Pertama sekali aku nk say congrate untuk Datuk S. Ambiga kerana dengan tercetusnya idea dan ideologi beliau akhirnya menjadi kenyataan apabila ribuan pengikut setia parti pembangkang berbaris di jalan2 raya sekitar ibu kota mengenakan pakaian berwarna kuning!congrate sekali lagi untuk Datuk S.Ambiga! Rmai pemuda pemudi kita terutamnya melayu cepat sangat melatah bila disentuh hal keadilan.Mereka tetap mengatakan kerajaan yang memerintah sekarang tidak adil dan menindas mereka walhal sebelum nie mereka tidak ambik peduli langsung berkaitan politik. Baca surat khabar pun tidak apa lagi nak mentalaah buku2 berkaitan sejarah dan maksud politik itu yang sebenarnya. Silap2 mereka2 nie belum lagi mendaftar sebagai pemilih(SPR yg xalert atau mereka yg terlampau bz untk mendaftar?) Mereka golongan yang hanya menjerit dan terpekik terlolong seolah2 d'keldaikan disebabkan 'kebodohan' mereka yang tidak menahu langsung hal berkaitan politik! Yang mereka tahu pemerintah sekarang adalah zalim dan sebagai rakyat mereka rasakan cukup tersiksa. Apa yang tertindas/tersiksa aku sendiri tak paham. Berusahalah sedaya upaya kita, itu lebih baik daripada menuding jari kepada pemerintah dan kerajaan semata2 disebabkan kehidupan sendiri yang merempat dan susah di tanah air sendiri. Kalau perlu, buka mata dengan kesenangan yag berjaya diperolehi pendatang asing yang menggelarkan negara kita 'syurga emas'!Kenapa mereka boleh senang sedangkan kita susah?
Belajarlah untuk memuhasabah diri sendiri. Bukan mudah tugas sebagai pemerintah, alah memimpin keluarga yang tak besar mana pun kita dah kalut inikan pula 1 negara. Sebagai rakyat, patuhlah kepada pemimpin selama mana ideologi pemerintahanya berlandaskan agama kita yg satu. Di Malaysia kita, aku merasakan nagara kita cukup aman dan makmur walaupun turut dihuni oelh pelbagai kaum. Kita bebas kemana-mana tempat tanpa ada sekelumit pun rasa takut. Jangan terang2ngan mengatakan kerajaan kita penuh dengan permasalahan sedangkan diri kita sebenarnya yang bermasalah dan membawa masalah kepada negara. Melihat peserta demostrasi semalam aku dapat rumuskan mereka2 nie dapat dikategorikan kepada beberapa golongan :-
- Golongan pelajar2 IPT. Menerima pinjaman PTPTN drpada kerajaan(tu baru pinjam,bayarnya entah bila) Masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar telah dicampur adukkan dengan aktiviti politik. politik ke yg akan menjamin mereka memperolehi keputusan cemerlang?Sedangkn aktiviti di kolej pun liat mereka2 nie nak join. Disebabkan desakan kawan2 n semangat memberontak tak kena gaya. Hasilnya?
- Golongan alim,pegangan agama yg kuat. Mereka merasakan kerajaan sekarang terlalu bebas dan tidak menzahirkan kepimpinan berlandaskan islam. Sebab itulah mereka terpanggil untuk menuntut keadilan supaya negara mereka dipimpin oleh pemimpin yang kuat pegangan agamanya. Pandanglah diri kita cukupkah kita sekadar berserban dan berlitung litupdan melabelkan diri kita pro islamik?akhlak kita cukup sempurnakah? diri kita bukan bersifat maksum dan dilahirkan sempuna 10/10.
- Mereka2 yg gagal hidup senang kat negara sendiri. Mereka2 nie terdiri daripada mereka yg hidup merempat di negara sendiri. Marah dengan kenaikan barang dan keperluan (d'org jarang ambik tahu berkaitan ekonomi negara/dunia agaknya. Hidup zaman milenium skrg tak sama macam tahun 70-an dlu). Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi,kais ptg mkan ptg. Bukan sebab mereka2 nie bodoh sebab ada segelintir mereka pemegang ijazah tetapi mentaliti mereka yang lebih rendah dripada warga asing.Perkataan susah lgi mudah diucapkan daripada berusaha.Bukan setakat golongan penggangur,ada dikalangan mereka juga terdiri daripada golongan profesional seperti pendidik,peguam,doktor,pensyarah dan lain2.Jika penggangur memang termaktub susahnya, manakala golongan profesional kalau susah mungkin disebabkan cara kehidupan mereka yg 'susah' walaupun makan gaji beribu2 setiap bulan,dalam erti kata lain tidak bersyukur.
- Golongan kanak-kanak. Golongan ini adalah paksa rela,mungkin disebabkan dipaksa oleh penjaga mereka. Golongan ini paling kasian, sudahlah mereka bawah umur, dibawa pula berdemostrasi sana cnie. Apa faedahnya pun aku sendiri tak pasti.
- Penyokong gerakan Patriot. Golongan ini bertindak 'liar' disebabkan kedudukan mereka terancam oleh pekikan dan laungan parti pembangkang. Niat mereka untuk membetulkan kembali pahaman mereka tanpa mereka sedari tindakan mereka berdemostrasi juga adalah salah. Sekiranya mereka bertembung dengan gerakan pembangkang di pertengahan jalan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan