Khamis, 27 Disember 2012

Penunggu 'WANITA' di Blok K8T

Assalamualaikum..

  1. Sekadar berkongsi cerita berkaitan pengalaman kerja yang baru sahaja aku lalui. Petang semalam lebih kurang pukul 4.15 petang, aku menerima aduan daripada ketua pekerja kontrak pencucian bangunan mengatakan ada beberapa pekerja pencucian telah 'diganggu' semasa melakukan tugas pembersihan. Sebelum ini memang ada gangguan tetapi sejak kebelakangan ini makin menjadi-jadi sehinggakan mereka tidak berani menjejakkan kaki ke blok tersebut.
  2. Turun ke kolej(memenuhi tuntutan kerja). Kalau nak ikutkan, aku memang tak berani nak ambil tindakan apa-apa. Tambahan pula, kebanyakkan staf pentadbiran kolej tak ada, diorang pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Selepas melilit tali keselamatan merah belang putih sekeliling blok yang terlibat,aku terus pulang ke rumah.
  3. Keesokan paginya, aku pergi ke kolej, memanggil segala mak cik,pak cik,penyelia kolej yang ada(dah balik bercuti) untuk pergi menemani aku ke lokasi 'kejadian' tersebut.
  4. Sebelum kesana, beberapa keterangan daripada pekerja-pekerja pencucian diambil kira, Kebanyakkan daripada mereka mengakui telah beberapa kali 'diganggu' ketika bekerja. Rupa 'benda' yang dimaksudkan adalah sama, wanita cantik, pinggang ramping macam kerangga, berambut panjang paras pinggang, sering memunculkan diri di blok tersebut.
  5. Berdasarkan cerita yang aku dengar daripada mulut pekerja pencucian terbabit, 'wanita' tersebut sering menggangu mereka menjalankan tugas, bukan sekadar memunculkan diri malahan mengekori mereka sewaktu kerja-kerja pembersihan. Air di tandas juga sering terpasang dengan sendirinya tanpa kelibat sesiapa. (Blok yang dimaksudkan merupakan blok kosong, yang mana sedang menunggu masa untuk dinaiktaraf).
  6. Tindakan yang terbaik, ustaz daripada Darussifaa' telah dipanggil untuk mengusir anasir-anasir jahat yang menggangu pekerja-pekerja pencucian di blok tersebut.
  7. Ustaz memberi tahu, kami tidak perlu takut, makhluk sebegini sememangnya wujud, tetapi agak terbatas kita sebagai manusia untuk melihat kelibat mereka. Kewujudan mereka ada dimana-mana, cuma dalam beberapa kes mereka perlu diusir, lebih-lebih lagi jika mereka telah mengganggu kehidupan manusia.
p/s : Semoga selepas ini, tak ada lagi gangguan yang berlaku, sebenarnya aku bersyukur kepada tuhan kerana tidak dibukakan hijab untuk melihat 'makhluk' tersebut, walhal aku sering kali meronda berseorangan di sekeliling blok setiap hari tanpa ditemani sesiapa.(Lepas ini tak kot).Hehehe...

Ahad, 23 Disember 2012

Menjaga LISAN

Bismillahirrahmanirrahim...segal puji bagi Allah,tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat diatas junjungan besar kita Muhammad S.A.W. Terdetik hati menulis sesuatu pada malam ini. Sekadar pengkongsian semata-mata. Ketahuilah....

  1. Setiap bait kata-kata yang kita ungkapkan adalah mencerminkan diri kita segala zahirnya.
  2. Elakkan terlalu banyak berkata-kata, dikhuatiri setiap sebutan yang keluar adalah fitnah atau mengundang dosa..(laga' semata-mata).
  3. Banyakkan berzikir kepadaNya. Jika tidak mampu cukuplah sekadar menginganti kebesaranNya.
  4. Cakap pada perkara yang perlu sahaja. Terlalu banyak bercakap akan menjadikan hati kita 'keras'.
  5. Jangan menyebarkan perkara yang tidak diketahui hujung pangkal,benar atau salahnya. Cukuplah sekadar mendengar dan berkata didalam hati.
  6. Pancaindera mulut,yakni lidah pada asasnya adalah paling sukar untuk menjaganya,tetapi paling mudah untuk kita peroleh pahala melaluiNya (jika digunakan sebaiknya).
"Sebutir peluru yang keluar dari picu senjata api akan menembusi tubuh seorang mangsanya..Tetapi satu perkataan boleh menembusi berjuta-juta otak pemikiran manusia dalam menyebarkan sesuatu pekara"

Adakah kata-kata yang kita lafazkan,luahkan,kongsikan adalah 'BENAR' atau sekadar mengundang dosa semata-mata. Renungan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar manusia.

Isnin, 19 November 2012

Semoga ALLAH melindungi Palestine!!

Assalamualaikum..hiba sungguh hati tatkala mendengar perkhabaran terkini saudara seagama kita di Gaza yang kini terus menerus ditindas. Kerakusan Israel terus membedil penempatan mereka menjadikan sambutan Sambutan Tahun Baharu Hijrah disambut dengan episod duka dan berdarah!

Umat Islam seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis Israel yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh di Gaza. Angka kematian rakyat Palestin 29, termasuk 16 orang awam. Dimana Barrack Obama yang terpekik tertolong dalam kempen pilihanraya sebelumnya berjanji menjaga keamanan sejagat. Semampukah beliau menentang sekutu terkuat mereka, Israel?.. Dimana IOC, Negar islam yang lainnya?. Ya ALLAH, bantulah saudara kami di Palestin.

Sahabat ...
Duniaku kini tiada ceria
Hilang entah ke mana
Detik-detik yang ku lalui
Penuh duri

Bilakah segalanya akan berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

Mengapa tangisan itu
Masih terdengar lagi
Adakah tiada siapa peduli

Sahabatku ...
Bersabarlah dengan ujian Tuhan
Natijah kealpaan
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

Tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan
Di bumi yang telah gersang
Tumbuh pohon nan subur









p/s : Semoga penindasan mereka mendapat pembelaan sewajarnya. Ya Allah..jika mana kau menjanjikan kehidupan buat mereka di dunia ini, berikanlah mereka kehidupan yang aman dan harmoni. Jika maut yang ditakdirkan buat mereka dalam perjuangan suci yang dilakukan..maka berikanlah ganjaran Jihad Fisabilillah...Aminn Ya Rabb..

Rabu, 14 November 2012

Beza antara Maal Hijrah & Awal Muharam

Dengan menyebut nama tuhan yang maha pengasih lagi maha penyanyang, tuhan yang berkuasa mentadbir sekalian alam, sebagai hambanya aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melalui satu fasa perubahan tahun baru hijrah, 1434H. Salam Maal Hijrah kepada semua umat islam diseluruh dunia. Sewaktu memandu kereta dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, aku mendengar radio suria.fm(jarang2 sangat dengar IKIM,terkejut juga bila radio betunjangkan hiburan mengetengahkan konsep macam tu). Soalan dia apakah perbezaan antara Maal Hijrah dengan Awal Muharam. Sama ke?Ini merupakan pengetahuan yang dapat aku perolehi sepanjang 15 minit perjalanan aku. Jawapan bagi pertanyaan tadi :

  • Awal Muharram juga dikenali sebagai Maal Hijrah. Sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
 
  • Ini bermakna, walaupun ada sebulan lagi nak masuk 2012, tapi sebenarnya bagi tahun Islam, kita dah masuk tahun baru. Cuma masih ramai yang tak sedar lagi, sebab dah terbiasa dengan tahun moden.
 
  • Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan mula diadakan pada 26 Ogos 1987 bersamaan 1 Muharam 1408. Idea tersebut dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Dr. Yusuf Noor kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.(Teringat dahulu masa kecil-kecil,arwah nenek suke tengok,siaran wajib tengok!

p/s : Mula memasang niat/cita-cita baru dengan semangat yang berkobar-  kobar setiap kali masuk tahun baru.Hehehe..
 
 

Isnin, 12 November 2012

Percutian Kami di Pulau Langkawi (1~4 Nov 2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat keatas junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan dengan mengingati baginda, syafaat akan diberikan kepada kita di akhirat kelak.Aminnn...

Fuhhhhhh!!!!huk..huk..(sound effect tersedut habuk), membayangkan begitu lama aku tak menulis sebarang entri kat blog kesayangan aku nie. Kenapa tiba-tiba aku bersemangat nak menulis balik?? salah satu penyebabnya, aku ingin kongsikan dengan korang tentang percutian bersama-sama kawan-kawan opis yg aku kirakan cukup hebat dan amat bermakna buat aku!

Dalam kesibukkan kerja di pejabat yang tak pernah surut, ditambah pula dengan perpindahan aku ke tempat kerja baharu, sedikit pun tak memberi effect terhadap perancangan rapi(sangatla rapinya, heboh je lebih) percutian yang kami rancangkan berbulan-bulan yang lalu. Tujuan utama percutian kami adalah adalah untuk releasekan kepala otak daripada berfikir tentang 'KERJA'. Memandangkan budget kami yang agak ciput, rata-rata antara kami berpendapatan RM2,000.00 ke bawah, tu tidak menjadikan alasan golongan seperti kami tak boleh pergi bercuti(makan angin). Jadi, selepas ditimbang tara berbekalkan budget RM150++, ini merupakan percutian ke Puau Langkawi yang berjaya direalisasikan bermula pada 1hb~4hb November 2012. Terima kasih juga kepada pegawai yang meluluskan cuti!

1hb November 2012 (Khamis)

Keretapi Tanah Melayu Senandung Langkawi merupakan pengangkutan yang akan membawa kami ke Arau,salah satu tempat di Perlis sebelum membawa haluan ke jeti Kuala Perlis. Tiket yang agak suntuk dibeli kurang daripada seminggu sebelum pergi bercuti menjadikan kami hanya mampu mendapatkan tiket kelas ke-2 pada harga RM42.00 sehala. Setiap daripada kami akan menaiki keratapi tersebut di Stesen KL Sentral. Macam mana diorang sampai ke KL Sentral, sememangnya ada cerita disebaliknya yang tak secara keseluruahan aku boleh coretkan disini. Yang penting mereka semua berjaya sampai sebelum tiba waktu keretapi bertolak.

9.20pm - 7.56am merupakan tempoh masa yang termaktub tertulis pada tiket. Tempoh masa tulah yang diambil keretapi kami untuk sampai ke destinasi bakal kami tuju, iaitu Arau. Aku sendiri mencongak-congak berapa jamlah kami akan berada didalam keretapi, 11 jam? sangat lama. Hakikatnya, memang lama!!sakit pinggang oiii...selamatlah kami dalam trip yang ramai, agak terhibur dengan keletah masing-masing yang suka merepek dan meraban. Tu pun lepas tolak waktu berulang alik ke cafe, makan,minum selang beberapa jam, g toilet, buat lawak,berangan-rangan, tidur, masa yang berjalan dalam keretapi tetap lama aku rasakan. Tapi pemandangan menjelang dinihari di kawasan sekitar Perlis sememangnya menarik perhatian aku dan kawan-kawan. Dengan muka tak mandi dan mata yang masih terpisat-pisat, hati kami dijentik dengan pemandangan sawah padi yang menghijau, saujana mata memandang. Cukup indah, SubhanAllah!!

 
 
 
 
 
 
2hb November 2012(Jumaat)

Jam menunjukkan 8.20pagi tak salah aku, sewaktu kami tiba di Stesen Keratapi Arau. Beg digalas untuk pergi mendpatkan pengangkutan seterusnya, teksi! Penuh muatan 2 buah teksi kami naiki. Dengan mata yang masih mengantuk, hati kami masih teruja melihat pemandangan sawah padi di sepanjang perjalanan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit mengambil jarak sejauh 16km. Agak lama aku rasakan, faktor tersebut mungkin disebabkan pak cik teksi yang agak peramah, yang mana sepanjang perjanlanan dia bercerita sehinggakan aku sendiri sudah lupe butir-butir perbualannya.

Setengah jam kemudian, sampailah kami ke Jeti Kuala Perlis. Walaupun bukan waktu cuti sekolah, barisan untuk membeli tiket agak menduga kesabaran. Sangat ramai dan sesak! Feri kami bertolak jam 10.45 pagi. Masa yang ada kami isikan dengan menikmati sarapan pagi di gerai yang terletak bertentangan dengan jeti.

Saat berbaris untuk menaiki feri mungkin merupakan saat mengupas tahap kesabaran korang sebagai manusia. Hati akan menyumpah dengan suasana yang hingar bingar, bertolak-tolak diantara satu sama lain. Hah!!!Kesudahannya feri yang kami tunggu-tunggu tak muncul, feri lain pula yang kami naik. Tak apalah, janji sampai.

45minit masa yang diambil di dalam feri. Masa tersebut kami habiskan dengan menonton cerita hantu kapcai. Aku?lebih baik tidur. Lena sungguh, tak fikir apa dah, penat sangat agaknya. Sedar-sedar je, Kak Sarah(agen pelancongan yang kami tempah dengan En Dollah) menelefon aku, dia memberitahu dia telah menunggu kami di sekian-sekian tempat. Hah!!syukur, sekurang-kurangnya agen yang aku tempah awal-awal bukanlah penipu. Ianya wujud,kalau tak, free je dikapur duit aku dan kawan-kawan yang lain.

Innova baru berwarna silver merupakan kenderaan kami di Langkawi. Bau kedai lagi kot, meter baru 1000 km lbih. Tak da calar apa. Alhamdulillah rezeki naik kereta agak mewah. Destinasi seterusnya ke Pantai Cenang unutk check in di tempat yang dikhaskan untuk penginapan kami. Dalam perjalanan kami singgah mengisi minyak yang sememangnya tangkinya ditinggalkan kosong oleh Kak Sarah. Ambik ko!!Full tank kami isi, semangat nak meronda-ronda semua tempat.



Lebih kurang 30 minit kemudiannya kami sampai di Pantai Cenang yang terletak di Mukim Kedawang, Ulu Melaka. Kami menginap di Motel yang diberi nama Sugary Sands. Keadaan luarnya saling tak tumpah seperti rumah setinggan, tapi bila kami masuk sahaja, Wowww!!!masing-masing teruja melihat pemandangan motel kami yang menghadap lautan yang cukup luas. Puas hati, cukup selesa dengan tempat tinggal yang diberikan walaupun bersebelahan dengan bar(tempat favaorite mat salleh).


Selesai check in, mandi manda segala, kami segera meluru ke kedai makan berhampiran yang terletak lebih kurang 200meter dari motel kami. Order dan makan semahunya. Hahahaha. Perancangan untuk menjalankan aktiviti island hopping terpaksa ditunda memandangkan masa yanag agak suntuk. Langit pun dah mendung. Kalau terkejar-kejar tak best jugak, jadi kami sepakat untuk pergi keesokan harinya sahaja. Aktiviti untuk petangnya digantikan dengan bersiar-siar di sekitar pantai dan pekan Cenang disamping berbaring di dalam bilik untuk meluruskan tulang temulang.





Pada sebelah malam pula, kami isi dengan aktiviti santai. Penat pun tak hilang lagi. Kami perlu mempersiapkan diri untuk aktiviti keesokan harinya.

3hb November 2012 (Sabtu)

Selesai solat subuh, ada diantara kami yang bercadang untuk berjogging di sekitar pantai, last-last habuk pun tak da. Aktiviti kami diisi dengan menghirup bayu laut yang menghembus lembut. Berbaju tidur sedikit pun tidak mengganggu kosentrasi masing-maing untuk menghayati deruan bunyi ombak yang menghempas pantai. Cukup tenang perasaan ketika itu.

Jam 8.30 pagi, kami bersiap-siap untuk pergi ke Island Hooping. Dalam perjalanan kami singgah di suatu kedai makan yang menyajikan menu sarapan pagi. Tapi apa yang menarik perhatian kami semua adalah penggunaan singkatan menu bagi nasi lemak yang dijual. Sebagai contoh "BT" yang membawa maksud bilis telur.


9.15 pagi, kami bergerak ke jeti, dimana kami akan menaiki bot menuju ke pulau dan tempat menarik yang dijanjikan dalam pakej, Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan aktiviti Eagle Feeding. Perasaan masa tu, sangat excited ok!! Bot laju yang kami naiki berkonbgsi bersama 5 orang dalam 1 keluarga yang lain. Walaupun berkongsi bot, kegayatan dan keriuahan gagal juga dibendung. Tekong bot yang menggelarkan diri dia Anak Mat Abu, cukup sporting melayan kerenah kami yang terlalu teruja ketika itu. Kelajuan bot yang agak luar biasa ditambah pula dengan pemandangan pulau-pulau dan air lautan yang hijau kebiru-biruan menjadikan kami bukan kepalang gembiranya.

 
 
Destinasi pertama ialah Tasik Dayang Bunting. Ianya merupakan sebuah pulau yang mana terdapat tasik yang dimajukan utnuk tujuan pelancongan. Pandai diorang nie, letak pula perkhidmatan paddle boat yang mengenakan bayaran tertentu,memang happening tempat nie. Lenguh-lenguh kaki terasa setelah mengayuh mengelilingi tasik selama 30 minit ditambah pula perjalanan ke tasik tersebut sebelumnya yang mengambil masa 15minit menaiki tangga. Sebagi peringatan tambahan, korang tak payahlah bawa beg palastiky ang mengandungi makanan seperti snek, confrm-confirm korang kena serang dengan kera-kera kat situ.


Selesai di Tasik Daya Bunting, kami menuju ke destinasi seterusnya. Sewaktu di dalam bot, tekong bot, Anak Mat Abu menawarkan pakej tambahan yang lain. Dengan mengenakan cas RM15 seorang, kami akan dibawa ke kelong ikan.(tempat penternakan ikan). Dengan persetujuan ramai,kami bersetuju. Sebelum ke sana kami dibawa ke suatu gua kecil yang terdapat di gunung batu kapur berhanpiran dimana aku sendiri lupa namanya. Bot diberhentikan dan kami dapat melihat dengan jelas struktur batu kapur yang terdapat binaan stalatit dan stalakmit(maaf kalau salah eja). Seterusnya kami dibawa ke kelong ikan(Anak Mat Abu punya kawan gak owner dia, tolong memberlah tu). Sangat menakjubkan, di tengah-tengah lautan terdapat sangkar yang menempatkan beberapa spesis ikan. Lihat sahaja gambar yang berjaya kami rakamkan. Daripada sekecil-kecil ikan hingga yang besar saiznya ada disini. (Pujuk hati sebab tak jadi masuk Under Water World).Oh!lupa aku terangkan, ada satu spesis hidupan laut yang ada disini, agak pelik bantuknya. Badannya berlendir dan berwarna hitam. Ianya dipanggil mentimun laut. Ada berani cubalah pegang!Hahaha..

 
  

Baiklah, selesai bermanja-manja dengan ikan di sini kami dibawa ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Beras Basah. Cantik sangat pulau tersebut. Dengan pasir yang memutih, air lautnya pula berwarna biru kehijau-hijauan bagaikan manarik-menarik kami untuk bermandi manda di persisiran pantainya. Cuaca panas terik tidak sama sekali menghalang niat kami untuk berenang-renang di permukaan air. Masa yang diperuntukkan di sini adalah 1 jam. Dengan tidak memakai krim penahan uv, perubahan ketara dapat dilihat sekembalinya dari percutian ini, sun burn!



Aktiviti terakhir Island Hooping kami adalah 'eagle feeding', bahasa melayunya bagi burung helang makan. Nak bagi makan apa?ohhh, rupa-rupanya tekong bot kami telah membawa bekalan lemak ayam dari awalnya. Bot diberhentikan di kawasan habitat burung helang tersebut selalu berterbangan. lemak ayam dicampak, tapi sayang, mungkin helang-helang kat situ dah kenyang. Lemak ayam yang kami lemparkan dipandang sebelah mata, langsung tak dijamah. Mana tak kenyang, mungkin berpuluh-puluh bot datang memberi makan, sampai tak larat helang tu nak makan dah. Tak apelah, helang Malaysia mewah, sama macam kita rakyatnya.


Selesai aktiviti islang hooping,kami naik semula ke darat dengan baju yang masih basah memasuki kereta sewa. Nasiblah ko Innova baru. Perut dah mula berbunyi menadakan lapar. 5 jam di lautan membuatkan kami sangat lapar. Apa ditunggu lagi, gerai mak cik yang berdekatan dengan motel kami, kami serbu. Nasi putih berlauk menjadi santapan hidangan makan tengah hari kami semua. Erkkk..Alhamdulillah.

Selesai makan, kami pulang ke motel untuk membersihkan diri, mengganti persalinan baharu, bersiap-siap untuk pergi ke Gunung Mat Cincang. Tarikan terhebat yang ditawarkan di situ adalah 'cable car'. Tiket yang kami booking awal tidaklah menjadi terlalu awal sehinggakan kami masih perlu menunggu hampir 1 jam untuk naik. Keadaannya sama seperti di jeti, sangat ramai dengan pelancong asing dan pengunjung yang memasang niat seperti kami untuk menaiki 'cable car' tersebut. Disini berlakunya catatan sejarah bagi kami berlapan. Kegembiraan pada mulanya tercipta bertukar tragedi yang di dalam dilupakan, mungkin sepanjang hayat kami. Daripada berlapan, kami diasingkan dalam kumpulan 6orang dan 2orang sebab 1 cable car hanya mampu memuatkan 6orang penumpang sahaja. Cuaca yang pada mulanya agak mendung tetapi belum hujan membuatkan petugas melepaskan kami berlepas. Kenangan dirakamkan dengan menggunakan camera masing-masing sehinggalah kami tiba ti stesen terakhir. Ikut perjanjian asal, kami akan turun di situ, memandangkan hujan sudah mula turun, kami membatalkan niat dan meminta petugas untuk meneruskan perjalanan menuju ke bawah.(pulang) Didalam perjalanan menuruni stesen ke stesen tiba-tiba perkara yang tidak terfikir oleh kami berlaku. Cable car kami terhenti di tengah-tengah laluan anatara stesen. Dengan keadaan cuaca buruk, kilat sabung menyabung, langkah terbaik petugas adalah memberhentikan cable car yang dinaiki oleh kami. Hujan terus turun mencurah-curah. Keadaan di dalam cable car menjadi panas disebabkan semua ruang udara ditutup untuk mengelakkan air hujan masuk. Keadaan kami ketika itu sangat cemas. Masing-masing cuba mententeramkan hati yang mula bergelodak dengan bermacam-macam andaian buruk. Hampir 30 minit atau lebih aku rasakan cable car kami terhenti sebelum ia kembali berjalan. Sesampainya kami di bawah, syukur yang tidak terhingg aku panjatkan kepada yang kuasa kerana melindungi kami daripada perkara-perkara buruk yang mungkin berlaku. Alhamdulillah Ya Allah!! Sepanjang perjalanan pulang kami bercerita perihal perasaan masing-masing berkaitan situasi yang baru kami lalui tadi.



Selepas pulang daripada Gunung Mat Cincang, kami mengambil peluang untuk singgah di Pekan Kuah. Cadangannya untuk membeli coklat. Sementara ada masa nie, baik kami isi sebaiknya, lagipun meter minyak kereta kami masih belum luak. Selesai memborong kami pulang. Sebelum pulang sempat juga kami membeli makanan untuk sebelah malamnya. Hahh,bermacam-macam rintangan yang kami lalui hari ini, semoga esok akan menjadi lebih baik daripada hari yang penuh dugaan ini. Berehatlah kawan-kawan semua.

4hb November 2012 (Ahad)

Pagi yang gelap kini sudah terang..aku adikmu,opss,terlebih pula. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Pulau Langkawi. Selesai mengemas barang-barang, kami menaiki kereta untuk mencari kedai makan. Lapar! jam menunjukkan pukul 10 pagi tetapi sedikit makanan pun belum kami jamah. Pilihan kedai adalah Kedai Makan Hj. Jalani. Nama sahaja ala-ala melayu hakikatnya mungkin dimiliki oleh orang Thailand berdasarkan percakapan petugas kedai makan tersebut. Lukisan dinding pula menggantungkan gambar pemimpin negara seberang. Lagunya pula dalam bahasa Thailand membuatkan kami seperti berada di negara Thailand. Cashiernya pula sangat 'ayu'. Ayu ada makna tuu.

Selesai makan, kami pulang ke Motel untuk check out. Memang terlebih muatan kerana majoriti antara kami membeli beg tambahan. Sumanya gara-gara pembelian barang-barang yang terlalu banyak dan tidak muat dalam beg yang dibawa pada asalnya. Selepas melambai-lambai ke arah motel kami(sedih la tu) kami meneruskan perjalanan ke tempat pembuatan minyak gamat Nusantara. Disini kami masih lagi memborong hasil produk berasaskan gamat. Sesi bergambar tidak dilupakan.



Selesai membeli, kami singgah ke Pekan Kuah semula untuk membeli kiriman barang-barang yang masih belum dibeli. Seterusnya kami meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta sewa yang masih berbaki separuh minyaknya. Hahh! tulah dia, Dataran Helang. Singgah lagi nampaknya. Sebab kalau tak ambil gambar kat replika helang ini tak sah menadakan kita datang ke Pulau Langkawi.  Selesai bergambar kami ke jati untuk menaiki fei unutk pulang. Feri yang ada hanyalah pada jam 5 petang. Maka sekali lagi kami menunggu dengan penuh sabar. Feri tiba dalam keadaan ujan yang sangat lebat. Kami meluru masuk. Harapan kami agar kami tidak terlewat memandangkan tiket keretapi yang telah dibeli awalnya menunjukkan jam 7.06 petang untuk berlepas. Kami bertolak pada jam 5 petang. Perjalanan pula mengambil masa 45 minit. Sesampainya kami di Jeti Kuala Perlis, kami berlari-lari mendapatkan teksi. Pergerakan kami menjadi lambat disebabkan hujan yang turun dengan agak lebat ditambah pula dengan kelewatan menurunkan beg dari feri. Pak cik teksi sedia menunggu kehadiran kami, tidak putus-putus mereka bercakap bertanyakan waktu keretapi kami bertolak. kami sangat suntuk. Jam menunjukkan pukul 6.35petang, perjalanan kami baru sahaja bermula. Masa yang akan diambil ialah 30minit. Tetapi dengan pengalaman yang ada, teksi yang kami naiki meluncur laju membelah keadaan hujan lebat. Dalam hati aku dan kawan-kawan mungkin hanya satu permintaan kami. sempatkanlah kami untuk menaiki keretapi Ya Allah. Alhamdulillah, sekali lagi nasib menyebelahi kami. Keretapi masih belum tiba dan kami masih empat lagi!Lega sangat-sangat.

Bunyi siren keretapi membuatkan kami teruja. Dengan bersemangat kami memenuhkan ruang tempat duduk yang dikhaskan untuk kami. Perjalanan pulang agak singkat ku rasakan, mungkin kerana masing-masing penat dan kami habiskan banyak masa di di dalam keretapi dengan tidur. Terjaga sahaja kami telah pun berada di Stesen KL Sentral. Alhamdulillah!Jam menunjukkan pukul 6.15pagi. Kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar dan solat subuh di surau berhampiran.

Selesai solat kami meneruskan perjalanan pulang dengan menaiki komuter. Penat sungguh dirasakan. Sesampainya sahaja kami dirumah, rasa letih yang melampau-lampau terasa. Aku mungkin agak malang, disebabkan aku staf baru, jadi kau mengambil keputusan untuk tidak mengambil cuti. masih masuk ke pejabat walaupun lawat 2jam!

Sekian sudah perincian percutian yang aku coretakan untuk tatapan pembaca semua. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bersama-sama di waktu sukar dan senang sepanjang di Langkawi. Tidak dinafikan percutian kali ini mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami semua. Semoga ukhwah yang dibina akan kekal untuk selama-lamanya.Aminnnn...

Rabu, 3 Oktober 2012

Sembang Si Badan & Nyawa : Innocence of Muslims

Salam kepada semua pembaca. malam ini aku akan coretkan satu cerita
(Rekaan semata-mata, tidak ada kaitan samasa yang hidup mahupun yang telah mati).
Dalam sebuah kampung tinggal lah dua orang pemuda, bernama Nyawa dan Badan. Mereka merupakan individu yang tidak katinggalan mengikuti berita semasa berkaitan pergolakan dan permaslah yang berlaku kini. Berikut merupakan perbualan mereka berkaitan filem sensasi murahan menghina junjungan mulia kita, Muhamaad s.a.w arahan Sam Bacile..

Pada suatu petang...Di warung kopi, di pinggir sebuah kampung...

Nyawa : Dan, ko baca tak paper?alah yang diorang cakap pasal filem hina nabi kita tu.'Innocence of Muslims"?

Badan : Baca, Aku pun marah jugak. meluap-luap marah aku nie. nak je aku penggal kepala Mat Salleh banggang tu.

Nyawa : Sabar-sabar. Nak buat macam mana, puak yahudi ini memanjang nak buat kita marah. Meluat betul aku dengan cerita merepek dia tu. Ko fikir apa yang patut kita buat dekat Mat Salleh tu?bom?bunuh dia?atau penggal kepala dia hidup-hidup?Aku marah betul kalau orang hina atau perlekehkan nabi kita Dan. Kita tak boleh duduk diam membisu macam ini. Kita perlu bersuara!!

Badan : Kita kan kat Malaysia Nyawa, macam mana kita nak bunuh Mat Salleh jahanam tu? Ko pun, kalau marah sekali pun. Haa..aku ada idea Nyawa..

Nyawa : Apa dia?Cakaplah. Entah-entah idea ko lagi merepek daripada aku.

Badan : Apa kata kita merusuh. Kumpulkan orang kampung protes filem ini. kita ajaklah diorang pergi KL, sampai je depan Keduataan AS kita merusuh. Rosakkan apa yang patut. baharu orang pandang kita Nyawa. Dengar ketidakpuasan hati kita. Amacam?

Tiba-tiba Pak Usop, tauke warung tempat mereka minum menyampuk..

Sudah-sudahlah Badan..Nyawa..kamu berdua kalau bab protes,merusuh sana sini memang kamu berdualah juaranya. Cuba kamu bertenang,fikir dahalu setiap tindakan yang kamu perlu ambil. Jangan semborono bertindak macam ini. Nampak cetek benar akal pemikiran kamu berdua. Kamu berdua ini umat islam, sama bangsa dan seagama dengan aku, biar aku perjelaskan perkara ini kepada kamu berdua.

Filem menhina nabi kita "Innosence of Muslims" arahan Sam Bacile tu tak lain tak bukan tujuan penerbitanya adalah untuk tarik perhatian orang ramai. sebelum ini pun tajuk cerita tu Dessert Warrior". Tak ada siapa nak heran atau peduli. Bila tajuk dia ditukar,kandungan dia pula menyentuh sensitiviti umat Islam, mulalah masyarakat dunia bangkit memprotes dan membantah tayanganya. Secara tak langsung mempromosilkan filem bodoh ini. Betul tindakan kamu yang meluat atau membenci pengarah orang puti tu, tapi bukan macam ini caranya. Merusuh dan menyerbu kedutaan mereka bukan jalan penyelesaian. Silap-silap kamu berdua boleh ditangkap dan disumbat dalm penjara.

Lihat, seluruh umat islam bangkit. Keadaan begini yang sepatutnya kita lakukan, bangkit, merapatkan jurang dan menghapuskan perbalahan. Bersatu membantah atau menyatakan ketidakpuashatian terhadap puak Yahudi yang semakin berani menindas kita. Lihat sahaja saudara seagama kita, puak Rohingya yang dihalau dan tidak diberi hak kewarganegaraan, tiada yang berani bersuara. Nasib saudara kita di Libya, Palestine, mana kekuatan suara kita terhadap penindasan mereka. OIC hanya pada nama, katanya persatuan menyatu padukan umat islam, hakikat sebenar? Negara arab yang kaya raya tidak ambil peduli nasib saudara kita yang miskin lagi tertindas. Sibuk bergaya dengan harta hasil bumi yang kaya-raya, membeli kelab bola sepak Inggeris lebih mendatangkan nama dan kepuasan kepada mereka.

