Rabu, 6 Julai 2011

Angkara RM1

       

            Cukup je bulan,apa yang aku nantikan adalah gaji! Dengan duit gaji yang aku perolehi aku dapat membeli segala keperluan yang aku perlukan.Bayar segala hutang piutang aku.Selebihnya akan aku simpan (tu pun kalau berlebih).Selain daripada membeli tu ini,duit gaji aku juga aku peruntukkan untuk makan!makan merupakan satu aktiviti utama yang aku lakukan.Selagi boleh merasa,boleh katekan aku nak makan semua makanan. Semestinya yang halal.

          Nak jadikan cerita,pada suatu hari nie,kawan2 aku ajak aku makan di sebuah kedai makan tak jauh daripada area umah aku.Kedai makan biasa2 je.Tujuan utama kami adalah berborak2,bertanyakan citer terbaru masing2 disamping menikmati hidangan makanan yang ramai dok canang sedap tu. Aku biarkan kosong perutku sebelum mlangkah ke kedai makan tersebut dengan harapan sampai je aku di kedai makan tersebut, aku akan order bermacam2 makan yang sedap2 dan makan sepuas2nya. Itulah yang aku buat sesampainya aku di kedai tersebut.

          Setelah sampai di kedai makan tersebut, aku memilih tempat yang agak selesa iaitu di bahagian luar, dengan harapan dapat merasai angin luar dan pertemuan kami akan nampak lebih santai. Tak lame selepas aku sampai,rakan2ku yang lain turut tiba dengan muka yang tersengeh2 macam kerang busuk. Pelayan kedai pun datang membawa keratan menu makanan. Aku dan kawan2ku memesan makanan masing2.Aku pun sakan jugak memesan.Sambil menunggu,kami berbual2 mengenai aktiviti dan kerja yang dilakukan sekarang. Tergelak2 kami mendengar cerita masing,memang kelakar dan tak kering gusi dibuatnya. Kira2 10 minit kemudian pelayan kedai membawa sedulang minuman,dan tak lame selepas itu makanan yang dipesan pula menyusul. Kami menikmati makanan dengan penuh berselera sekali. Dalam pada itu, kami tetap meneruskan cerita kami tadi.

         Sedang kami rancak berborak,datang pengemis kanak2 yang menghulurkan tabung derma. Aku tak berapa pasti rumah anak yatim mana yang diwakili kanak2 tersebut sebab keadaan tabung besi itu sendiri memang agak daif cukup sekadar sekeping kertas hitam putih membaluti tin derma tersebut. Kanak2 tersebut menghulurkan tabung derma kepadaku. Aku lantas meraba kocek seluar jeans ku untuk menyeluk not2 kecik yang selalu aku biarkan untuk memudahkan pertukaran wang untuk membeli barang2 kecil. Jangkaan ku tepat,haa..ada pun duit RM1. Sedang aku menyua tanganku kearah kanak2 tersebut. kawanku menepis tanganku sambil berkata."ko tak payahlah bagi budak comot nie duit,entah betul entah rumah anak yatim tu wujud,dah2.ko simpan jelah duit ko tu.membazir je bagi budak nie,orang atas die yang kenyang". Melihat ensiden tadi,mungkin budak tu dah dapat baca yang aku maksudkan dengan menarik balik not RM1 yang aku nak bagi pada die bermaksud aku membatalkan niatku untuk memberi sedekah kepadanya. Lepas kanak2 tu berlalu,aku meneruskan santapanku.Dalam benak aku dok pk betul ke apa yang aku buat nie?tak kejam ke aku. Kenapa aku tak hulur je duit tadi?Arghhh."kalau aku bagi akt die pun entah betul entah tidak untuk tujuan derma",pujuk hati kecilku.Tetapi hakikatnya hati aku masih berbelah bahagi dengan tindakanku sebentar tadi.

              Setelah selesai,kami pun bersurai dengan meninggalkan meja yang penuh dengan sisa2 makanan yang kami lahapkan tadi. Sedang aku menuju ke kereta,aku terpandang kanak2 yang meminta derma tadi.Dia betul2 duduk di kaki lima kedai makan tersebut sambil memegang tabung derma. Aku lihat riak keletihan yang terpancar dimukanya. Aku tidak menunggu lama,aku menyeluk kembali poket seluarku dan mengeluarkan not RM1 lalu ke berikan kepadanya. Kanak2 tersebut menyambutnya dengan penuh senyuman yang mana aku rasakan betul2 ikhlas daripadanya. Selepas itu,aku melangkah kaki ke kereta. Dalam perjalan pulang aku berfikir.biarlah aku bagi budak tu RM1.kalau bukan atau ye sekalipun duit tu untuk rumah anak yatim,aku ikhlas. Aku tak sanggup digelar bakhil dek kerana RM1 tadi. Janji hati aku puas. Niat aku baik,siapa tahu kelak kerana pahala RM1 tu la aku gagal melangkah kaki ke syurga. Sebagai manusia kita dok sakan menjaga hubungan dengan tuhan hingga kadang terlupa hubungan sesama manusia juga perlu di jaga. Sekian...

p/s : Jangan plak lepas korang bace post aku,korang rase nak menderma kat semua peminta sedekah,alamat bankrap korang nanti...Mendermalah pada tempat yang sebetulnya dan saluran yang sewajarnya.

2 ulasan:

  1. hurm....memang betui2 akk pun slu cmtoo..tp yg penting kiter ikhlas..kalo diaorg nk tipu...to antara diaorg ngan tuhan...

    BalasPadam
  2. klu kita jumpa 10 yg meminta nie,kdang2 blum tentu 1 pun betul..yg m'minta tu d'org d'pergunakan sebenarnya..

    BalasPadam