekuatan iman kita sebagai makhluk Allah yg kamil. Sekiranya kita bersedih ingatlah :

    1. Tiada kesedihan yg berkekalan selama-lamanya, carilah jalan penyelesaian yg terbaik
    2. Ubati kesedihan dgn mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan Berkuasa.
    3. Pandanglah dari sudut positif dimana setiap kesedihan itu merupakan permulaan kepada munculnya kegembiraan.
    4. Bersyukurlah kita kerana masih mengalami rasa sedih kerana ianya menunjukkan kita masih mempunyai perasaan sebagai manusia.
    5. Kesedihan akan membawa kita kepada penyesalan. Penyesalan akan membawa kita kepada perubahan kepada kebaikan. InsyAllah.
    p/s : Kesedihan adalah lumrah kejadian kepada penciptaan manusia. Allah menciptakan perasaan yang pelbagai untuk kita rasai. Kesedihan muncul disebabkan hati kita t'carik/luka oleh perbuatan yang datang silih berganti. Ingatlah Dia yang satu.Kembalilah kepadaNya. Dia yg mencipta Dia juga yg boleh mengubatinya. La Tahzan...n_n

    Isnin, 11 Julai 2011

    BERSIH 2.0..Ape Rasionalnya?

                    Assalamualaikum..salam pembuka bicara untuk rakan pembaca semua. Cerita hot sehari dua nie tak lain dan tak bukan berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akhirnya jadi kenyataan walaupun mendapat tentangan polis dan tidak diperkenankan yang Dipertuan Agung. Aku sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan d'org nie yang terpekik terlolong mengadakan demostrasi menuntut keadilan, bukan hanya disebabkan aku nie pro-kerajaan tetapi aku rasakan demostrasi nie mmg xde untungnye kepada kita semua.

                     Pertama sekali aku nk say congrate untuk Datuk S. Ambiga kerana dengan tercetusnya idea dan ideologi beliau akhirnya menjadi kenyataan apabila ribuan pengikut setia parti pembangkang berbaris di jalan2 raya sekitar ibu kota mengenakan pakaian berwarna kuning!congrate sekali lagi untuk Datuk S.Ambiga! Rmai pemuda pemudi kita terutamnya melayu cepat sangat melatah bila disentuh hal keadilan.Mereka tetap mengatakan kerajaan yang memerintah sekarang tidak adil dan menindas mereka walhal sebelum nie mereka tidak ambik peduli langsung berkaitan politik. Baca surat khabar pun tidak apa lagi nak mentalaah buku2 berkaitan sejarah dan maksud politik itu yang sebenarnya. Silap2 mereka2 nie belum lagi mendaftar sebagai pemilih(SPR yg xalert atau mereka yg terlampau bz untk mendaftar?) Mereka golongan yang hanya menjerit dan terpekik terlolong seolah2 d'keldaikan disebabkan 'kebodohan' mereka yang tidak menahu langsung hal berkaitan politik! Yang mereka tahu pemerintah sekarang adalah zalim dan sebagai rakyat mereka rasakan cukup tersiksa. Apa yang tertindas/tersiksa aku sendiri tak paham. Berusahalah sedaya upaya kita, itu lebih baik daripada menuding jari kepada pemerintah dan kerajaan semata2 disebabkan kehidupan sendiri yang merempat dan susah di tanah air sendiri. Kalau perlu, buka mata dengan kesenangan yag berjaya diperolehi pendatang asing yang menggelarkan negara kita 'syurga emas'!Kenapa mereka boleh senang sedangkan kita susah?

                     Belajarlah untuk memuhasabah diri sendiri. Bukan mudah tugas sebagai pemerintah, alah memimpin keluarga yang tak besar mana pun kita dah kalut inikan pula 1 negara. Sebagai rakyat, patuhlah kepada pemimpin selama mana ideologi pemerintahanya berlandaskan agama kita yg satu. Di Malaysia kita, aku merasakan nagara kita cukup aman dan makmur walaupun turut dihuni oelh pelbagai kaum. Kita bebas kemana-mana tempat tanpa ada sekelumit pun rasa takut. Jangan terang2ngan mengatakan kerajaan kita penuh dengan permasalahan sedangkan diri kita sebenarnya yang bermasalah dan membawa masalah kepada negara. Melihat peserta demostrasi semalam aku dapat rumuskan mereka2 nie dapat dikategorikan kepada beberapa golongan :-