Kita di Malaysia ini pula, lihat shaja berpuak-puak. Memburukkan sesama bangsa. Kekuatan kita tidak dipadukan bersama. Lihat sahaja saf ketika solat subuh berjemaah di Masjid kampung kita ini. Kosong! Muka korang berdua memang aku tak pernah nampak. Solat Jumaat pun kadang-kadang aku nampak. Macam mana kita nak kuat sedangkan kita sendiri tidak bersatu. Korang fikir-fikirkanlah apa yang aku cakap ini.

Tersengih-sengih si Badan dan Nyawa mendengan hujah panjang berjela Pak Usop.

p/s : Ambil iktibar atas apa yang berlaku. Kaji semula bagaimana permasalahan tersebut berlakau dan cuba rungkaian setiap halangan yang datang. Insyaallah penyelesaian akan kita temui. Sekian...



Rabu, 26 September 2012

Madrasah Batu 14, Hulu Langat Bertunjangkan Ajaran Sesat??

Salam pembuka bicara kepada semua pembaca blog Lidah Bercabang. Alhamdulillah..aku melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang hidup di muka bumi tuhan yang luas ini.

Cerita yang aku ingin kongsikan bersama-sama pembaca semua adalah berkaitan cerita yang di ceritakan secara tak sengaja oleh adik lelaki aku sekembalinya dia dari solat Jumaat beberapa minggu yang lepas. Baru sekarang aku berkesempatan untuk coretkan. Aku ingin menduga memori ingatan pembaca semua, seluruh negara kita digemparkan ekoran peristiwa tanah runtuh yang meranapkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei 2011. Peristiwa tersebut telah mengorbankan 16 orang, majoritinya kanak-kanak. Mesti ramai dapat mengingati peristiwa tersebut bukan? Sedih sungguh hati kita tatkala melihat mangsa runtuhan rata-rata terdiri daripada kanak-kanak yang berstatus anak yatim piatu. Sejurus berlakunya peritiwa tersebut, pelbagai pihak mula menuding jari sesama mereka. Mereka tertanya-tanya apakah punca sebenar kejadian tanah runtuh tersebut boleh berlaku sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak berdosa ini ditimbus tanah hidup-hidup.

Abaikan permasalah berkaitan struktur tanah, lesen rumah tersebut didirikan atau sebagainya. Apa yang aku ingin sentuh di sini adalah berkaitan cerita adik lelaki aku yang mengatakan madrasah ini diasaskan oleh seorang yang bernama Juruzon yang mengembangkan ajaran Juruzon(ajaran sesat) untuk dipatuhi oleh penganutnya. Tiada sumber sahih yang boleh aku dapati sebab aku sendiri tidak mendengar khutbah jumaat.(Solat Jumaat wajib untuk lelaki sahaja). Akhir sekali sumber sahih yang boleh aku perolehi adalah melalui Lawan Web JAIS dimana mereka menjadikan setiap khutbah jumaat dipaparkan saban minggu. Pembaca boleh melihat dan mencetaknya semula untuk di jadikan panduan atau rujukan. Syabas JAIS atas inisiatif yang dilakukan. Berikut merupakan isi kandungan Khutbah Jumaat  bertarikh 21 September 2012 untuk bacaan kita bersama :


Sidang Jumaat yang di rahmati Allah

Terbongkarnya ajaran ini di Selangor ialah apabila berlakunya suatu peristiwa tanah runtuh yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei  2011 tahun lalu. Setelah disiasat, pihak berkuasa mendapati bahawa pengasas ajaran adalah orang yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan. Beliau telah membina Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2002 sebagai tapak baru.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah

Setelah berlakunya tragedi hitam ke atas madrasah tersebut, didapati madrasah ini menjadi pusat kegiatan ajaran Juruzon dan terdapat banyak penemuan serta bukti penyelewengan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah;
1.   Penerimaan ilmu yang bertentangan dengan hukum syarak, di mana mereka meyakini akan kehadiran "Guru Ghaib" yang turun melalui badan Juruzon. Ia memberi pengajaran dan arahan kepada ahli kumpulan agar patuh dan setia melalui majlis yang dinamakan "Majlis Rabitah".
2.   Juruzon mendakwa mempunyai bacaan al-Qurannya sendiri yang turun daripada Arasy. Bahasa Arasy ini bukanlah bahasa arab seperti bahasa al-Quran, tetapi bahasa Arasy itu sendiri. Beliau juga mendakwa bahasa ini digunakan selepas mati.
3.   Amalan atau pegangan yang bersifat kepada salah laku seks yang melampau, iaitu perbuatan terkutuk ini dilakukan adalah semata-mata untuk melepaskan nafsu syahwatnya.
4.   Ajaran ini juga mengkelaskan "mahram" yang bertentangan dengan syarak, yang mana amalan ini adalah bertujuan menjadikan hubungan di antara ahli-ahli kumpulan seperti adik-beradik yang menghalalkan bersalaman dan bersentuhan tanpa lapik atau bercium pipi di antara lelaki dan perempuan.
5.   Penyalahgunaan konsep zakat iaitu Juruzon mengenakan kutipan zakat kepada ahli-ahli kumpulan di antara 10-25% daripada pendapatan bulanan yang wajib diberikan setiap awal bulan dan akan berganda jika lewat dibayar, wang ini merupakan salah satu cara mengembangkan ajaran ini dengan lebih pesat.
6.   Juruzon mendakwa mendapat perintah daripada "Guru Ghaib" bahawa setiap ahli kumpulan hendaklah membuat pinjaman dan menjadi penjamin kepadanya semata-mata untuk memenuhi kehendak beliau termasuklah bayaran kereta mewah, rumah banglo dan sebagainya.
7.   Juruzon mendakwa beliau mampu untuk berinteraksi dengan roh-roh si mati lebih-lebih lagi ibubapa kepada ahli-ahli kumpulan yang telah meninggal dunia, beliau juga menyatakan bahawa roh-roh mereka ini mewasiatkan supaya anak mereka tetap bersama di dalam jemaah ini kerana jemaah ini adalah jemaah yang benar.
8.   Ajaran ini memutuskan hubungan kekeluargaan untuk melahirkan pengikut taksub, yang mana juruzon menggalakkan ibubapa di kalangan kumpulan ini menyerahkan anak-anak mereka untuk mengikuti kumpulan ini sejak berumur 12 tahun dan ada juga yang menyerahkan sejak berada dalam kandungan ibunya.
9.   Juruzon juga mengugut ibubapa yang keluar daripada kumpulan ini dengan menghasut anak-anak mereka supaya membenci ibubapa. Beliau menghalang dan memisahkan anak-anak daripada berjumpa dengan ibubapa mereka sendiri. Mereka yang keluar daripada kumpulan dianggap pembelot dan pengkhianat agama. Juruzon juga mengancam kepada ahli kumpulan yang hendak keluar denga nacaman yang menakutkan.

p/s : Wallahualam. Marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon kehadratnya agar roh-roh mereka yang telah meninggal dunia dicucuri olehNya. Dan kita yang masih hidup memohon agar sentiasa diberi petunjuk dan hidayah daripadanya. Mintak dijauhkan daripada gangguan syaitan dan anasir luar yang boleh memesongkan akidah. Aminnn Ya Rabb...

Jumaat, 21 September 2012

Kenapa Gantung Patung Bawah Kereta??

Salam kepada semua. Otak ligat berputar ketika mana 2 hari lepas ketika perjalanan pulang ke rumah selepas seharian bekerja di pejabat, mataku meliar memandang kelibat deretan kereta di hadapanku. Bosan sungguh berhenti menunggu lampu merah kembali hijau. Iringan lagu berdendang masuk ke gegendang telinga tidak menghalang penglihatan aku terhadap kereta proton perdana yang berhenti di hadapanku. kereta Perdana yang aku maksudkan bukanlah kereta biasa yang mana aku kirakan pemiliknya adalah seorang yang ranggi dan 'pelik'. Pelik sebab dia menggantungkan patung yang berjuntai-juntai yang hanya beberapa inci sahaja mencecah ke permukaan jalan raya.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku lihat patung yang di gantung sebegitu rupa, tetapi kali ini perasaan aku membuak-buak ingin tahu, Tak kan nak tanya tuan punya kereta kot. Ansuran bulanan diorang yang bayar, so suka hati dioranglah nak letak apa dekat kereta diorang. Tapi apakah motif sebenar disebaliknya??Jommmm baca....