    1. Golongan pelajar2 IPT. Menerima pinjaman PTPTN drpada kerajaan(tu baru pinjam,bayarnya entah bila) Masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar telah dicampur adukkan dengan aktiviti politik. politik ke yg akan menjamin mereka memperolehi keputusan cemerlang?Sedangkn aktiviti di kolej pun liat mereka2 nie nak join. Disebabkan desakan kawan2 n semangat memberontak tak kena gaya. Hasilnya?
    2. Golongan alim,pegangan agama yg kuat. Mereka merasakan kerajaan sekarang terlalu bebas dan tidak menzahirkan kepimpinan berlandaskan islam. Sebab itulah mereka terpanggil untuk menuntut keadilan supaya negara mereka dipimpin oleh pemimpin yang kuat pegangan agamanya. Pandanglah diri kita cukupkah kita sekadar berserban dan berlitung litupdan melabelkan diri kita pro islamik?akhlak kita cukup sempurnakah? diri kita bukan bersifat maksum dan dilahirkan sempuna 10/10.
    3. Mereka2 yg gagal hidup senang kat negara sendiri. Mereka2 nie terdiri daripada mereka yg hidup merempat di negara sendiri. Marah dengan kenaikan barang dan keperluan (d'org jarang ambik tahu berkaitan ekonomi negara/dunia agaknya. Hidup zaman milenium skrg tak sama macam tahun 70-an dlu). Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi,kais ptg mkan ptg. Bukan sebab mereka2 nie bodoh sebab ada segelintir mereka pemegang ijazah tetapi mentaliti mereka yang lebih rendah dripada warga asing.Perkataan susah lgi mudah diucapkan daripada berusaha.Bukan setakat golongan penggangur,ada dikalangan mereka juga terdiri daripada golongan profesional seperti pendidik,peguam,doktor,pensyarah dan lain2.Jika penggangur memang termaktub susahnya, manakala golongan profesional kalau susah mungkin disebabkan cara kehidupan mereka yg 'susah' walaupun makan gaji beribu2 setiap bulan,dalam erti kata lain tidak bersyukur.
    4. Golongan kanak-kanak. Golongan ini adalah paksa rela,mungkin disebabkan dipaksa oleh penjaga mereka. Golongan ini paling kasian, sudahlah mereka bawah umur, dibawa pula berdemostrasi sana cnie. Apa faedahnya pun aku sendiri tak pasti.
    5. Penyokong gerakan Patriot. Golongan ini bertindak 'liar' disebabkan kedudukan mereka terancam oleh pekikan dan laungan parti pembangkang. Niat mereka untuk membetulkan kembali pahaman mereka tanpa mereka sedari tindakan mereka berdemostrasi juga adalah salah. Sekiranya mereka bertembung dengan gerakan pembangkang di pertengahan jalan? 
    p/s : Jadilah rakyat Malaysia yg bijak. Gunakanlah akal sihat kita untuk menilai mana yg baik dan mana yg buruk. Renung kembali tindakan yg kita lakukan, jangan hanya menurut kemarahan hati yg membuak2 tu. Orang yg b'ilmu tidak cepat melatah, Gunakanlah sedikit ilmu dan sedikit lapisan kesabaran dalam diri kita untuk membuat sesuatu tindakan yg tidak merugikan mana2 pihak.


                               

    Khamis, 7 Julai 2011

    Hidangan Serangga?

    Asaalamualaikum..selamat untuk semua pembaca. Tengah hari macam nie waktu untuk berehat. Ramai antara kawan2 opis aku ambik peluang nie untuk tido. Port baik d'org cnfirm2lah surau. Melelapkan mata walaupun masa yang diperuntukkan hanya 1 jam. Ok la..disebabkan aku tak boleh tido, aku buat satu citer nie,tajuk die berkisar pasal SERANGGA. Selame nie makanan harian kita same je..kalau korang nak kelainan, korang boleh cube menu kat bawah nie..Pilih jangan tak pilih ye..


                                                          
                                                                                Nasi Goreng Ulat Special


    Tauhu Segar


    Chipsmore Extra Coklat


    Gonggok Supreme Pizza


                                                                       Kebab Pita 3 Rasa


                                                                                Sate Lipan


                                                                   Shushi Aneka Pilihan


    Hah! sekarang korang dah tahu apa nak makan?hahaha..Mintak maafla ye kalau tekak korang rase loya lepas tengok image2 kat atas nie. Semua yang diatas sekadar untuk hiburan semata-mata. Sekian....

    Rabu, 6 Julai 2011

    Angkara RM1

           

                Cukup je bulan,apa yang aku nantikan adalah gaji! Dengan duit gaji yang aku perolehi aku dapat membeli segala keperluan yang aku perlukan.Bayar segala hutang piutang aku.Selebihnya akan aku simpan (tu pun kalau berlebih).Selain daripada membeli tu ini,duit gaji aku juga aku peruntukkan untuk makan!makan merupakan satu aktiviti utama yang aku lakukan.Selagi boleh merasa,boleh katekan aku nak makan semua makanan. Semestinya yang halal.

              Nak jadikan cerita,pada suatu hari nie,kawan2 aku ajak aku makan di sebuah kedai makan tak jauh daripada area umah aku.Kedai makan biasa2 je.Tujuan utama kami adalah berborak2,bertanyakan citer terbaru masing2 disamping menikmati hidangan makanan yang ramai dok canang sedap tu. Aku biarkan kosong perutku sebelum mlangkah ke kedai makan tersebut dengan harapan sampai je aku di kedai makan tersebut, aku akan order bermacam2 makan yang sedap2 dan makan sepuas2nya. Itulah yang aku buat sesampainya aku di kedai tersebut.

              Setelah sampai di kedai makan tersebut, aku memilih tempat yang agak selesa iaitu di bahagian luar, dengan harapan dapat merasai angin luar dan pertemuan kami akan nampak lebih santai. Tak lame selepas aku sampai,rakan2ku yang lain turut tiba dengan muka yang tersengeh2 macam kerang busuk. Pelayan kedai pun datang membawa keratan menu makanan. Aku dan kawan2ku memesan makanan masing2.Aku pun sakan jugak memesan.Sambil menunggu,kami berbual2 mengenai aktiviti dan kerja yang dilakukan sekarang. Tergelak2 kami mendengar cerita masing,memang kelakar dan tak kering gusi dibuatnya. Kira2 10 minit kemudian pelayan kedai membawa sedulang minuman,dan tak lame selepas itu makanan yang dipesan pula menyusul. Kami menikmati makanan dengan penuh berselera sekali. Dalam pada itu, kami tetap meneruskan cerita kami tadi.

             Sedang kami rancak berborak,datang pengemis kanak2 yang menghulurkan tabung derma. Aku tak berapa pasti rumah anak yatim mana yang diwakili kanak2 tersebut sebab keadaan tabung besi itu sendiri memang agak daif cukup sekadar sekeping kertas hitam putih membaluti tin derma tersebut. Kanak2 tersebut menghulurkan tabung derma kepadaku. Aku lantas meraba kocek seluar jeans ku untuk menyeluk not2 kecik yang selalu aku biarkan untuk memudahkan pertukaran wang untuk membeli barang2 kecil. Jangkaan ku tepat,haa..ada pun duit RM1. Sedang aku menyua tanganku kearah kanak2 tersebut. kawanku menepis tanganku sambil berkata."ko tak payahlah bagi budak comot nie duit,entah betul entah rumah anak yatim tu wujud,dah2.ko simpan jelah duit ko tu.membazir je bagi budak nie,orang atas die yang kenyang". Melihat ensiden tadi,mungkin budak tu dah dapat baca yang aku maksudkan dengan menarik balik not RM1 yang aku nak bagi pada die bermaksud aku membatalkan niatku untuk memberi sedekah kepadanya. Lepas kanak2 tu berlalu,aku meneruskan santapanku.Dalam benak aku dok pk betul ke apa yang aku buat nie?tak kejam ke aku. Kenapa aku tak hulur je duit tadi?Arghhh."kalau aku bagi akt die pun entah betul entah tidak untuk tujuan derma",pujuk hati kecilku.Tetapi hakikatnya hati aku masih berbelah bahagi dengan tindakanku sebentar tadi.

                  Setelah selesai,kami pun bersurai dengan meninggalkan meja yang penuh dengan sisa2 makanan yang kami lahapkan tadi. Sedang aku menuju ke kereta,aku terpandang kanak2 yang meminta derma tadi.Dia betul2 duduk di kaki lima kedai makan tersebut sambil memegang tabung derma. Aku lihat riak keletihan yang terpancar dimukanya. Aku tidak menunggu lama,aku menyeluk kembali poket seluarku dan mengeluarkan not RM1 lalu ke berikan kepadanya. Kanak2 tersebut menyambutnya dengan penuh senyuman yang mana aku rasakan betul2 ikhlas daripadanya. Selepas itu,aku melangkah kaki ke kereta. Dalam perjalan pulang aku berfikir.biarlah aku bagi budak tu RM1.kalau bukan atau ye sekalipun duit tu untuk rumah anak yatim,aku ikhlas. Aku tak sanggup digelar bakhil dek kerana RM1 tadi. Janji hati aku puas. Niat aku baik,siapa tahu kelak kerana pahala RM1 tu la aku gagal melangkah kaki ke syurga. Sebagai manusia kita dok sakan menjaga hubungan dengan tuhan hingga kadang terlupa hubungan sesama manusia juga perlu di jaga. Sekian...

    p/s : Jangan plak lepas korang bace post aku,korang rase nak menderma kat semua peminta sedekah,alamat bankrap korang nanti...Mendermalah pada tempat yang sebetulnya dan saluran yang sewajarnya.