  1. Trend macam ini bermula di Thailand. Tujuan diorang gantung patung yang terdiri daripada pelbagai bentuk ini bertujuan untuk menghalau hantu. Dekat jalan raya kebiasaanya selalu berlaku kemalangan jalan raya. Ramai yang menjadi korban jalan raya dan dipercayai roh-roh mereka tidak aman dan akan mengganggu pengguna jalan raya yang lainnya. Sebagai 'pendinding' mereka menggantungkan tangkal patung tersebut.
  2. Di Malaysia, trend menggantung patung lebih di lihat sebagai suka-suka je. Tetapi ada juga yang melihat, pemilik kenderaan yang berbuat demikian adalah anti perempuan gedik!!Betul ke?apa kata korang pergi siasat sendiri.
  3. Apa sekali pun, terserah pada kehendak masing-masing. Asalkan perbuatan yang kita lakukan tidak bertentangan dengan ajaranNya.
(Gambar hiasan semata-mata, hp aku canggih sangat..tak boleh tangkap gambar)

p/s : Baik gantung Ayat-ayat Al-Quran pada cermin pandang belakang kereta. Letak tempat yang tertinggi, dapat pahala..Insyaallah, jadi senjata paling ampuh untuk melindungi perjalanan kita.

Innocent of Muslims: Filem Hina Nabi!!

Salam Jumaat, penghulu segala hari kepada pembaca blog sekalian. Selepas menyambut Syawal dengan meriah, aku rasakan aliran adrelin aku mengalir laju 'disantakkan' dengan kerja hakiki yang datang tidak putus-putus. Hari-hari yang berlalu aku rasakan terlalu pantas, jam berpusing mengikut putaran waktu, kalender pula berubah berganti bulan. Umur??cepat juga bertambah. Lari pada topik asal. Kesibukkan dunia yang aku lalui setiap hari menjadikan aku agak ketinggalan dalam sesetengah perkara. Tapi dalam sesibuk mana juga aku, aku tetap ikuti perkembangan semasa. Risalah akhbar menjadi bahan kudapan bacaan aku sebelum tidur, maklumlah waktu pagi tak sempat nak baca

Baru-baru ini adalah terlihat di mata dan terngiang-ngiang di telinga aku berkaitan bantahan atau protes besar-besaran berikutan filan yang bertajuk "Innocent of Muslims". Tertarik sungguh aku dengan bantahan agresif yang dilakukan. . Bukan setakat di negara luar. di Malaysia sendiri banatahan/protes dilakukan dengan agresif oleh badan NGO yang peka tentang sensitiviti umat islam yang terang-terangan sudah "dicabul".

Dari kaca mata aku sendiri, dapat aku simpulkan :

  1. Sekali lagi kesabaran umat Islam dicabar dan sekali lagi peribadi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di fitnah, di hina dan di perkotak-katikkan. Filem bodoh hasil karya sutradara dan produksi oleh Israel-Amerika sebuah kelompok pengembang real-estate Sam Bacile, 52.
  2. Walaupun aku sendiri tidak melihat dengan mata,kepala sendiri berikutan (video tersebut telah dilarang tayangannya), dalam sesawang YouTube, gambaran video tersebut menggambarkan Rasul junjungan kita sebagai penipu, mempertontonkan baginda berhubungan seks dan menyerukan pembantaian...nauzubillah!!
  3. Bantahan yang dilakukan melihatkan angka korban semakin bertambah. kedutaan AS di negara-negara islam menjadi sasaran dan tempat melampiaskan amarah terhadapa filem tersebut.
  4. Bukan Islam lah kita jika kita tidak melatah dengan pencabulan sensitiviti junjungan besar kita. Sebagai umat islam yakni umat nabi akhir zaman, Muhammad s.a.w kita sentiasa disunatkan dan memperbayakkan selawat ke atas baginda bagi memperoleh safaat di akhirat kelak. Masakan kita perlu berdiam diri jika Muhammad yang kita sayangi digambarkan sebegitu rupa.
  5. Barikut merupakan gambaran protes di atas pencabulan tersebut :



    Bangga aku menjadi umat Islam. Dikala mana junjungan besar kita diperkotak-katikkan, mereka bangkit menuntut agar provokasi murahan yang dilakukan dihentikan segera. Tetapi jika difikirkan kembali mengapa kafir laknat ini sangat berani, mungkin ini adalah jawapanya!!
    
     
     
    p/s : Rapatkan saf, sepakatkan permuafakatan kita, baru orang-orang kafir gerun dan tidak berani menyelar kita sesuka hati mereka.

Ahad, 2 September 2012

Jentera 'Bela Negara' Terus Mara ke Hadapan

Assalamualaikum..Tanggal 15 Syawal 1433H bersamaan 2hb September 2012(Ahad) bertempat di Empress Hotel, Bandar Baru Salak Tinggi, ,esyuarat Agung Tahun 2012 berjaya menghimpunkan jentera Pumuda dan Puteri UMNO bahagian Sepang. Ini mesyuarat perwakilan yang pertama aku hadiri, bermacam-macam telahan yang bermain dalam benak kepala, berkaitan apakah inti pati sebenar yang akan diperjelaskan dalam perhimpunan tersebut dan apakah tujuan utama ianya diadakan. Kesimpulan yang dapat aku terangkan adalah seperti berikut :
(sebelum baca artikel ini,anda hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas dan waras dalam membuat penilaian)

  1. Disebalik keselesaan barisan pembangkang yang kita sedia maklum menakluki kerusi pemerintahan di Selangor, dapat aku rasakan semangat meluap-luap ingin merampas kembali kerusi yang telah lebur pada PRU-12 yang lepas.(dewan gamat dibanjiri barisan jentera muda mudi yang bersemangat menjunjung pemerintahan induk).
  2. Nyanyian lagu Negaraku bergema disambung dengan nyanyian lagu patriotik parti dan Malaysia!!Sangat bersemangat pemuda pemudi mendendangkan lagu tersebut, yang mana aku kirakan bukan semangat yang di buat-buat, tetapi hakikat sebenar yang jelas tertananam dalam diri mereka.
  3. Semangat Melayu jelas menebal dimana tatkala amanat dibacakan, bulu roma aku mungkin yang lain-lain juga akan meremang. Perjuagan selepas kemerdekaan adalah lebih mencabar, lagi mencabar untuk memepertahankannya daripada memperolehinya.
  4. Pemerhati pakatan harus datang untuk melihat kembali kemaraan barisan anak muda yang berganding bahu mendokong perjungan yang YB Dato' Seri Najib. Fitnah dan tuduhan liar bukan mainan kami.
  5. Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan mungkin dapat menangkis tuduhan liar yang dibuat oleh pakatan pembangkang. Datang dan lihatlah barisan 'Bela Negara' bersatu. bukan ritorik politik tetapi perjuangan sebenar Melayu!!
  6. Mereka yang datang tidak dibayar jauh sekali disogok menggunakan wang atau seumpamanya. Tanyalah kepada perwakilan yang hadir. Tak lain dan tak bukan hanyalah untuk memberi SOKONGAN!!!
p/s : Ayuh!rapatkan saf dan berfikir sejenak pemerintahan manakah yang mampu menerajui kempimpinan negara. Sudah-sudahlah menyokong permainan politik pembangkang yang tak sudah-sudah membuat propaganda dan mencanag keburukan. Kerjasama 'bangsat' yang dibuat dengan DAP terang-terangan merugikan kita sebagai orang Melayu. Tahun 2020 mungkin kita sudah menjadi rakyat negara maju, jika mana pemerintahan kerajaan sedia ada ini berterusan, jika tidak...????Jangan memperjudiakan masa depan anak cucu kita yang belum tentu terbela dengan pemerintahan Pakatan Pembangkang yang jelas keislamanya tetapi merapu melalui tindakannya dan perjuangannya.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Kasihan..Minda Mereka Belum 'MERDEKA'..