    Kisah Seekor Gorila Dengan 2 Orang Pemburu

    Dakkolin dan Dakkosi bekerja sebagai renjer hutan untuk sebuah badan perlindungan haiwan NGO. Sebagai tugasan,kali nie mereka diminta untuk menangkap seekor gorila yang amat ganas, dipahamkan gorila tersebut telah terlepas daripada sebuah pusat perlindungan haiwan yang berdekatan. Dakkolin dan Dakkosi telah membuat persiapan yang rapi untuk menangkap gorila tersebut. Ganajaran yang besar akan diperolehi oleh mereka sekiranya mereka berjaya menangkap gorila tersebut,Hidup ataupun Mati!!

    Pada hari yang dijanjikan,pergilah mereka masuk ke dalam hutan rimba yang sangat tebal, misi mereka cuma satu,Gorila itu harus dihapuskan!!!

    Dakkolin : Dakkosi,ko rase kita dapat tangkap x gorila tu?
    Dakkosi  : Kita cubalah,ala..bukan susah sangat..kita tembak je,ko nampak x senapang gajah aku nie?
                    Jangan kata gorila,macam2 binatang dah aku tembak tau!
    Dakkolin  : Ko jangan cakap besar kolin,kita sendiri pun xtahu gorila tu besar mana,dibuatnya besar            
                     umah,camne?
    Dakkosi   : Ko boleh x jangan cuak sangat,aku tahula.Lagipun kita kan berdua.Ko tolonglah aku nnt.

    Sambil berborak,mereka xsedar mereka makin menghampiri gorila tersebut.Dari jauh lagi mereka berdua dapat mendengar gorila tersebut berdengkur tido.dan...

    Dakkosi : kolin,ko nampak ape aku nampak
    Dakkolin : Aku nampakla pandai.Sedapnye ko tdo erk gorila!siap ko!
    Dakkosi  : Ape siapnya?
    Dakkolin : Tadi ko jugak yang beria cakap nak tembak gorila tu guna senapang gajah ko tu,dah tu?aku nak 
                     ajar lgi ke?
    Dakkosi  : Sabarla..jap ye..(Dakkosi pun menghalakan muncung senapang ke arah sasaran,tetapi seekor 
                     semut telah menggigit kakinya,menyebabkan sasaran yang dituju menghala ke tempat
                     lain,akibatnya....)

    Dammmmmmm!!!!dahla xkena,bunyi tersebut telah mengejutkan gorila tersebut daripada tido yang lena. Apa lagi mengamuklah sang gorila tersebut.

    Gorila :Owwokhhh..ade kate korang berdua nak bunuh aku ye?(gorila educated,leh ckap,anggapla ye)
    Mati kutu dakkolin dan Dakkosi dibuatnya.Yang lebih malang lagi gorila terbut merampas senapang gajah yang dibawa Dakkosi lalu mematahkannya.
    Dakkolin : Dakkosi,pa kita nak buat nie.
    Dakkosi  : Aku xtahulah,abis patah senapang aku haa..dan nie senapang,lepas nie giliran kita plak.Aku rase selamatlah kita kena makan dengan gorila nie kolin.
    Tidakkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!dalam pada tu,si Dakkolin nie sempat lagi mengeluarkan parang yang dibawa dan melontarnya ke arah gorila tersebut.
    Dakkolin : Ambik ko!Dakkosi,ko pun balingla parang yang ada kat ko.
    Dakkosi : Yelah2,ambik ko!!!!

    Alangkah terkejutnya Dakkolin ngan Dakkosi bila gorila tersebut dapat menangkap parang yang dibaling mereka. Gorila tersebut menepuk2 dada tanda suka!!!hahahaha...
    Tiba2 gorila tersebut mati.hah???Dakkolin dan Dakkosi terlompat2 gembira..yehhhahhhh!!!kenapa gorila tu boleh mati kalau korang pandai?
    Gorila tadikan tepuk2 dada dia sebab berjaya tangkap 2 bilah parang yang Dakkolin ngan Dakkosi lemparkan tu kan.Konon banggalah!Suke sgt2..tapi..Tebiat die sendiri dah membunuh dirinya.

    p/s : Janganlah kita meninggi diri atas semua kelebihan yang kita ada, tanpa kita sedari benda yang kecil dan remeh dah cukup boleh menjatuhkan kita.Kesimpulannya,kita xkuat mane pun..Sekiannnnnn...n_n

    Kenapa Aku Masih Solo?

    Assalamualaikum..selamat pagi buat sume pembaca sekalian. Moga2 hri rabu nie jadi lebih baik daripada semalam.Sementara bos xsampai lagi nie bolehlah tulis sikit2. Ok la..Kenapa aku masih solo?jawapan die jodoh xsampai lagi, duit xcukupla, nanti2lah pk. Ada apa dengan jodoh?

              Jodoh ibarat jambatan. Bagi mereka yang lambat menemukan jodoh,mungkin jambatan mereka panjang,jauh untuk diharungi.Jambatan pendek pula perumpamaan bagi mereka yang menemukan jodoh dalam jangka waktu yang singkat.Jadi jodoh kita mungkin ibarat jambatan Pulau Pinang?Landon Bridge?ke jambatan bosi batu kikir?.Apa sekalipun jodoh tu perlu dicari dan diraih.
              Berbalik pada tajuk kita kenapa aku masih solo?Persoalan yang bermain2 dalam benak fikiran mereka2 yang belum menemukan sesorang yang akan didampingi sebagai teman hidup. Bagi mereka yang dah berkahwin plak,kadang2 hati kecil d'org dok cakap,ingat senang dah kahwin,rupe2nye banyak benda yang kena pk.kalau berdua,kalau dah ada anak esok lusa. Belanja confirm2 melambung kalau nak compare masa bujang dulu.Gadoh xmasuk  lagi,kadang2 ada je benda yang didebatkan.xpuas hati itu,xpuah hati ini.arrrgghhhhhhhh!!!Sebagai manusia kita selalu mengharapkan yang terbaik dlam hubungan kita. Sebagai contoh penunggang motosikal selalu berfikiran,"bilalah aku dapat merasa pakai kereta nie?naik hitam kulit aku kena panas matahri nie,tu xmasuk lagi basah kuyup kena hujan.Bagi yang lelaki plak,awek manelah yang berkenan kalau ako dok kehulur hilir usung motor cabuk nie.ermmm. Dalam masa yang sama,lain plak dialog pada mereka2 yang berkereta cakapkan. Hai,kenapalah memanjang jem nie?kalau aku naik motor senang je,xdelah sangkut dalam jem macam nie. Bukan setakat jem,maintanance kereta lagi, minyak kereta xpyah nak cakaplah,tiap2 tahun,naik,naik dan naik. Masing2 mengimpikan alangkah baiknya jika menjadi salah satu daripada keadaan yang berlaku.
              Jodoh membawa seseorang menemukan pasangan yang akan bersamanya mengharungi susah atau pun senang kehidupan nie. Sesuatu perkahwinan akan menjadilan lubuk meraih pahala yang tidak putus2 sekiranya memenuhi semua tuntutan yang diwajibkan dalam perkahwinan islam.Tanggungjawab,kasih sayang, semestinya sedikit ilmu dan iman ibarat tiang seri dalam sesuatu binaan,kalau salah satunya goyah,maka binaan tersebut tidak kukuh,tidak mustahil bila2 masa sahaja ianya akan runtuh!
              Kesimpulannya, janganlah berasa rendah diri sekiranya diri kita belum berpunya. Ambil masa yang ada untuk bersedia dan memperbaiki diri. Labuhkanlah doa dan pengharapan anda padaNya.Sesungguhnya Dia lebih mengerti akan segala2nya,tersirat mahupun yang tersurat. Kepada yang akan melangkah ke alam berumah tangga, bersedialah anda sebelum melompat,sekurang2nya sekiranya kira terjatuh akan ada akar untuk kita berpaut.Sekiranya ada yang bertanya,kenapa masih solo, jawablah dengan penuh berhemah, insyAllah,pasangan/pelengkapku sedang menanti kehadiran ku,kalau bukan di dunia aku bertemunya mungkin di akhirat kelak aku akan bersamanya.

    * Jadikanlah jambatan yang akan kita harungi akan membawa kita ke syurga yang hakiki, sama sekali bukan neraka yang kita inginkan. Sekian..