Salam merdeka yang ke-55.Sologan 'janji ditepati' diangkat sebagai tema kemerdekaan.(tak ada kaitan dengan politik ye.) Alhamdulillah, sebagai warganegara Malaysia, aku sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia, negara yang aman dan cukup bertuah. Perasaan patriotik yang tersirat dalam hati aku mungkin tidaklah sehebat seorang atlit yang berjaya merangkul pingat dalam sukan olimpik ataupun anggota uniform yang menjaga keamanan negara. Tetapi semangat tersebut cukup memadai daripada aku berkelakuan seperti gambar di bawah :



Bagi pendapat aku, mereka(dalam gambar di atas)....

  1. Tidak memahami pengertian 'patriotik' atau mana makna mudahnya kecintaan kepada negara.
  2. Celaru dengan identiti jalur gemilang. Sanggup mengibarkan bendera yang bukan termaktub sebagai bendera negara Malaysia. 55 tahun dah abang oiii..tak akan confious lagi rekabantuk bendera Malaysia).
  3. Minda mereka belum merdeka dan masih dijajah dengan anasir-anasir luar yang sentiasa cuba menjatuhkan kita.
  4. Meraikan sambutan kemerdekaan dengan menganjurkan perarakan yang tidak bermanafaat malahan mencemarkan sambutan kemerdekaan itu sendiri.
  5. Tidak bersyukur dengan keamanan dan kemudahan yang dinikmati selama ini. Memprotes,memboikot dan bertindak liar bukanlah jalan penyelesaian semata-mata inginkan perubahan kepada yang lebih baik. Bukan mudah berada pada tahap yang kita kecapi kini, Hargailah!!
p/s : Berbanggalah menjadi anak merdeka, keperitan yang ditanggung oleh nenek moyang kita dahulu untuk membebaskan negara kita daripada penjajah tidak sekelumit pun kita rasa, tugas kita hanya untuk mengekalkannya. Bertindaklah dengan lebih matang dan jadilah salah seorang warga negara yang mempunyai pemikiran bebas 'MERDEKA".

Selasa, 7 Ogos 2012

Mendaftar sebagai Pejuang Islam??

Salam Ramadhan yang telah memasuki hari yang ke-18.Alhamdulillah..Bersyukur atas rahmatMu memberi aku satu lagi peluang mejalankan ibadah sebagai hambaMu. Dalam keghairahan kita mengejar rahmat di dalam bulan Ramadhan nie, aku ingin mnyentuh satu fenomena yang melanda masyarakat kita kini. Fenomena ini aku namakan sebagai ustaz & ustazah ekspress!!

Dahulu, kita dilambakkan dengan program realiti di kaca-kaca televisyen. Masing-masing melatah membangkitkan isu penyiaran stesen tv swasta berlumba-lumba menyajikan rancangan realiti berkonsepkan 100% hiburan untuk menaikkan rating penonton. Kini lain pula apabila menghampiri musim PRU-13.

Undi adalah rahsia sekaligus bermaksud setiap warganegara berhak menyatakan dan membuat pilihan terhadap parti kempimpinan yang bakal dipilih untuk menerajui tampuk pemerintahan negara. Ralat bagi aku bila golongan berstatus 'public figure' teruatamanya artis menyatakan secara terang-terangan berkenaan pahaman politik mereka. Hakikatnya aku adalah pro pemerintahan sedia ada tetapi pendapat yang aku ingin luahkan bukan untuk menjatuhkan reputasi mana-mana pihak. Sebagai contoh, pelakon favaorite aku masa kecik-kecik dulu, terkenal dengan lakonan yang berkesan kat hati kau dalam drama gerak khas, Abby Abadi. Kenapa aku katakan kurang bersetuju dengan perubahan dan peralihan pahaman politik beliau???

  1. Perubahan beliau seperti diperalatkan untuk kepentingan parti. Syukur atas peruabahan yang dilakukan tetapi janganlah mengaitkan penghijrahan dengan tahap keislaman sesuatu parti.
  2. Baru setahun jagung dan dengan hanya berhijab terus lantang bercakap sola halal haram.
  3. Syukur apabila namanya akan tersenarai sebagai pejuang islam semata-mata mendaftar keahlian sebagai ahli PAS.
  4. Menjelajah ke merata tempat untuk menyampaikan ceramah. Ceramah apa yang ingin disampaikan jika baru bertudung seminggu, dua??kurang ke ustazah yang sedia ada?
  5. Bangga melakukan perubahan dan menyatakan keberuntungan mendapat hidayah daripaNya. Betul,hanya hamba-hambaNya yang bertuah sahaja mendapat hidayah tetapi lebih baik jika tidak mengembar-gemburkan. Takut riak yang menjelma.
p/s : Bagi aku, jika mana kita ingin bercakap semestinya harus mempunyai ILMU, lagi-lagi jika memperkatakan berkenaan isu agama. Sangat sentitif. Bercakap taapa ilmu ibarat meluahkan sesuatu tanpa autoriti atau lesen!

Khamis, 26 Julai 2012

Orang Besar2 Nie Kiut Ape..

Assalamualaikum..Salam Ramadhan yang kini memasuki hari ke-4. Alhamdulillah, masih diberi peluang dan kesempatan untuk menunaikan rukun islam ke-3. Mengisi masa sebelum tidur, aku membelek-belek note book adik aku. Alangkah terkejutnya aku tengok paparan destop yang mempunyai lambakan filem melayu yang entah dari mana datangnya. Budak-budak zaman sekarangkan, makin cerdik bab teknologi, dalam kesibukkan dia nak mengadap peperiksaan percubaan PMR yang tak sampai 2 minggu lagi,sempat juga dia mendownload cerita-cerita nie, tak pun, mungkin dia dapat daripada kawa-kawan di sekolah. patutlah gaji aku bulan lepas dia pau aku pendrive. Ermmmm...bertuah..

Bayak-banyak fiem aku tertarik dengan filem yang tajuknya "Hoore..Hoore"..Pelik tajuk dia kan. Sebenarnya pengarah filem nie yang menarik aku menonton karya dia, siapa lagi kalau bukan Saw Teong Hin. Tak tahu kenapa aku suka sangat tengok mamat cina nie mengarah cerita melayu. Pernah dengar "Apa Kata Hati"? "Puteri Gunung Ledang"? Tu semua hasil karya pengarah berbangsa cina nie. Apa yang aku peroleh dengan menonton filem yang ditayangkan bulan Mei tahun nie yang hebat diperkatakan mengenai kutipannya yang gagal mencapai kutipan box-office!

  • Filem muzikal yang mengetengahkan lagu-lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
  • Sangat bersih dan tidak ada langsung unsur-unsur melampaui batas.(Sebab tu orang kurang tengok kot)
  • Pengarah berbangsa cina tetapi plot cerita kuat bertunjangkan syariat islam. Impian remaja perempuan bertudung yang gempal masih mampu kelihatan cantik dan menyerlah walaupun "terikat" dengan batasan agama. Caranya dengan mengikuti satu program pencarian "Ratu Idola".
  • Ikatan kekeluargaan yang sangat memberi impak kepada aku, dimana keluarga adalah segala-galanya bagi kita dalam apa juga keadaan.
  • "Kawan yang sejati tidak akan berubah walaupun keadaan berubah". Ambil iktibar berkaitan ayat di atas.
  • Yang paling penting, filem nie mampu memberi suntikan motivasi kepada mereka yang berbadan gempal. Keluar daripada kepompong, percaya dengan diri sendiri. Kecantikan yang sejati lahir daripada hati yang bersih.
p/s : Lihat jari jemari tangan anda, tidak sama bukan!Jadilah diri sendiri. Kelainan yang wujud antara kita semualah yang akan membezakan kita dengan yang lainnya. Perbezaan bukan alasan untuk mendikriminasikan nasib kita sendiri. Yakin dengan kelebihan diri yang kita ada. "ORANG BESAR-BESAR NIE KIUT APE!!!"

Ahad, 22 Julai 2012

Tiada Panggilan Lebih Penting Daripada Seruan Illahi

Salam Ramadhan diucapakan kepada kawan-kawan sekalian. Jari-jemari aku masih terus menari-nari di atas keyboard untuk menulis sesuatu pada hari ini. Ramadhan 1433H yang melabuhkan tirai disambut penuh kesyukuran oleh semua hambaNya. Hari ini sudah masuk hari yang ke-2, Alhamdulillah.

Aktiviti puasa aku berjalan seperti biasa, tidak ada yang berlainan daripada mereka-mereka yang turut mengerjakan rukun islam ke-3 ini. Siangnya menahan lapar dan dahaga. Pada sebelah malam pula, peluang diambil utnuk menunaikan ibadah solat terawih yang mana hanya akan dilakukan ketika bulan puasa sahaja. 10 minit sebelum masuknya waktu isyak' aku bersiap-siap dan bergegas ke masjid. Tiba sahaja di masjid, agak penuh(fenomena awal Ramadhan), aku mengambil keputusan untuk memilih port yang agak belakang sedikit. Niat dalam hati nak buat 8 rakaat je.

Saf dirapatkan, maka sebagai makmum aku tekun mengikuti solat yang di imamkan. Selesai Isyak' solat terawih pula mengambil giliran. Sebagi hamba Allah, imanku tidaklah setebal mana, kadangkala solat ku agak terganggu dengan deringan telefon bimbit yang TIDAK DI SILENTKAN dan berbunyi ketika solat sedang dikerjakan. Bukan sekali, tetapi banyak kali dan bermacam-macam ringtones aku dengar. Aku yakin dan pastinya jemaah lain juga turut terganggu kekusyukkannya, ketika mana kita sedaya upaya memfokuskan diri dengan bacaan yang dibacakan oleh imam, tiba-tiba lagu popular menerjah masuk ke gegendang telinga kita.

Geram dan marah bercampur baur dalam hati ini. Pahala yang hendak diraih, sumpah seranah pula yang terhambur dalam hati ini. Kepada mereka-mereka di luar sana, jika mana mahu membawa sebarang gajet atau telefon bimbit ke dalam rumah Allah, beringatlah, TIDA PANGGILAN LEBIH PENTING DARIPADA SERUAN ILLAHI,maka hormatilah seketika dengan men SILENTKAN telefon anda.

p/s Awal-awal dah tinggalkan hand phone dekat rumah. Menyusahkan je bawa.

Jumaat, 20 Julai 2012

Bermulanya Pencarian "CINTAKU"

Maha Suci Allah, tuhan mentadbir sekalian alam, Muliakanlah junjunganMu Muhammad s.a.w dan pandanglah kami hamba-hambamu dengan pandangan kasih sayang dan rahmatMu.

"Berakhir sudah pencarian cintaku..Jiwa ini tak lagi sepi..Hati ini tlah ada yang miliki"..
~"Penghujung Cintaku" Pasha Ungu feat Adelia~

Pencarian aku tidak pernah berakhir, Dalam mana keasyikan kita mengejar cinta sesama manusia, kadangkala kita lupa CINTA kita yang kekal abadi kepada sang pencipta. Bulan Ramadhan ini menjanjikan 1001 cara atau kaedah yang kita boleh amalkan dalam mana usaha kita untuk meraih cintaNya. Seperti manusia yang lainnya, aku juga sering terleka mengejar kecintaan dunia terhadap kemewahan dan kesenangan yang bersifat sementara.

1433H, dikala umurku dan kalian semua menganjak pada satu tahap umur yang semakin matang, semoga Ramadhan yang bakal menjelma tiba akan terisi dengan ibadah-ibadah yang akan menaikkan skala amal kebajikan kita masing-masing. Berikut merupakan pandangan aku terhadap sesuatu perkara yang kita pandang enteng di bulan yang mulia ini.

Perkara yang kadangkala kita terlepas pandang ketika berpuasa :

1. Nafsu makan yang melampau-lampau. Ketika siang lagi kita dah mencongak juadah apa untuk berbuka nanti.(Mengalahkan tak makan berhari-hari)

2. Godaan buffet ramadhan yang menawarkan jumlah makanan yang terlalu banyak. Kadangkala di luar kemampuan kita untuk menghabiskannya.

3. Ibadah solat yang termaktub sebagai asasnya disamping ibadah-ibadah lain yang 'berat' untuk dilakukan. Alasan LETIH disebabkan seharian berpuasa.

4. Terlalu excited dan bersifat riak dengan setiap perkara baik yang cuba dilakukan. Ingat!sesuatu kebaikan yang dilakukan bukan untuk menerima bertubi-tubi pujian. Tetapi hanya keranaNya. (Kurang-kurangkanlah mengupdate status 'angkat bakul sendiri' di fb).

5. Tidak istiqamah melakukan sesuatu perkara. Hanya bersemangat melakukan ibadah dan kebaikan di bulan Ramadhan sahaja. Bulan lain kan lebih bagus jika diteruskan.

6. Kerja juga suatu ibadah. Jangan memberi 1001 alasan mengatakan penat dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik gara-gara lapar.

7. Menjaga anggota badan yang lain,sebagai contoh mulut yang selalu menjadi punca dosa kering berlaku. umpat mengumpat perlu dikurangkan, lebih bagus kalau tak ada!Amalan sedekah dan bantu-membantu juga amat digalakkan.

p/s : Mengharapkan diberi kesihatan yang sempurna sepanjang bulan Ramadhan ini." Sekiranya umatku mengetahui kebaikan di bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan agar sepanjang tahun adalan bulan Ramadhan"~Al-Hadis~...

Rabu, 18 Julai 2012

XPDC ke Kawasan "Kuburan"

BismillahirRahmanirRahimm..Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam. Muliakanlah nabi junjunganMu Muhammad s.a.w dan berkatilah kami hamba2Mu..

1433H..bersamaan tahun 2012..Menjelang beberapa hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirai..membuka segala ruang dan peluang untuk kita menambah dan meningkatkan amalan, dimana ganjarannya berkali ganda berbanding bulan lain.

Hujung minggu lepas, aku bergerak pulang ke kampung aku, Kg. Batu Melintang, Tapah, Perak berdua sahaja bersama ibuku. Cuti hujung minggu selama 2 hari memberi kesempatan untuk keluarga aku mengadakan kenduri doa selamat bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang akan kita sambut kurang seminggu dari sekarang. Alhamdulillah kenduri berjalan lancar. Aktiviti lain yang ingin aku ceritakan disini mengenai aktiviti yang aku lakukan pada hari ke-2. Membersihkan kawasan perkuburan ahli keluargaku yang terlebih dahulu meninggalkan dunia.

Untuk memberi sedikit kelainan pda aktiviti kali nie, aku mencadangkan agar perjalanan ke kawasan perkuburan yang mana terletak kira-kira 2 km daripada rumah opah aku ditukar. Aku mencadangkan agar menggunakan jalan 'short cut' melalui denai2 hutan untuk sampai ke kawasan tersebut. Cadangan aku diterima. Pada pagi tersebut bergeraklah kami seramai 13 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak turut serta dalam aktiviti tersebut. Perjalanan yang memakan masa selama 30 minit pergi dan balik menjanjikan pemandangan yang luar biasa tetapi berjalan lancar. Alhamdulillah..Berjaya misi aku! Berikut merupakan gambar yang berjaya aku 'snap' semasa berlangsungnya aktiviti tersebut.


Kegembiraan sepupu2 aku yang msih lgi berbaju tidur, terus pegi kubur.Cayalahh!!


Mak cik aku dah jadi ranjer hutan dah

  

                    Hasil sawit. Maklumlah jarang bebenar jumpe kelapa sawit.Tu yg gayat sikit..

Opah,mak cik dan pak cik aku agak pancit dengan cadangan merepek aku, kesiannn diorang.Tengok berapa jauh aku dah ke depan tinggalkan diorang

   

Kesempatan diambil untuk membaca Surah Yasinn untuk disedekahkan kepada mereka yang telah tiada. Dimulakan dengan ummul kitab..Al-Fatihah...


Gotong-goyong bermula. Rumput rampai menjadi mangsa ragutan tangan kami. Batu nisan dibersihkan, ditabur bunga-bungan dan disirami air Yasinn.

Selesai sudah operasi membersihkan kubur ahli keluarga aku dan sekitarnya

p/s Dimana juga kita berada dan siapa jua kita, kelak disini juga pengakhiran bagi kita. Jasad akan disemadikan bertandakan nisan 2 teguh terpacak. Hanya amalan yang akan mengiringi kita ke alam barzakh. Semoga tuhan memberi pengakhiran yang terbaik untuk kita semua. Aminnn..Ya Rabbal Alaminnn...